Friday, September 23, 2011
Ragam rumah terbuka
Jamuan Adil fitri masih tak habis lagi. Kelmarin jabatan hubby menganjurkan rumah terbuka di kawasan pejabat. Tempat serta khemah terhad saja. Mulanya memang tak mahu pergi tapi husband cakap wajib pergi sebab bini boss dia nak jumpa so kena hadir jugalah. Saya dari dulu lagi kurang selesa untuk hadir pada jamuan rumah terbuka sebab :
1. Berebut rebut mengambil makanan- setengah orang suka berebut dan tidak beratur dalam mengambil makanan . Bila mengambil makanan kita perlu ingat makanan itu bukan untuk kita seorang saja maka perlulah kita berhemah sebab orang lain pun nak makan juga. Pembaziran berlaku bilamana makanan yang di ambil lebih dari sepatutnya dan tidak dapat di habiskan dan akhirnya terbuang. Kesian kat tuan rumah kan. Saya cepat jadi marah pada orang orang begini .
2. Situasi bila dah habis makan tapi masih berborak kool dengan kengkawan tanpa menghiraukan oranglain terpaksa menunggu meja untuk menikmati makanan berat. Jika makanan finger food kira oklah makan berdiri tapi jika menu nasi. Kesian pada orang yang menunggu untuk menjamu selera . So kenalah ambil perhatian keadaan sekeliling. Bila dah habis makan cepat cepatlah beredar dan beri oranglain duduk pula Jika banyak tempat kira ok lah duk berborak sampai petang.
3. Bila terdapat tempat kosong dan kita bertanya ada orang tak.....jawapan nya ada. Walhal tempat duduk itu di reserved untuk kengkawan dia yang belum sampai lagi. Emmm memang panas gila dalam hati Sabar ajerlah.
4. Pandang memandang dari atas sampai bawah memang tak habis lagi semua nak di komen .
Melihatkan hal yang begini kekadang buat jiwa raga terbakar saja so lebih baik duk di rumah saja dan tidak menambahkan dosa. Tapi tak pergi pun tak kena jugakan sebab kita hidup bermasyarakat wajib kenal mengenali . So saya coretkan di sini sabagai apa yang tersirat .
Labels:
Catatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment