Bercakap tentang kek versi lain sikit sebab setengah resepi di gunakan serbuk coklat dan cuka tapi versi ini tak ada semua tu..senang juga.
Resepi dari fotopage lama kita : Noor fotopages .
Kek Velvet
Bahan bahan
250g Butter
180g gula perang
5 Biji telur
2 sudu susu sejat
200g tepung berserbuk penaik
50g tepung high protein
2 sudu perwarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
krim mentega secukupnya ( hiasan)
Hirisan buah peach
Coklat urai
Cara Pneyediaan.
Pukul butter dan gula sehingga kembang, masukan telur satu persatu, diselang seli dengan tepung.
Masukan esen vanilla , susu dan perwarna. Sebatikan adunan.
Tuang kedalam acuan yang telah di alas dengan kertas minyak dan baker pada 180oc selama 45 minit.
Sejukan kek dan di potong menjadi tiga lapis dan lapiskan dengan krim dan juga hirisan buah peach. Coklat urai di bahagian tepi kek.
nota: Hiasan nya saya tukar. Untuk hiasan lama sila rujuk ke fotopages yang di atas.
No comments:
Post a Comment