Wednesday, September 28, 2011

Bubur Jagung

Terasa sangat nak makan sesuatu yang manis iaitu bubur. Bubur apa pun ok asal ada ...lapar atau teringin. Mungkin dah lama sangat nak makan macam nie. Di rumah kita sorang yang layan makanan macam nie. Si Yon yon dan abahnya tidak suka bubur begini.
Goggle sekejap aha jumpa resepi dalam blog Fiza. Selalunya bubur senang saja campakcampak benda maka jadilah dia. Tapi hari ini nak buat macam Fiza nampak sedap cuma kita tambah butir candil saja sebab tak ada sagu. Ini lah resepi dari blog Fiza, kita copy paste kat bawah.

Bahan2
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)- saya guna sejuk beku
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji – tak ada
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan
1 cwn susu ideal- saya tambah

Cara2
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan

No comments: