Lama pulak tak makan kuih tradisional membuatkan kita kadangkala rasa teringin juga. Tapi family kita kecil bila buat satu adunan memang tak terhabis makan oleh kami bertiga. Tambahan pula anak noor tidak begitu meminati kuih begini. Yang peliknya hari ini ,masa kita sajikan dengan sepotong kecil dan selepas makan dia minta tambahkan lagi. Sebelum nie kuih lain hanya makan sekeping dua ...dah cukup.
Apapun hari ini dia memuji kuih nie dan siap pesan nanti mama buat lagi tau. Hihi nampaknya kuih nie mendapat tempat di hatinya. Kita lagi tak kisah....sebab senang dan ringkas membuatnya.
Kesimpulan nya kuih ini memang sedap pon.......bila di potong ianya sangat kenyal dan bergoyang hihi memang best. Terima kasih Madiha yang sudi berkongsi resepi yang enak ini. Saya sangat suka dengan version ini.
Kosui Pandan
(loyang 9 inci)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan A
1 1/3 cawan gula pasir (kalau suka lebih manis boleh tambah ikut citarasa sendiri)
1 cawan + 1 sudu besar tepong gandum
1 cawan tepong ubi (kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan tadi)
½ cawan tepong beras
Bahan B
300 ml jus daun pandan (350 ml air dikisar bersama 12 helai daun pandan & sukat 300 ml jus pandan)
600 ml air biasa
2 sudu kecil air kapur
Bahan C
Kelapa parut putih secukupnya (guna kelapa parut berkulit basah)
Garam secukupnya
Cara Menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan dengan air yang secukupnya.
2. Dalam satu bekas/besin yang sesuai.. campurkan kesemua bahan2 A. Gaul rata.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sikit demi sikit sambil dibancuh/ dikacau rata. Gunakan whisker lebih memudahkan. Kacau sehingga gula larut.
4. Apabila air kukusan sudah mendidih. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang bersaiz 9". (Jangan tapiskan awal2 bancuhan ini ke dalam loyang kerana ia akan sedikit termendap jika berbuat demikian & ini akan membuatkan tekstur kuih keras di bawah & lembut dibahagian atas) Tutup loyang dengan aluminum foil supaya wap tak jatuh atas kuih. Kukus kuih selama 35 ~ 40 minit atau hingga kuih masak. Jika tiada aluminium foil.. balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh atas kuih. Jika masih terdapat wap / air di atas permukaan kuih selepas kuih masak.. boleh serapkan air tersebut perlahan2 dengan kitchen towel (tisu dapur) & buangkan tisu tersebut.
5. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong. Hidang bersama dengan kelapa parut yang digaul kelapa