Tuesday, April 24, 2012

Udang goreng pedas bawang putih

Menu makan malam tadi. Kita masak waktu petang jadinya waktu nak makan hidangan  masih panas . 
Saya buat udang nya tidak seranggup sebagaimana tuan punya resepi cakap.
Mungkin saya tidak lambong lambong udang dalam pan sepertimana chef chef dok masak dalam Afc. Kang silap lambung terus jatuh ke lantai.....waaa.
Dalam resepi cili padi masukan hanya guna dua batang tapi saya tersilap lihat saya masukan 5 cili padi. Bayangkan merah muka ku waktu makan walaupun sedap menahan kepedasan yang amat berbaloi.
Nasib baik makan di malam hari jika makan pada waktu lunch pasti berpeluh dah lah cuaca sekarang nie tersangat lah amat kurang meyenangkan. Meter elektrik kita lihat berpusing laju saja ...habislah cukup bulan nak kena bayar pada Tnb.

Resepi asal kena lah pergi ke blog beliau ikut link bawah resepi tu. Saya alih bahasa dan tukar sikit sebab terlebih rajin. Selalunya saya copypaste tanpa tukar bahasanya.


Garlic spicy prawn (udang goreng pedas bawana g putih)
Sumber: WendyinKK

500 gm udang
2 tbsb bawang putih- di cincang halus
2 biji cili padi- di cincang halus
1 tsp rempah daging
2 tbsp cream ( boleh di gantikan dengan santan)
½ tsp garam

1.       Udang di bersihkan dan pastikan selepas cuci lap udang sehingga kering
2.    Panas kan kuali serta masukan 3 tbsp minyak dan pastikan kuali panas.
3.    Masukan udang dan biarkan seketika sehinga bertukar warna barulah di terbalikan dan goreng . Angkat dan letak sebelah.
4.    Masih mengunakan kuali yang sama dengan api yang kecil gorengkan cincangan bawang putih agak sedikit keperangan masukan cili padi dan rempah. Gorengkan sebentar sehingga naik bau barulah masukan udang yang telah di goreng tadi.
Masukan cream dan kacau balikan sehingga sebati dan siap.


4 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam... hadoii baru nak tido.. nak tutup PC dah ternampak udang lah pulak! kecurr... terus teguk air...

Still lapar. nampaknya tido bermimpikan udang ni ler jawabnya...:))

Unknown said...

salam , sedapnya tgk udang berposing ni...terliur lak rasa..hehe

ogyep yummy mellow said...

sedap..sedap.. merah menyala tu... sure pedassss..

Qasey Honey said...

aduhhh sedapnya tgk udang tu berlingkorr...merah myala lg kaler sambalnya...