Roti ini dibuat untuk antar pada abah di sbg,Jaya. Abah memang suka makan roti tak kira apa jenis pon. Senang selera dia dan kita nak sediakan pon senang juga.
Ada dua jenis topping ...satu yang daging dan hotdog yang di potong kecil. Kita suka yang berdaging sedap dan kena pada selera kita.
Untuk resepi toppingnya saya agak agak saya dan resepi adunan asas roti boleh di dapati di sini,
Terima kasih kepada empuya resepi ini. Kita selalu guna resepi ini memang best.
Adunan Roti
Resepi di ambil dari blog :http://resipidiana.blogspot.com
480 g tepung roti
375 ml air suam
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
.Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
.Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
1/2 kilo daging kisar (saya guna ramli daging kisar)
2 tsp serbuk lada cayenne
2 tsp serbuk pizza
2 tsp serbuk lada hitam
serbuk parsley - ikut suka
4 biji buah tomato - di potong kiub
2 biji bawang besar- di potong kuib
2 ulas bawang putih- di potong halus
sedikit minyak zaiton untuk menumis
garam dan sedikit gula
Mayonis
Cheese mozarella di tabur atas roti sebelum di bakar.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar saja . Masukan daging kisar.
Di ikuti dengan rempah ratus dan kesemua bahan. Goreng sehingga daging masak dan harum. Perisakan dengan garam dan sedikit gula. Biarkan sejuk sebelum di guna atas roti.
Nota: saya gemar gunakan lebih bawang dan tomato, inti ini juga boleh dbuat lebih dan di simpan untuk kegunaan roti bakar ...sarapan akan jadi lebih mudah dan cepat. Kita boleh campur dengan bahan lain yang kita suka.
1 comment:
salam K.Ayu...rajennya meroti.Blm pernah meroti lagi...nampak sedap!
Post a Comment