Showing posts with label variasi makanan laut. Show all posts
Showing posts with label variasi makanan laut. Show all posts
Friday, August 30, 2013
ketam goreng ranggup
Peminat ketam mesti suka makan ketam yang di goreng begini. Sesekali terasanak makan ketam cicah dengan sos cili saja. Hidangan tengahari tadi disamping menu lain yang simple. Asyik makan ketam lauk lain dah tak nampak . Resepi yang simple saja.
500 gm ketam - di potong dua jika ketam besar potong 4
secukup serbuk kunyit
secukup garam
Ketam yang di bersihkan di perap sebentar dengan garam dan kunyit
Bahan ini di jadikan pes untuk salutan. Bancuh dengan air tidak terlalu pekat
3 tbs tepung gandum
1 tbs tepung beras
secubit garam
air ikut kepekatan
sedikit minyak
Panaskan minyak sederhana panas masukan ketam yang telah di perap kunyit kedalam larutan tepung. Salut kesemua ketam dan goreng ketam sehingga garing . Bila kesemua ketam di goreng dengan lebihan minyak gorenglah bawang untuk di taburkan pada ketam.
Friday, March 22, 2013
gulai lemak ketam & nenas
Hari ini hidangan utama merupakan masak lemak ketam bernenas. Lama juga tak makan ketam sebab kolesterol tapi di sebabkan lama lah kita rasa teringin sangat. Satu hari saja dan kita makan dalam portion yang sikit ok lah. dari dok teringat ingat rasa sedap. Apatah lagi kuah lemak ...mmmmph memang sedapkan.
Resepi nya saya tak letak lah sebab dah pernah buat dulu nie kira ulang tayang kembali .
Apapun masak lemak nie jenis bertumis rasanya lain sikit .
Monday, March 18, 2013
seafood lasagna
Asalamualaikum ....dan alhamdulilah hari ini saya membuat lagi satu resepi lasagna yang baru saya belajar dari kelas memasak. Walaupun sebelum ini saya telah membuat lasagna sebegini tapi dengan resepi berbeza menjadikan cara penyedian menjadi mudah dan senang. Saya nie memang suka dengan yang mudah mudah dan cepat di masak dan sedap di makan hahaha.
So di pendekan cerita pada hari sabtu yang lepas saya kekelas..hehe dapat berkenalan dengan ramai akak akak dan adik adik maupun yang muda belia...hehe sebaya anak kat rumah. Apapun memang hepenning sangat bila masak memasak kan. Saya di gandingkan dengan Cik Liza. Satu kumpulan ada dua orang.
Eemm nanti saya letak entry tu ...suasana masa dalam kelas.
Hari ini saya memulakan sessi praktis saya di rumah sebab barang semua tersedia apa lagi...tapi kali ini saya tidak mengunakan daging burger laaaa saya guna udang dan sotong saja. Semua proses sama cuba saya tukar benda main saja....kisar isi sotong dengan isi udang . Jika nak mencuba resepi ini sila kan ...saya scan resepi sebab saya malas nak ulang taip .

Tuesday, March 12, 2013
lemak kupang & daun selasih
Syukur alhamdulilah dapat beli satu pek daun selasih jadi dapat lah saya membuat masak lemak kupang . Dah lama ngidam nak makan masak lemak cara macam nie. Tapi jika ada kupang yang segar lagi sedap kan dari yang saya guna hari ini dalam pek sejuk beku.
Resepinya saya pakai agak agak saja. Penyediaan bahan yang ringkas dan senang .
Lemak kupang & daun selasih
Olahan: CitarasaKu
300 gm kupang
3 biji bawang merah
1 inci halia
1 insi kunyit hidup
3 biji cili padi
2 tsp jintan manis
1 keping asam
santan secukup pekat.
minyak masak sedikit je...
Tumbukan bawang merah,halia,kunyit dan jintan manis sehingga halus. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga agak garing sedikit masukan isi kupang. Goreng sebentar dan masukan sedikit santan cair.
Masukan asam keping biarkan merenih dan masukan santan. Perisakan dengan garam dan sedikit gula sesedap rasa.
Sebelum tutupkan api...masukan daun selasih yang telah di bersihkan .Gaul sebentar....siap.
Tuesday, November 13, 2012
sambal sotong kembang
Menu tengahari tadi simple saja di tambah pulak dengan ikan kering tamban yang di goreng menambahkan lagi kesedapan .
Amat jarang dan boleh di kira saya makan sotong kembang di buat sambal selalu saja sotong kembang nie di makan bersama yong tau foo ...jenis steam dan celup gitu.
Waktu beli dok terfikir nak masak apa dengan sotong nie selain dari celup celup . Apapun sedapnya walaupun di masak sambal tumis biasa dan tanpa kacang tanah yang di tumbuk kasar.
Monday, April 30, 2012
Menu hari ini
Hari ini kita nak share dua daripada menu kita buat waktu lunch tadi. Kita masak kari udang dengan kacang panjang dan nenas.
Menu sayur pun terdiri dari bahan yang sama gak...nampak boringkan. Tapi sebab sayur kacang nie jenis yang tak dapat bertahan lama dalam simpanan sebab itu saya kena masak jugak . Rasanya jika esuk hari sayur nie tak ranggup bila di goreng.
Sayur kacang panjang sebab goreng di tambah pula dengan tauhu satu gandingan yang memang sedap.
Waktu mengoreng sayur nia kebiasaan nya saya akan goreng tauhu dulu dan dipotong memanjang . Jadi bahan di dalam sayuran itu akan di serap oleh tauhu dan jadikan ianya lebih sedap.
Kerang tumis serai kita masak untuk YonYon sebab dia memang suka makan kerang.
Sunday, February 12, 2012
Telur belangkas
First time bila di suruh masak belangkas ini . ..terkejut juga sebab tak pernah. Tapi Hb cakap senang saja letak atas kuali leper dan panaskan kuali itu sepertimana panggang atas bara api. Tak sama kan cara masaknya mungkin yang panggang atas bara api itu lebih sedap. Kita pun tak berani cuba terbalikkan ia ,takut belangkas nie berjalan pulak dalam pan. Lari lari memang lucu kan apapun yang lari dulu si Yonyon bila lihat belangkas tu masih hidup waktu di letakan atas pan. Kita pun tak pasti beginikan cara memasaknya.
Kita memang pernah makan telur belangkas nie itupun waktu kita masih budak berusia 7 tahun waktu tinggal di Tanjung Tokong. Kampung nelayan memang banyaklah ikan dan segala macam makanan laut yang segar lagi saiznya XL. Memang satu kenangan yang indah waktu tinggal di sana dulu sebelum berpindah ke Datuk Keramat.
Selepas edisi memanggang dan keluarkan telur ...Hb cakap kita tak pandai nak makan isi nya so kita ambil telurnya saja ( jika silap boleh membawa maut ) lagi lah kita takut kan. Perlahan lahan di keluarkan telur saja agar hempedu tidak terusik. Alhamdulilah semuanya berjalan ok. Maka terfikir nak masak apa pulak dengan telur tadi. Goggle sana sini resepinya tak ada...hah,,,,nampak satu dua saja yang sebut mereka makan di Thailand sebagai kerabu dan masak kuning. Maka kita pun cuba buat masak lemak .

Saturday, February 11, 2012
Udang goreng asam
Hidangan tengahari yang selalu ringkas. Bila dia pulang dari kelas tambahan, makanan dah terhidang...makan cepat cepat pastu ikut abah dia ke masjid. Kelas tambahan bermula dari jam 8 -12 tenghari . Kadangkala tak sempat juga dia makan sebab lewat memasak maka kena lah tahan lapar . Hari ini internet kita tak stabil sekejap ada sekejap hilang signal sebab tiang nya patah.
di kawasan rumah kita tidak di sediakan pemancar yang sepatutnya di sediakan oleh pemaju perumahan. Akibat dari ini penduduk tidak dapat mengunakan talian Tm melainkan jika ada permintaan kita di bekalkan Evdo system berfrenkuensi radio untuk akses. Susah kan tapi nak buat camana kita harus tunggu pemaju perumahan.
.

Saturday, February 4, 2012
Udang &sosej goreng ladahitam
Makan malam yang simple saja memandangkan kita di sebelah utara nie kekurangan minyak masak. Selalunya kegunaan minyak masak hanya satu botol besar 5 kilo saja sudah mencukupi . Itupun jika kita selalu mengoreng ayam . Kegunaan biasa kurang dari ini jika sekadar memasak. Dua tiga hari lepas semasa keluar membeli stok barangan,di rak bahagian minyak masak kosong. Buka satu pasaraya tapi kebanyakan kedai runcit di sekitar mengalami masalah yang sama.
Hari nie mood menulis kurang ada sedang berfikir kat mana nak beli minyak masak. Minyak zaiton adalah tapi mana sesuai untuk masakan melayu ...alahai.
Wednesday, January 11, 2012
Sotong goreng kunyit
Bila dah hari hari masak kepala pun pening sampai menu pun asyik ulang yang sama. Kekadang memang jemu jika kena masak lauk yang sama dalam seminggu. Tapi inilah request si Yonyon dok selalu tanya bila nak masak sotong goreng kunyit. Yelah kelmarin pun menu seakan akan sama ...tak tau jemulah budak nie. Apapun masak saja lah lagipun kunyit hidup kita dah beli stok rasanya cukup dua minggu jika tak rosak. Hmmm esuk dia nak suruh masak apalah pulak. Apapun selain dari ini kita masak sup oxtail ( saya tak suka makan nie) tapi kita masak sajalah.
Sotong nie goreng kunyit tapi berempah lain sedikit dari selalu. Pedas Hmmm bila dia makan cepat cepat cari air pastu sambung makan lagi.
Resepi olahan sendiri
1 biji cili merah
6 biji cili padi merah
1 biji bawang putihbiji bawang besar1 biji
3 ulas bawang merah
1 sudu teh jintan manis
1 inci kunyit
Semua bahan di atas- di tumbuk halus.
500gm sotong- di rebus sebentar dan tapiskan airnya.
sotong di gaul dengan sedikit garam dan kunyit dan goreng sebentar dan d
1 biji bawang besar- di hiris
1 tbs sos tiram
1 biji tomato- di potong kiub
sedikit daun sup
garam secukup rasa.
Panaskan sedikit minyak...goreng bahan yang di tumbuk sehingga naik wangi dan masukan air rebusan sotong. Renih sebentar , masukan sos tiram dan tomato. Biar agak kuih sedikit pekat masukan sotong bersama hirisan bawang . Goreng sebentar saja, perisakan dengan garam.. Taburkan daun sup dan tutup api. Sedia di hidang.
Tuesday, January 10, 2012
Kupang goreng pedas
Menu lunch tadi kita masak kupang goreng pedas saja. Mula nak masak resepi lain tapi di sebabkan dapur kekurangan bahan iaitu kunyit hidup kita batalkan saja niat tu. Tanpa kunyit hidup rasanya lari la....Apapun resepi kering nie memang senang semua bahan ada dan siap tak sampai 20 minit kat dapur.
Hidangan yang ringkas di makan dengan nasi putih,sup sayur dan ikan talang masin goreng asam dan bawang.
Hidangan yang ringkas di makan dengan nasi putih,sup sayur dan ikan talang masin goreng asam dan bawang.
Tuesday, October 25, 2011
Kari udang
Kari udang lagi....rasa rasa nya baru saja dah buat. Hihi resepi kali ini tak ada nenas tapi kacang buncis. Ikan oh ikan sejak musim hujan hari hari saya nampak ikan mabong saja sampai naik jemu. Dan untuk tidak menjemukan makan nasi nasi saya pilih u dang . Apapun udang kita taklah sebesar mana pun itulah yang ada kat Tesco legenda height kan.
Resepi kari udang pulak saya jumpa dari dapur makcik kampung . Sedap kari udang ini jika di buat sedikit pekat boleh di makan dengan nasi lemak. Walaupun sebelum ini saya pakai hentam saja bila masak kari tapi untuk hari ini saya sangat tertib masak ikut resepi kat bawah ini.
Resepi kari udang

Bahan-bahan
1/2 kilo udang besar atau sederhana besar
2 sudu serbuk rempah kari ikan (kari daging pun boleh kalau suka)
10 g kerisik (kalau suka - optional lah)
1/2 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1-2 tangkai daun kari
2 cawan air (kalau tak nak terlalu pekat lebihkan sikit air ni, atau kurangkan santan)
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Boleh jugak dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis yang di potong lebih kurang 1 inci panjang.
Cara nak masak
1. Bersihkan udang, kalau tak buang kulit pun tak apa. Aku selalu potong kepala sedikit, ekor san kaki saja.
2. Panaskan minyak dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dia potong halus serta daun kari.
4. Bila dah naik bau dan bawang dah kekuningan, masukkan serbuk kari ke dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya rempah tak rentung.
5. Masukkan kerisik, kentang yang telah dikupas dan dipotong 4 atau 6. Kemudian masukkan garam.
6. Masukkan udang dan kacau.
7. Biarkan rempah mendidih dan menjadi pecah minyak sedikit.
8. Bila kentang dah agak empuk (lembut) masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai.
9. Perlahankan sedikit api dan kacau sehingga kuah mendidih.
10. Kalau nak masukkan kacang panjang/kacang buncis boleh dimasukkan selepas masukkan santan supaya sayur tak terlalu masakSunday, October 16, 2011
kupang goreng kunyit
Hidangan makan malam kami bertiga tadi. Selain dari lauk ini kita buat sup bebola ayamas dan isi tengiri goreng . Tak ada sayur sebab dalam sup tu dah ada sayur two in one.
Kupang selalu saja saya goreng begini dengan menambahkan sedikit serbuk garam masala di akhir masakan untuk mendapat haruman dan penambah rasa selain dari sedikit sos lada hitam .
My yon yon tak cakap banyak asal ada masakan berkuah dia tak kisah laju semacam..erk nak membesar . Ikan goreng tak sempat nak snap gambar sebab perut dah lapar . Tadi masa pergi kenduri kita makan sikit saja sebab habiskan masa berbual bual dengan cousin dan mak saudara . Time nak makan Hb cakap cepat sikit sebab dia kena berkerja semula...alahai.

Sunday, October 9, 2011
gulai lemak ketam dengan nenas
Masih keletihan sejak pulang dari Kajang. Masak lunch hari ini pun simple simple saja. Gulai ketam dengan nenas dan tumis siput lala. Semalam dalam perjalanan pulang dari Kajang ke S.P hujan turun sebaik saja keluar dari jalan Duta ke menuju utara. Kami tak kemana pun sebab Hb mengalami selsema dan deman..

Saturday, September 24, 2011
Udang masak asam
Menu lunch tadi kita masaak udang masak asam. Menu yang simple dan cepat di sediakan. Ada macam macam style masak udang nie sesetengah orang gemar yang tidak berkuah. Kedua dua jenis saya suka.
Hari ini saya nak kan ianya sedikit berkuah.
Udang masak asam
500 gm udang - digoreng sebentar
2 biji bawang besar- di hiris nipis
2 ulas bawang putih- di cincang halus
7 biji cili padi - lebih banyak lebih pedas
air asam jawa- agak agak jika nak masam
sedikit gula
daun sup
Udang di rebus sebentar dengan air. Asingkan udang dan air rebusan.
Panaskan minyak dan gorengkan semula udang yang di tabur dengan sedikit kunyit (utk warna).
Goreng udang sebentar saja agak sedikit kekuningan angkat dan masukan bawang putih dan bawang merah .
Agak layu masukan cili padi , air rebusan udang dan air asam. Perisakan dengan garam dan gula. Sebelum tutup api masukan daun sup .
Thursday, September 8, 2011
Gulai lemak udang selasih
Semalam dah refill stok barang. Boleh lah memasak dengan senang hati sebab kita dah plan menu untuk 3 hari berikut. Lepas tiga hari kena fikir lain jadi tidak membazir makanan. Waktu sekarang cuaca di luar rumah kelihatan mendung cam hujan nak turun. Semalam waktu kita keluar ke Tecso pun hujan renyai renyai. Kita memang suka hujan sebab sejuk badan tapi yang problem pulak dengan kain di jemuran. Alahai kena kutip dan sidai kembali hihi tak ada dryer tau. Jika tinggal flat dulu dryer memang kena beli ...nak sidai kat mana kat luar boleh tapi bila time nak kutip ....habuk pun tak dak...hilang.
Lunch hari ini kita makan gulai lemak udang berdaun selasih. Kita memang suka aroma dan pedas daun selasih ini. Daun selasih juga boleh di buat ulam dengan sambal belacan...sedap tau. Ikan oreng dan sayur air kobis dengan bebola ayam.

Bahan-bahan:
1kg ludang sederhana
1 biji kelapa - diambil santannya
8 biji cili padi
4sm kunyit hidup
3 keping asam keping
segengam daun selasih di buang batang ambil daun saja
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Didihkan bahan kisar bersama santan. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.2. Apabila mendidih, perasakan dengan garam dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan angkat udang, asam keping . Biarkan sebati dan sebelum di tutup api masukan daun selasih. siap.
Monday, September 5, 2011
Udang goreng tomyam
Hidangan tengahari buat yon yon hari ini adalah ikan masak asam dan udang goreng tomyam. Musim perayaan ini memang susah nak dapatkan ikan segar..tapi hari ini suasana dah kembali biasa. Sebab di Kedah sekolah telah pun bermula kelmarin. Maka suasana di pasar pun dan ramai orang mula bisnes.
Jemu juga makan ayam dan daging terasa nak makan ikan, sardin emm best juga. Resepi saya ambil dari saji
Udang goreng tomyam
Bahan-bahan:
500 gm udang saiz sederhana
2 ulas bwang putih - dicincang
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu pes tomyam
3 batang daun ketumbar - dikerat 2 cm
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar - ini saya tambah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta serai. Kacau hingga naik aroma.
2. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau sebentar dan biarkan selama dua minit.
3. Masukkan pes tomyam, sos tiram, gula dan garam. Kacau hingga rata, kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau sebentar dan siap di makan.
Nota- cili kisar yang telah di tumis dan di simpan dalam botol buat kegunaan seharian.

Sunday, July 31, 2011
Sambal Udang daun selasih
Sungguh lama rasanya nak makan sambal udang daun selasih akhirnya dapat juga Alhamdulilah. Sekarang nie dah petang masih sempat lagi mengupdate blog esuk pula hari pertama Ramadhan mesti semua surirumah sibuk memasak di waktu petang termasuk lah saya . Tapi tahun ini saya berazam untuk tidak sibuk kan diri pada waktu petang. Saya plan memasak menu simple dan payah mengambil masa. Haha entahlah jika menjadi...jika kerenah mereka berbeza haha see first lah.
Ok nie hidangan sambal udang daun selasih ..emmm saya suka dengan keharuman daun ini..wangi dan pedas ekk.
Ok nie hidangan sambal udang daun selasih ..emmm saya suka dengan keharuman daun ini..wangi dan pedas ekk.
Sambal Udang
Ramuan :
500 gm udang
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili kering 15 biji (di blend) dgn 2 biji bawang hiris dan 2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
sedikit kicap manis
3 batang daun selasih-guna daun saja
belacan *jika suka) akak tak guna ini
cara:
Mula2 tumis bawang..dgn minyak yg panas..sehingga bawang bertukar warna jadi kekuningan..
pastu..masukkan cili kering yg di blend.... sehingga bau cili dah wangi
masukkan air asam , masukkan gula..dan garam secukupnya..
apabila cili menjadi sedikit pekat masukkan sedikit kicap dan masukan udang.
Biarkan mendidih dan masukan daun selasih dan angkat.
Subscribe to:
Posts (Atom)