Showing posts with label Variasi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Variasi Ayam. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

chocolate cake

Minggu pertama dalam 2014 bermula dengan kek. Sebenarnya terasa malas nak update entah kenapa sejak akhir akhir ini. Malah gambar makanan banyak dalam simpanan hanya keluar di fb saja . Rasanya zaman malas dah bermula .
Apapun ini satu kek yang biasa di buat untuk makan makan maka hiasan pun ala ala gitu je.
20134

s

Wednesday, November 13, 2013

grill lemon rosemarry chicken


Menu semalam . Anak saya request nak makan ayam. Adakala saya jadi jemu pagi petang siang malam dengan menu ayam . Sampai saya pun dah tak tahu nak masak apa. En Hb tak kisah dengan apa yang saya masak asalkan ada sup ataupun  asam pedas beres .

Resepi boleh di rujuk sana sini sebab kebanyakan nya hampir sama dan sebelu ini pun saya dah pernah letak . Cuma lebih itu dan ini saja. Tapi kali ini kita letakan potongan carot hidangan akan menjadi lebih manis dan potongan carot juga yang separuh terbakar tu akan secara automatik menaikan rasa ayam ini.

Menu begini boleh di ratah atau di makan dengan roti tapi anak saya nak makan dengan nasi...nasi putih eemm rasa macam tak macthing je so saya masak nasi minyak beryogurt . Nasi masak dengan cantik dan tidak berminyak ...kuah pula tak ada . 
Nak jadikan lebih senang dan cepat selepas ayam masak saya tuangkan lebiha air ayam yang keluar di dalam mangkok. 
Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaiton dan gorengkan cincangan bawang dan bawang putih. Setelah agak layu masukan air ayam . Reneh sebentar masukan pula 2 sudu sos lada hitam dan perisakan . sebelum tutup api masukan sedikit larutan air tepung jagung untuk sedikit pekat ...satu sudu teh saja tau. Jika pekat sangat tak sedap . Soam tadi dah ada sos cicah yang sangat sedap .


Saturday, October 26, 2013

hirisan ayam goreng bawang marsala


Satu menu yang ringkas untuk hidangan malam tadi. Siang hari tadi kita menghadiri kenduri di rumah jiran  pek ayabelakang rumah. Petang tadi terasa lapar pulak...jadi keluarkan satu pek isi ayam yang di beli kelmarin...biarkan sebentar untuk defrost.
Terfikir nak goreng kunyit saja tapi baru dua hari sudah makan menu itu so hari ini menu hampir sama tapi kita perap sebentar dengan sos tiram ,kicap,kunyit dan sedikit lada hitam juga garam. Biarkan perapan selama 20-30 min .
Letakan sedikit minyak gorengkan ayam sehingga agak garing dan taburkan serbuk garam marsala . Perisakan secukup garam dan sedikit gula Tutup api dan keluarkan ayam. Minyak yang tertinggal tu goreng kepingan besar bawang merah , daun kari dan 2 ulas bawang putih yang di cincang kasar sehingga naik bau dan sedikit perang .Taburkan bawang goreng keatas ayam dan siap di hidangkan.

Sunday, October 13, 2013

chicken wing ala pizzahut


Menikmati hidangan makan malam yang sedarhana dan tanpa perlu keluar rumah.  Walaupun tanpa nasi,roti dan lain lain ,hidangan ini dah terasa penuh sangat, alhamdulilah sedap kuah kacang .
Terpanggil untuk mencuba ayam yang di cicah dengan kuah kacang nampak sedap bila melihat menu dari blog Mamasya sangat mengoda. Oleh kerana dalam petisejuk terdapat lebihan chicken wing yang di beli tiga hari lepas saya pun mula membuat perapan di awal pagi dan padi waktu petang baru mula megeluarkan untuk defrost dan mula memanggang. 

Ayam grill ala Pizzahut

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

15 ketul chicken wing
5 ulas bawang putih- di haluskan
 2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 tbs sos lada hitam
1 tbs kicap hitam
1 cawan gula
2-3 tbs hot sauce
Sedikit minyak zaiton

Cara-cara

Campur kan kesemua bahan bahan di atas dan tambah kan sedikit minyak zaiton . Pukul sehingga larutan sebanti dan tuangkan ke atas ayam . Gaulkan ayam dan bolehlah di simpan sehingga bahan perapan meresap  dalam ayam.
Keluarkan ayam dari perapan dan boleh di grill ataupun di panggang di atas bara api.


Gandingan kuah  kacang yang sedap ,warna saja merah tapi tidak pedas.

Saturday, October 12, 2013

ayam masak kicap pedas


Menu hari ini ayam masak kicap dan semestinya pedas. Jika tidak pedas maka makanan ini akan terbiar saja. Puas saya kena habiskan . Resepi pun simple dan cara memasaknya pulak simple maka cepat saja terhidang. 
Variasi ayam masak kicap ini adakala nya tidak mengunakan cili kering , ayam hanya di goreng begitu  dan di tembah dengan perahan asam dan bawang besar dan di perisakan dengan garam dan lada.  Apapun saya suka bertukar tukar rempah baru ada kelainan dari segi rasa serta penampilan agar keluarga saya tidak terasa jemu makan lauk yang sama saja. 

Sila lah rujuk resepi sekira berminat mencuba ...sedap tau....

BAHAN-BAHAN:
 ½ ekor ayam- di potong kecil – di lumur garam kunyit dan di goreng sebentar …angkat.
2 biji bawang besar | dipotong bulat
125gm cili kisar
1 biji cili merah   } dipotong memanjang
1 biji cili hijau      } dipotong memanjang
60ml kicap
60ml air asam jawa
1 tangkai daun kari


BAHAN TUMBUK: Saya blend
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah goring dan biarkan merenih serta masak .
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula  secukup rasa.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.

Sunday, October 6, 2013

lemon chicken rice


Mencari menu apa yang nak di masak bermacam macam resepi telah di cuba. Akhirmya nasi ayam jua menhadi pilihan. Senang ringkas dan sedap tambah lagi di makan pada hari  yang hujan begini. Dengan semangkok sup terasa segar dan panas badan bila menghirup dan sewangi aroma nya, begitu menyegarkan.

Nasi ayam nie di masak seperti nasi ayam yang lain cuma saya tambahkan parutan kulit lemon dan air perahan lemon kedalam air memasak nasi.

Manakala ayam pula saya panggang ..terasa perahan air lemon yang harum sewaktu di panggang dan masak .

Ayam Panggang Berlemon
Sumber: Majalah Saji Februari 1999

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana
3 batang serai - dikisar
1 biji lemon - perahkan airnya
Kulit lemon - diparut       3 sudu besar jem oren marmalade
Sedikit lada sulah
1 sudu besar madu
Sedikit mentega tanpa garam
Cara:

Bungkus ayam dengan kain untuk keringkan air. Lumurkan dengan bahan-bahan di atas dan kemudian perapkan selama setengah jam. Bakar dengan kepanasan 220'C selama 50 minit. Pada tempoh 20 minit yang awal, sapukan dengan mentega tanpa garam (unsalted butter). Di akhir masakan, sapu sekali lagi mentega.


Saturday, September 14, 2013

ayam tandoori bersama nasi minyak


Makanan tengahari berlauk ayam tandoori dan nasi minyak. Memang ngam kan sekarang nie bila dah boleh buat sendiri ayam tandoori rasa suka sangat sebab dapat makan dengan puas. Jika dulu di kedai nasi kandar selalu  order ayam tandoori bersama roti nan . Sedap kan bila di makan panas panas di samping segelas teh tarik dan harganya pulak Rm8.90 sekarang nie dah naik lagi. 
Nanti boleh buat roti nan pulak, Tempohari kita cuba buat roti nan tapi kurang menarik macam di kedai . Insyallah nak cuba lagi sehingga berjaya .
Resepi untuk ayam tandoori saya dah pernah letak di entri lalu...boleh refer di Sini


Thursday, September 5, 2013

pan grill chicken with onion sauce


Hidangan makan malam tadi. Semalam terasa nak makan style begini saja .  Waktu saya ambil gambar ini terlupa nak tuang kan sos bawang yang banyak ...saya hanya letak di bahagian tepi saja .
Kepingan daging ayam bahagian dada ini terlebih dahulu saya buangkan kulit luarnya sebab saya tidak suka makan kulit ayam memandangkan saya grill di dalam pan saja. Tetapi jika megunakan grill di luar rumah kita tidak perlu buang kulit nya sebab kulit ini akan menghasilkan minyak sewaktu di panggang dan memberikan rasa .
Cara membuatnya pun tidak susah dan cepat ....ini yang saya suka sebab tidak perlu lama berada di dapur.

Resepi mudah
Pan grill chicken

1-3 keping dada ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
dan beberapa helai daun rosemarry - di cincang halus
sedikit garam marsala.

Kesemua bahan di atas di perap ...lebih lama lebih bagus perisanya . Paling kurang 20min.
Panas kan grill pemangang dan letakan sedikit minyak zaiton dan grill sehingga bahagian bawah dada ayam menampakan garisan grill , alih dan grill pada kedua bahagian.


Sos bawang
20 gram mentega untuk menumis
4 biji bawang putih-   kisar  untuk tumis
5 biji bawang merah
750 mL stok rebusan am/daging
2 biji bawang besar - untuk tumis
saderi dikupas dan dipotong dadu.
lobak merah dikupas dan dipotong dadu
sedikit tepung jagung –lebih kurang 1 sudu saja
secukup rasa garam dan lada sulah.

Panas kan majerin dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukan saderi yang telah di kupas dan lobak merah.  Masukan sedikit  tepung jagung goring sebentar dan masukan air rebusan . Kacau dan perisakan dgn sedikit garam dan lada sulah.


Nota : Jika nak berkerim ….tambah kan sedikit kerim  dan sos akan bertukar cerah.  Saya tak letak 



Tuesday, July 2, 2013

tandoori chicken

Asalamualaikum di pagi selasa...semuga hari ini lebih bak dari semalam.
dan pagi ini saya nak share ayam tandoori yang saya buat dan di makan dengan nasi kacang dhall. Saya dah pernah letak entri mengenai ayam ini.
Hari ini saya letak sekali lagi resepinya yang senang di ikuti . 

Ayam tandoori

1 ekor ayam - di potong 4
2 sdb minyak sapi

Bahan A
2 labu bawang besar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sdb jus limai nipis
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
250 gm yogurt
Perwarna merah
garam dan gula secukupnya

Bahan B ( Utk bahan terakhir masukan dlm perapan sebelum grill )
6 tangkai cli kering - rebus dan mesin
1 sdt biji ketumbar - goreng sekejap tanpa minyak dan di tumbuk halus. Kesemua bahan ini
1 sdt jintan putih
1 sdt garam marsala

Masukan ayam kedalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan perapan A . Perap selama 3 jam.
Kemudian masukan bahan B ...gaulkan sebati
Setelah sebati sapukan ayam dengan sedikit minyak sapi
Susun ayam dalam tray yang telah di sapukan dengan sedikit minyak dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit .

Monday, May 13, 2013

tandoori ayam

Hidangan hari ini bila abah bertandang di rumah saya. Dah masuk seminggu abah di rumah so bermacam macam menu perlu di tukar setiap hari. Hari ini saya prepare menu yang senang juga. 
Nasi Bukari bersama dengan dalca ayam dan aym tandoori berserta jelatah timun saja.
Kali ini saya mencuba resepi dari chef yang saya pergi class masak bersama kengkawan lain. Rasa memang sedap juga. Apapun saya paling suka resepi ayam...bila di perap agak lama ...isi ayam nampak lebih berjus dan sedap di makan begitu saja . Tapi saya sedikan sos dari lebihan bahan perapan ayam saya tumis hingga pekat dan tambahkan gula dan garam secukup rasa .
Resepi ada di bawah sila lah share jika suka hihi...nie version grill ...tempayan macam kedai mamak tu tak ada lah.


Resepi Ayam Tandoori
Sumber Kelas Memasak Komuniti

1 ekor ayam - di potong 4
2 sdb minyak sapi

Bahan A
2 labu bawang besar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sdb jus limai nipis
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
250 gm yogurt
Perwarna merah
garam dan gula secukupnya

Bahan B  ( Utk bahan terakhir masukan dlm perapan sebelum grill )
 6 tangkai cli kering  - rebus dan mesin
1 sdt biji ketumbar  - goreng sekejap tanpa minyak dan di tumbuk halus.  Kesemua bahan ini
1 sdt jintan putih        
1 sdt garam marsala

Masukan ayam kedalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan perapan A . Perap selama 3 jam.
Kemudian masukan bahan B ...gaulkan sebati
Setelah sebati sapukan ayam dengan sedikit minyak sapi
Susun ayam dalam tray yang telah di sapukan dengan sedikit minyak dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit .





Thursday, April 11, 2013

honey mustard wings

Menu semalam hari ini baru dapat masuk internet sebab semalam line tak dapat servis ada gangguan pada waktu puncak. Mungkin selepas election nie harap kembali normal. Di sebabkan saya mengunakan Evdo frequensi radio tanpa wayar talipon ...macam dalam hutan tu memang terhad. Almaklum walaupun saya tinggal di kawasan bandar namun pemaju perumahan saya tidak menyediakan infrastruktur untuk Telekom memang amat memerikan, Alasan mereka sekarang orang tidak mengunakan talipon sebaliknya Handphone dan ianya amat menjimatkan pada pemaju tidak memasang satu system transit...Intra untuk kabel.
Amat pandai pemaju ini berdailog kan ...saya dah jadi malas sebab hanya seorang saja yang hendak talian manakala yang lain mahu juga tapi lebih berdiamkan diri dari bersuara . Semua nak tunggu kita selesaikan so sekarang saya buat tak tau saja sebab saya guna alternatif lain yang hampir sama tapi tidak serupa menerusi Telekom juga.  
Ok...berbalik pada menu ini saya gandingkan bersama dalca dhall bersayur dengan nasi minyak daun kari. 
Harum semerbak dalam rumah bila nasi ini merenih ..


Resepi ini saya telah alih bahasa dari blog masakan Afc. Apapun ayam kepak ayam nie memang best dan sedap . Apapun bahan aslinya mustart jangan tinggal sebab bahan ini menaikan rasa pedas dan berempah.



Ingredients:

1 kg. of chicken wings
1 1/2 tsps. salt
1/4 tsp. serbuk lada hitam
Sedikit air perahan lemon
1 tbsp. minyak
3 tbsps tepung jagung
1 1/2 tsps bawang putih yang di hancurkan
2 tsps. of English mustard
1 tbsp. wholegrain mustard
1 tsp. paprika
1/4 tsp. chilli powder
2 tsps. light soy sauce
rind of a lemon
3 tbsps. honey
sour cream or plain Greek yoghurt  - untuk cicahan jika suka

Cara:

Panaskan oven  to 375° F/ 190° C.
Potomgap ayam supaya Nampak kemas .
Perisakan kepak dengan  2 tsps. of garam , serbuk lada hitam  dan air perahan lemon
Sebatikan, masukan sedikit minyak dan kacau lagi. Campurkan tepung jagung salutkan ayam …nipis .
Letakan kepak ayam di atas kertas liner sebelum di bakar. Letakan satu persatu.  40-50 minutes dan terbalik kan pada 20 min pertama.
Sementara kepak ayam masak sediakan sauce.
Masukan bawang putih cincang , dan dua jenis  mustard, paprika, chilli powder, soy sauce, lemon rind dan honey  satukan sehingga sebati.
Setelah kepak ayam masak keluarkan dan salutkan satu persatu kepak ayam dengan sos  . Habiskan sos dan bakarkan ayam selama 10 min lagi .

Hidangkan ayam bersama  yogurt.

Sunday, March 24, 2013

grill chicken with oriental sauce

Hidangan makan malam. Ayam telah pun di perap seharian agar rempah perapan meresap ke dalam isi ayam dengan sempurna.
Ini merupakan kesukaan Hb bila kami keluar makan selalu menu inilah yang di pesan. Terdetik di hati nak cuba membuat ayam yang di grill begini . Alhamdulilah setelah di testing ternyata tiada banyak bezanya ...syukur menjadi juga akhirnya. Nanti boleh ulang buat lagi kan....jimat sedikit dan tidak perlu keluar rumah untuk makanan sebegini. 
Di bawah ini saya letakan resepi simple dan olahan dari saya...sebab bila saya ke kedai makan dan saya agak agak rasanya dan  cuba versi ini. Bagi  ok lah tapi saya tak pasti kiranya resepi ini menepati citarasa kengkawan pulak. 

Grill chicken with oriental sauce
Olahan: CitarasaKu

Bahan Perapan

3 keping  ayam bahagian peha
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu lada hitam- di kisar kasar
1 sudu mix spice
Serbuk cayenne …seberapa pedas yang anda  suka
Sedikit minyak zaiton
Perap dan simpan lebih dari 3 jam keatas- atau semalaman

Bahan sos Oriental
1 tbs minyak zaiton
1 sudu besar sos tiram
1 susu besar  kicap
2 sudu besar gula merah – di masak dgn sedikit air dan tapis baru campur.
2 sudu besar sos blackpepper
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tomato
½ pes maggi perisa ayam
½ sudu besar tpg jagung
½ sucu besar tpg gandum
Sedikit mix spice
½ tbs butter
½ biji bawang kuning – di cincang halus atau jadikan pes
Serbuk bawang putih …sedikit saja.

Penyedian.

Ayam  yang telah di perap saya kukuskan sebentar…untuk masak di dalam..
Setelah kukus saya panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan saya  letakan kepingan ayam di atas pan. Biarkan sehingga agak masak barulah di terbalikan sebelah lagi. Buat sehingga masak. Dengan lebihan bahan perapan titiskan keatas ayam agar bila ayam masak ianya tidak kering sewaktu mengrill ayam.

Sos,

Dengan sedikit minyak zaiton ..goreng kan cincangan bawang dan masukan campuran bahan bahan di atas. Kacau sehingga agak pekat dan perisakan. Saya tak letak garam sebab campuran itu dah masin.
Setelah masak bancuhkan campuran kedua tepung dan kacau sehingga pekat.
Masukan sedikit mix spice dan seketul butter sebelum tutupkan api.  Kuah akan Nampak cantik


Tuesday, February 26, 2013

ayam varuval lada hitam

Menu hari ini agak pelik sikit bunyi nya....apapun ianya berasal dari blog lelaki india yang suka masak. Saya kagum dengan kebolehan nya memasak makanan melayu juga.
Apapun cara masakan ayam nie sangat sedap laaa pada tekak saya macam makan lauk kat kedai nasi kandar saja versi lain .
Jika ada left over rasanya boleh kita buat roti tortila campur saja daging ayam,tambahkan bawang dan lada capsicum serta perahan air limau nipis...waaa mesti best kan.
Kenapa saya rasa nanti ada left-over sebabnya saya hari ini makan sorang sorang kat rumah, Ahli lain balik rumah time lewat petang...macam mana nak habis walapun sedap. Time petang pula ada pasar malam .


Resepi ini saya salin semula dari blog beliau. Terima kasih saya pada En.Thyaga.


AYAM VARUVAL LADA HITAM

http://thyagacook.blogspot.com/



1 kg ayam,potong kecil2

(A)

1 sudu teh serbuk kunyit

4 sudu teh serbuk ketumbar

11/2 sudu teh serbuk chili

1 sudu teh pes halia,bawang putih

1 cube stock ayam,jika suka

Garam secukup rasa


 (B)

7-8 sudu besar minyak

10 biji buah pelaga

10 kuntum bunga cengkih

2-3 batang kayu kulit manis

(C)

 8 tangkai chili hijau,potong halus

4 biji bawang besar,potong halus



(D)

2 sudu besar pes halia,bawang putih

4 biji buah tomato,cencang



(E)

2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu teh serbuk jintan manis

2 sudu teh serbuk garam masala

Daun ketumbar untuk di-tabur



1. Campurkan ayam dengan A gaul rata dan perap selama 2-3 jam



2. Panaskan minyak dan tumis B hingga wangi,masukkan C dan goreng hingga bawang menjadi perang. Masukkan pes halia,bawang putih tumis hingga hilang bau. Masukkan tomato dan kacau rata.



3. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak hingga keluar air nya. Masukkan E dan kacau rata. Masak hingga naik minyak. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Taburkan dengan daun ketumbar.


 Ikan tamban kering kesukaan saya. Kebetulan waktu saya ke Tg.Dawai bersama kawan singgah di satu kedai menjual segala jenis hasil dari laut. Bila ternampak saja ikan tamban nie yang sangat bersih,cantik dan tidak berbau (sbb kedai dia letak dari freezer besar ) terus saja ambil. Bila goreng nampak cantik dan sedap...jika ada nasi pulut waaa sedap makan panas panas.