Musim cuti sekolah telah pun hampir seminggu bermula. Musim perkahwinan pun seiring dengan cuti persekolahan. Undangan pun banyak juga di terima dari saudaramara,kenalan dan jiran. Biasalah dalam waktu bercuti begini dapur juga bercuti pendek.
Setelah hampir empat hari bercuti baru hari ini kita memulakan kembali aktiviti memasak. Dan untuk hidangan tengahari semalam saya menyediakan nasi udang yang menjadi kesukaan YonYon.
Nasi udang hari ini kita gandingkan dengan sambal udang dan kerabu tomato berkerisek.
Rasanya gan hdingan nasi udang bersama kerabu tomato berkerisek sudah memadai tanpa sambal. Rasanya dah cukup gandingan ringkas ini.
Nasi begini sangat ringkas dan sedap apalagi jika ada papadom hehe . Sayangnya hari ini papadom dah habis.
Nasi begini sangat ringkas dan sedap apalagi jika ada papadom hehe . Sayangnya hari ini papadom dah habis.
Nasi Udang BerJintan
4 cwn beras basmathi
Air secukupnya.
2 sudu besar rempah ikan -cap babas
secekak daun ketumbal- dipotong halus
Udang - anggaran 300 gm ukuran xxl- di gaul garam & kunyit dan di goreng sebentar dan angkat
40ml susu cair
sedikit minyak
30gm butter
3 biji cili hijau- dipotong kasar.....jika tak letak pun ok utk orang yang tak suka pedas.
Bahan kisar
1 biji bawang besar- dipotong
2 inci halia
2 sudu kecil jintan
Beras di basuh dan di toskan. Goreng udang ysang telah di gaul garam kunyit bersama dengan daun kari dan hirisan bawang besar yang di potong bulat sebentar dan toskan.Tumis bahan kisar dengan lebihan minyak udang dan masukan rempah tunggu sehingga wangi barulah masukan air mengikut sukatan beras, susu dan perisakan dengan garam. Tunggu sehingga air mendidih barulah di masukan beras, udang dan cili hijau yang di potong.
Kacau dan biarkan sebentar barulah di masukan cincangan daun ketumbar. Tinggal sedikit untuk taburan.
Kerabu Tomato Berkerisek
5 btg cili merah
belacan secukupnya
1 biji besar tomato- jika kecil guna dua
1 labu bawang besar- di hiris
1 biji air perahan limau
air asam secukup rasa
garam
1 pkt kecil kerisek- anggaran rm 1.00 saja
Cili, belacan ,air asam dan air limau di blend.
Setelah agak sedikit halus ...tidak kasar keluarkan dari mesin
Gaulkan sambal dengan hirisan tomato,bawang dan kerisek dan perisakan dengan garam. Jika suka tambah sedikit gula...utk seimbangkan rasa....Siap. Mmmmph memang best.