Saturday, April 4, 2026
Monday, May 22, 2023
Jumpa kembali
Asalamualaikum ..lama kita tidak mmenulis ataupun update di sini. Tiba tiba terasa rindu menatap blog yang bersawang lama di tinggalkan .
Kita sihat saja dan aktif catatan di fb .
Saturday, September 25, 2021
Friday, November 11, 2016
Bihun tomyam
Satu hidangan Thai yang paling di sukai takala hujan . Segala jenis sup bermain di ingati itu ini bila perut berbunyi.
Persedian ringkas di samping pengunaan minyak yang kurang amat bagus utk kesihatan
#resepi sedap ini saya ambil dariblog ninamirza dan cp di sini untuk panduan saya akan datang.
Bahan-bahan
300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr,
belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong – Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih – diketuk ajerrr
8 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar cili blend – kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai – dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos
(Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa
sayur-sayuran
1 batang carrot – Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram
hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat
1/2 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan
Cara-caranya
Bihun direndam seketika dan direbus hingga lembut lalu
ditoskan. Ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah
dipotong dadu.
Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend
masak hingga pecah minyak
Masukkan ayam, kacau rata
masukkan air, masak hingga mendidih,
Masukkan serai dan lengkuas
Biarkan sehingga ayam empuk
Setelah ayam empuk, masukkan sayur-sayuran bersama daun
limau purut
Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken
stok, garam. Seimbangkan rasa masamnya
mengikut citarasa masing-masing
Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu
tutup api. Kacau rata.
Tuangkan kuah tomyam ke atas bihun dan sedia dihidangkan
Monday, October 10, 2016
Bubur pulut hitam
Projek petang semalam. Terasa lama tidak makan bubur manis lemak berkrim begini . Lagipun berpantang tak makan pulut agak lama namun semalam keinginan melampau maka terhasilah bubur pulut hitam ummmphhh lega bila nak buat dan menikmati nya...Alhamdulillah syukur.
Bahan-Bahan Buat Bubur Pulut Hitam
Sumber resepi :iresepi
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air, untuk merebus pulut
- 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula putih - saya tidak guna gula putih
- 1/2 ketul gula melaka - tambah untuk gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagun - tak letak
Cara Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap
- Cara untuk masak bubur pulut hitam:
- Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Sunday, October 9, 2016
Oat noodle yang sempoi
Untuk pertama kali kita buat dengan sup saje. Tak pasti jika di buat cara goreng. Insyallah jika jumpa lagi dengan pack mee ini boleh lah cuba .
Nampak tak mee dia agak kasar sikit kan. Kali ini saya letak gambar saja sebab sup ini saya pakai hentam guna barang yang ada dari petisejuk ..jadilah untuk malam yang hujan . Asal kenyang alhamdulillah.
Tuesday, October 4, 2016
pizza tuna
Malam ini kita makan Pizza saja akibat kehabisan gas masak . So makanan inilah yang dapat di sediakan dengan mengunakan oven.
Alhamdulilah jadi lah untuk kami makan malam ini .
Saya mengunakan doh biasa saja iaitu tepung gandum tapi jika di campurkan dengan sedikit tepung sagu kita akan terasa keranggupan doh.
Pizza Doh
200gn tepung
50 gm tepung semolina
4 gm yeast
1 sudu keu u kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak zaiton
145ml air suam
Satukan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh sehingga doh mengembang dan boleh di bentuk menjadi pizza
Inti boleh letak apa saja yang kita suka dan bakar selama 10-15 min dgn api 180..
Subscribe to:
Comments (Atom)


