Showing posts with label Variasi Roti. Show all posts
Showing posts with label Variasi Roti. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

pizza tuna


Malam ini kita makan Pizza saja akibat kehabisan gas masak . So makanan inilah yang dapat di sediakan dengan mengunakan oven.
Alhamdulilah jadi lah untuk kami makan malam ini .
Saya mengunakan doh biasa saja  iaitu tepung gandum tapi jika di campurkan dengan sedikit tepung sagu kita akan terasa keranggupan doh. 



Pizza Doh

200gn tepung
50 gm tepung semolina
4 gm yeast
1 sudu keu u kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak zaiton
145ml air suam

Satukan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh sehingga doh mengembang dan boleh di bentuk menjadi pizza 

Inti boleh letak apa saja yang kita suka dan bakar selama 10-15 min dgn api 180..



Tuesday, September 27, 2016

Butter bun



Projek dua tiga hari lepas  sewaktu abah saya berada di rumah. Hehe agak busy sikit nak mengupdate blog. Hari ini terasa ada kelonggaran masa baru dapat menaip .
Ok ...saya peminat roti juga kiranya bermacam jenis roti yang telah saya cuba . Nie jenis campur semua dan uli dengan senduk kayu saja sebab doh dia tersangat lah lembik serta melekat. 
Sesudah doh terbentuk saya taburkan sedikit tepung pada tangan dan bulatkan adunan utk di perap selama satu jam . Proses yang biasa dalam pembuatan roti.

Bila dah satu jam doh mmg mengembang sepenuhnya. Alhamdulillah terus saya membulatkan adunan dan letakan pada muddin tin bersaiz besar ...senang kan dapat bun yang comel dan saiz yang sama.
Biarkan sebentar dan bakar setelah masak . keluarkan dan sapu dengan susu ...tadaaa jadilah


Selebhnya saya nak makan baru saya letakan hirisan daging yang di goreng bersama sos baebeku yang enak . Lapiskan dg sedikit butter salad dan hirisan daging serta bawang untuk rasa cruncy sikit.Akhir sedikit mayonis dan cili ..soap untuk ngapp

Friday, September 4, 2015

Pizza


Kelmarin petang seharian mendung di sebabkan cuaca berjerebu yang agak kritikal . Memang terasa malas nak keluar rumah untuk membeli makanan untuk minum petang . Ketika itu nampak hari pun macam nak hujan dan akhirnya hujan turun juga selepas asar petang khamis . Alhamdulilah jerebu yang tebal itu pasti berkurangkan .
Ok berbalik kepada pizza ..saya mengunakan doh pizza yang simple dan selalu saya mengekalkan doh ini dan kadangkala saya cuma tambahkan tepung sagu ketika mencanai pizza untuk mendapatkan pizza yang crusty pada sebelah bawah macam pizza domino .
Pizza ini saya canaikan senipis nipis nya sebab saya suka makan pizza jenis nipis dan cruncy ...so kena makan semasa masih suam ...sedap tau.
Topping atas pizza pula saya gunakan hotdog, lada bengala ,bawang kuning dan daun thyme segar serta buah tomato yang di potong kiub . Kesemua bahan saya goreng dengan sedikit minuak zaiton sehingga agak garing eemm saya suka dengan baunya yang wangi . Biarkan inti sejuk sementara menunggu doh naik dua kali ganda.
Canai dan letakan sos tomato sebelum taburkan bahan topping dan taburkan dengan cheese . Ikut suka nak guna seberapa jenis cheese yang ada kat rumah . Saya mengunakan mozarella dan parmesan cheese dan juga slice cheese berbeku yang saya panaskan dengan sedikit susu . Biarkan sedikit cair dan tuangkan ke atas pizza dan bakar 180 15-20 min bergantung pada oven .
Setelah masak saya spray dengan sedikit minyak zaiton ...yang nie saya nampak budak budak pizzahut buat ...jadi saya follow ..hasilnya pizza saya nak berkilat macam sedap sangat hehe.
Hari ini pizza saya buat semalam nak pun habis dan petang tadi saya buat apam polkadot pulak ...tunggu nanti jika sempat saya letak jika saya tak letak bermakna apam tu dah habis .



Friday, May 22, 2015

roti butter manis


 Selamat bersua kembali setelah sekian lama bertapa.
Bukan apa asyik asyik kembali dengan menu yang sama  terasa malas nak letang ulang kali sebenarnya. Tapi petang ini terasa diri free sangat nak membebel di sini dengan hidangan minum petang semalam . Cuaca pun panas membahang buat kerja roti nie amat menyenangkan ..semua proses menjadi cepat dan cepat makan ..tapi kena bertahan sedikit sebab haba di dapur pun sama naik dengan roti . Saya mengunakan doh roti asas tapi dengan K Kerim menjadikan roti saya naik gebu segebu roti di kedai roti ...
Alhamdulilah menjadi dengan jayanya ..
Akak hanya buat roti kosong dan letakan butter scs di atas roti dengan sedikit siraman gula putih . Bila makan terasa sedikit kemasinan dari butter dan manis dari gula . Doh ini boleh di pelbagai guna untuk semua jenis roti .











Doh Roti serbaguna
Doh asas


400gm tepung roti
100gm tepung gandum
100gm gula kastor
5gm garam
8gm yis
7gm bread improver - akak gantikan dgn K-cream super
30gm tepung susu
240gm air sejuk
1bj telur
50gm butter/shortening


saya guna BM masukkan bahan cecair dulu baru masukkan bahan kering.  . tunggu 30 minit menguli dan 1 jam untuk naik... keluarkan tumbuk2kan buang angin baru bentukkan. lepas tu biarkan mengembang sebelum dibakar. sapukan susu cair+air sedikit utk disapu atas roti sebelum dibakar. selepas bakar sapu butter/margerin. bakar suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak...



Friday, December 19, 2014

tandoori nan

 Menu dua tiga hari sudah ...sekarang baru nak update sini . Saya adalah pengemar roti tak kira roti apapun semua sedap 
Apapun tak rugi mencuba jika jadi Alhamdulilah jika tak jadi pun lain kali buat lagi sampai jadi ...insya Allah mesti jadi jika kita tidak mudah putus asa. 
Kuah dhall dan ayam tandoori adalah lebihan dari nasi hujan panas . Sayangkan jika ayam yang kita perap tu tak habis di makan jadi sebelah malam memang kena modified ...tapi jika lebihan ayam tandoori boleh juga di simpan dengan membalut ayam dn foil dan simpan di tempat sejukbeku . Nanti bila terasa nak makan defrost dan bakar kembali . Ok saya nak ceritakan bab roti nan saja di sini.

Resepinya sangat mudah untuk di praktik makan di rumah ...


Roti Nan
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar gula
1/4 cawan air (suam)a
3/4 sudu kecil yeast
3/4 susu cair
1 cawan yoghurt
sedikit butter anggaran 1 camca
dan sedikit lagi waktu selepas roti keluar oven.

Proses membuatnya adalah sama seperti mengadun roti. Uli kesemua bahan di atas dan rehat. Adunan ini di bahagikan pada 6 bebola kecil. Setelah kembang tumbuk dan leper kan adunan menjadi bulat dan rehatkan 5 minit sebelum di bakar. Selepas di bakar keluarkan roti boleh lah di sapu dgn butter ataupun minyak sapi serta garlic jika suka. Proses tamat di sini.
Namun saya bakar kan sebentar di atas kuali untuk dapatkan haruman smokey tu sebentar dan sapu dgn garlic oils . Roti yang telah di masak harus di tutup dengan kain untuk elakan kekeringan dan nampak cantik serta lembut . 


Thursday, September 25, 2014

roti sarang lebah....


Petang tadi hujan lebat terasa lapar nak makan sesuatu ...teringat pulak dekat roti nie dalam banyak banyak roti jenis manis nie menjadi pilihan. Selalu saya buat bun sosej,kaya,sambal ikanbilis . Ramai dah pun mencuba resepi Lydia Honey nie sangat menjadi dan saya buat pun alhamdulilah syukur.
Resepi saya tak letak di sini sebab ramai dah tahu....saya sekadar update di sini sebagai ...roti ini saya dah berjaya membuatnya saja untuk rujukan saya.

Tuesday, September 23, 2014

roti pita



Petang semalam projek di dapur....mulanya terfikir nak makan spaghetti saja tapi cancel lah sebab kami berdua saja ada di rumah...nanti tak habis. Kemudian teringat pulak dengan roti pita nie nampak senang cepat dan bahan pun sedia ada maka mula lah proses menguli tepung. Hari nie saya tak guna mesin sebab adunan bersaiz kecil malas pulak nak kotorkan mesin tu .
Roti ini saya mengunakan resepi dari MyResepi. ..

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya

Dan seterusnya resepi inti roti

Inti Daging Roti Pita
Ingredients:-
500g daging cincang
2 sudu besar serbuk rempah paprika
 2 sudu kecil halia kisar
 1 sudu besar bawang besar kisar
 1 sudu kecil bawang putih kisar
 1 biji lada merah dihiris
 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
 garam & serbuk perasa secukupnya


 Daging di cuci serta keringkan air dan letakan sedikit garam serta perisa . Panaskan sedikit minyak dan goring daging sehingga masak . Biarkan sebentar dan boleh lah di hidangkan bersama roti pita. 

Saturday, September 13, 2014

kepingan roti berinti daging


Hari hari bersarapan roti agak boring juga . Buat itu ini untuk menyedapkan tekak ..alhamdulilah hari ini saya try buat cara nie pulak ilham dari Anis dalam rancangan icip icip. Tapi dia punya version tu nampak serba lengkap berbanding saya buat ....saya mengunakan apa yang ada dalam freezer saja. 
Ok dengan roti gardenia yang di buang tepi tinggal putih...tapi saya tak buang langsung saya potong empat dari sekeping roti . Nampak comel gak senang nak makan dan goreng . 
Untuk bahan intinya saya mengunakan :
3 keping daging burger  yang di cincang halus
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk cili - ikut suka nak pedas 
daun sup atau ketumbar .
sebiji telur di pukul 
Bahan bahan di atas ini di campurkan menjadi pes dan letakan di atas kepingan roti .
Kemudian.

2 sudu besar tepung gandum +serbuk penaik  
sedikit garam -sedikit je
air .secukup untuk di jadikan larutan yang tidak terlalu cair dan pekat .

Panaskan minyak untuk  mengoreng (sederhana panas) ambil roti yang telah di letakan inti dan lalukan di dalam larutan tepung serta masukan cepat cepat kedalam kuali  dan goreng sehingga keperangan . Bau harum satu dapur yum nyum. 

Hidangan yang sedang simple serta ringkas di sediakan jika ada tetama datang secara mengejut adalah juga menu simple selain dari roti kering kan.


Monday, September 8, 2014

Donat gebu pandan

 Pertama kali membuat donat perisa pandan ...sedap dan wangi . Donat ini saya buat dan saya cuba sejuk bekukan dua tiga hari lepas . Saya nak lihat bagaimana kejadian akhirnya ...boleh ke tidak di makan almaklum saya buat untuk diri sendiri saja dan tid ak ikut mana mana kelas. Resepi pun kiriman rakan rakan fb saja. Alhamdulilah donat saya menjadi ...saya keluarkan dari sejukbeku dan nyah beku sebentar. Agak 30 min air berpeluh keluar saya lapkan dengan tuala kertas sebelum mula mengoreng. Minyak pula saya panaskan secara sederhana selepas masukan bahan gorengan saya perlahan kan api biar stabil dan masa rata dan masak di dalam.  Selepas goreng nampak keperangan ...siap .
Donat ini waktu saya buat tempohari ...selepas donat terbentuk dan kembang saya panaskan mjnyak dengan api yang sangat minimal dan gorengkan donat satu persatu . Saya goreng sebentar saja untuk mematikan yis dan angkat serta keringkan minyak. Setelah sejuk barulah saya susun atur dalam bekas .



























Resepi saya ambil dalam fp ..kuih muih .

 Donut gebu pandan
2 paket yis mauripan
¼ cawan air pandan/pandan paste
1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit
) ½ cawan gula halus
Secubit garam
 2 biji telor
 1/3 cawan shortening
6 ½ cawan tepung gandum
Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih 2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung.
3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan.
 4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
 5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda.
6.Goreng dgn api perlahan.

*air..optional…tambah ikut kelembutan* Donut gebu stobery 2 paket yis mauripan ¼ cawan air suam 1 cawan susu segar pada suhu bilik(panaskan sedikit) ½ cawan gula halus Secubit garam 2 biji telor 1/3 cawan shortening 6 ½ cawan tepung gandum 1 sudu teh stobery paste Cara-cara 1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk/ mixing bowl, biar 5 minit atau sehingga berbuaih 2.masukkan susu, gula, garam, telor, shortening dan tepung. 3. Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.Uli lagi sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat di tangan. 4.Tutup mixing bowl dengan kain lembab dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda. 5.Terap guna acuan dan tutup donut dgn kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga donut naik 2 kali ganda. 6.Goreng dgn api perlahan. *air..tambah /kurangkan ikut kelembutan..tambah sikit demi sikit* sama teknik mcm buat donut yg lain...cma mgkin dr segi resepi yg menggebuskan lg donut tu...donut ni ble buat frozen jgk...bila doh dh naik..msk setgh masak..toskan smpai btol2 kering....then maskkan dlm zip lock beg to..smpan beku....then bila nk guna..defrost kejab..goreng balik mcm biasa....donut ni wlupn goreng wktu pagi..smpai wktu petang..in shaa Allah....masih lembt lgi....in shaa Allah

* Bila dah uli hingga doh sebati, Shima bahagikan beberapa bahagian n buh emulco atau paste n pewarna..


Friday, April 18, 2014

pizza

Pizza yang di buat secara cepat mengunakan segala yang ada. Alhamdulilah sedap juga walaupun ringkas. Sebenarnya waktu itu terliur benar lihat gambar pizza domino dalam iklan...nak keluar memang malas sebab Hb kerja....jadi nak makan kena lah buat sendiri.
Inilah hasilnya ....lega setelah dapat makan walaupun tak secantik di kedai okkk buatan sendiri.

Gambar kurang sikit sebab guna hp je...malas nak keluarkan seketul besar dan fokus hari nie hehe.
Resepi nya saya ambil dari sumber majalah je ...chef Wan
PIZZA
sumber Chef Wan Majalah Jelita 1994

Bahan Doh Pizza285 gm tepung roti
1 sb gula
1 sk garam
1 sk oregano
15 gm yis basah
2 sb minyak zaitun
1 sb madu
3/4 cwn (180 ml air) suhu bilik
Cara:
1. Ramas yis basah bersama sebahagian air & gula hingga sebati, biarkan 10 minit hingga ragi berbuih. seeloknya guna bekas logam spy ragi cepat kembang.
2. Satukan tpg dgn semua bahan kering, gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaitun & madu, putar sebati.
4. Tuangkan baki air sedikit demi sedikit sambil memutar menggunakan pemukul doh hingga adunan sebati & tak melekt di jari. Jangan bimbang jika air tidak habis digunakan.
5. Keluarkan doh, uli guna tangan selama 10 minit.
6. Letakkan doh di dalam mangkuk yg dilengser sedikit minyak, tutup mangkuk dgn kain biar doh naik 2x ganda baru digunakan buat pizza.
7. Tumbuk doh rata2, canai hingga rata.
*. Letak doh di atas dulang pizza, tekan2 spy rata & mudah ditabur inti.

Sos Utk Pizza:
3 sb minyak zaitun.
1 bj bwg besar didadu
3 ulas bwg putih dicincang
2 kaleng tomato jenis Itali diramas- saya guna tomato puree + tomato fresh kisar.
1 helai daun salam - jika takde saya tak letak
1/2 sk thyme
1 sb tomato puree - abaikan sbb dah ada no.4
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
panaskan minyak, tumis ke-2 bwg hingga layu.
Masukkan semua bahan, masak hingga didih, angkat & sejukkan sebelum sapu pd doh pizza.


toppingnya tu boleh dipelbagaikan ikut citarasa anda.. asasnya: yellow onion di mayang, capsicum dipotong nipis, sausage/frankfurter dipotong serong, button mushroom dihiris last sekali tabur parutan cheddar & mozarella cheese.

Inti nya saya guna apa yang ada tak ikut resepi yang nampak sausaged ayam je dan keju .
Selamat mencuba....






c



Friday, March 21, 2014

roti bun manis


Projek meroti agak lama menyepi setelah mesin menguli sakit . Sekarang pun masih belum di perbaiki lagi, tapi di sebabkan terasa nak makan saya uli guna tangan . Nasib baik dengan cuaca panas roti saya naik dengan jaya nya Alhamdulilah....dapat saya makan dengan senang hati.

Saya tidak letakan resepi untuk roti ini almaklum saya mengunakan tepung premix bun manis. Hehe saya ingin mencuba dan nak tahu bagaimana gebu nya bila mengunakan tepung yang telah siap sedia ramuan nya. Setelah saya cuba baru saya bezakan . Bagi saya kedua dua nya mempunyai rasa berbeza dari segi keanjalan tepung dan kegebuan roti yang naik meninggi itu. Tapi perbezaan ketara adalah jika di adun sendiri roti dapat bertahan 2 hari masih lembut tapi dengan premix kegebuan roti dan kelembutan dapat bertahan lebih dari 2 hari . 

Sunday, January 19, 2014

Crabstick pizza


Makan makan untuk malam ini hanya roti pizza .Lama tak meroti dan malam ini dapat lah buat dua keping.
Pizza yang dibuat dari roti base ini walaupun dua keping tapi hanya mampu makan setengah saja dah kenyang.
Roti pizza nie mengunakan doh biasa tanpa telur dan di uli bersama minyak zaiton saja. Hasil pizza boleh di katakan lembut. Saya canaikan nipis namun ianya tetap mengembang juga .



Tuesday, December 31, 2013

maxican bun

Entry terakhir di malam 31 dec 2013. Sekejap lagi kita bakal menyambut awal tahun 2014. Syukur kepada Allah , Malaysia negara tercinta kita masih mampu bergerak sana sini dengan aman dan mempu menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Syukur pada Allah umur kita meningkat lagi .
Apapun sebagai entri terakhir tahun saya nak letakan roti saja . Roti sebagai santapan saya di waktu petang hari. Nampaknya dua tiga hari saya asyik buat roti saja .
Saya mengunakan roti asas doh saja manakala piping di atas roti saya tambah perisa nescafe habis satu dapur saya semerbak bau waktu bakar tadi.
Akhir kata...Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut tahun 2014 semuga kehidupan aman damai .Aminn.

Sunday, December 29, 2013

roti pizza buat minum petang

Sudah hampir ke penghujung tahun 2013. Entri pun agak berkurangan sebab diri terasa malas nak update tapi hari ini nak juga luang kan masa di sini . Projek roti petang semalam.
Saya buatkan roti sebab abah saya sangat suka makan roti jadi saya harus pelbagai rasa roti agar abah saya tidak jemu makan. Tapi tak dapatlah saya letak benda benda pelik ke atas tu selain buat roti bun manis, cheese dab bersosej gini.

Seperti biasa roti nie di buat mengunakan resepi asas doh cuma yang perlu di ingatkan sentiasa menguli doh sehingga elastic untuk mendapatkan roti yang cantik dan gebu dan yis yang berfungsi.

Saturday, December 14, 2013

cheezy breadstick

Selamat malam baru sekarang berkesempatan membuat update blog.Nak cakap terlalu sibuk pun tidak tapi kesihatan kurang baik ...Alhamdulilah sekarang dah pulih. Amat letih jika kita berjalan jauh almaklum sekarang musim kenduri kawin memang terasa gak bla berjalan jauh untuk dua hari berturut turut dari satu tempat ke satu tempat yang jauh boleh demam. Tambahan faktor cuaca di waktu ini.
Berbalik kisah entri hari ini saya sudah mula meroti ....alahai memang lama juga saya tidak meroti sejak Bm saya hilang power nya sekarang saya guna power sendiri. Nak buat banyak memang tak jalan saya cuma buat setakat 250gm tepung saja .



Resepi doh asas saja. Sebaik saja doh mengembang kali kedua kita boleh canai dan letakan di atas dulang. Sebelum di letakan sebarang topping...kita kena gliskan permukaan roti dengan sedikit telur kuning bercampur susu dan kemudian kita taburkan serbuk parmesen cheese dan juga mozarella cheese.  Taburkan juga sedikit garam halus sebagai penambah selera dan sedikit serbuk oregano ...sikit saja tau. Selepas itu boleh lah di bakar seperti biasa. Hasilnya lembut dan sedap seperti makan di kedai pizza ...Oppps lupa sebelum bakar potonglah garisan memanjang so bila dah masak nanti senang boleh di tarik .

Thursday, September 26, 2013

pizza



Pizza yang di buat untuk minum petang tapi dah jadi malan malam. Apapun agak lama juga tak buat pizza sendiri. 
Sesekali menikmati pizza buatan sendiri sedap juga. Jika pergi makan di Pizzahut saya suka makan creamy tuna....tapi jari nie stok tuna dah habis jadi saya tak dapat lah nak makan tuna. 
Apapun topping di atas adalah sosej ayamas ,capsicum dan hirisan ayam saja . 

Doh pizza nie sangat simple dan senang nak buat. 


Doh Pizza

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
Uli sehingga menjadi doh. Rehat doh sebentar sehingga naik 2 kali . Lebih kurang 30 min doh pizza sudah boleh di gunakan.

Nota : Utk variasi lain boleh tambah cincangan daun rosemary dalam doh jika suka



Monday, September 16, 2013

roti berlapis daging




Roti lapis daging menjadi pilihan di untuk di makan waktu petang. Senang dan cepat di sediakan . Saya  buat dalam loyang roti saja cukuplah untuk kami bertiga.
Satu menu yang sangat sesuai di kala  petang dan mengeyangkan.


Roti Lapis Berdaging 

Bahan-bahan

500gm daging ayam burger ..(di biarkan sebentar dan setelah lembut baru di cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub tomyam
Sedikit minyak untuk menumis
9  keping roti di potong dua
500ml susu segar
3 biji telor
secubit  garam …rasa dulu ye  ..
daun bawang secukupny
Parutan cheese  

Sedikit marjerin untuk melenser
Cara-cara
 Satukan Susu+telor+ garam.
Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.

lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan  susun selapis roti yang di celup larutan susu .
Kemudian letakkan separuh daripada daging  yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan  daun bawang selebih bahan daging  dan dilapisan akhir dengan  roti.
Taburkan parutan cheese  .
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins   .  
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.  Taburkan lebihan daun bawang ke atas cheese yang masih panas .
Hidangkan bersama sos pedas jika suka.



Sunday, July 21, 2013

Murtabak roti











Hari ini saya mencuba resepi dari roti pula . Sebelum ini saya pernah cuba buat gunakan biskut cream crackers . Selepas berbuka tadi benda yang pertama saya capai selepas minum adalah murtabak.
Teringin benar nak makan camana lah rasanya....hehe.
Setelah menikmati murtabak ini ...rasanya sedap juga. 


























Murtabak roti
*12 keping roti  
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih potong halus
* 1 paket daging hancur(Ramly burger)
* 1 biji cili merah potong halus
* 3 1/2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji ubi kentang dipotong dadu
* 5 biji telur
* 2 cawan susu segar
* 1/2 paket cheese mozarella
* sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang  4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.

3' Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.

Wednesday, June 26, 2013

mini pizza bread

Hari ini rasanya terlebih rajin la ..dalam keadaan breadmaker yang rosak tiba tiba terang demikian ingat nak makan roti pulak. Apalagi kena menguli adunan dengan tangan lah.  Oleh yang demikian saya perlu buat dalam komposisi yang sedikit saja . Jadi tempoh menguli tu tak terasa sangat penat nya.
Saya gunakan resepi doh biasa jer tapi buat separuh. 
Hiasan atasnya saya letakan tomota kering (yg di buat sendiri ) bersama dengan sausages ayamas yang di potong serong nipis . Letakan sedikit keju mozarella bersama sedikit sos tomato yang di paipkan  sedikit saja...nanti masam .

 
Tomato kering nie saya buat waktu jualan buah tomato sekilo Rm0.99 sen. Bila murah saya akan borong berkilo kilo hehe. 
Potongkan buah tomato senipis nipis dan keringkan sebentar. Jika di Italy mereka akan salaikan pada cahaya matahari tapi saya malas jadi saya shortcut proses dengan membakar di atas dulang biskut. Saya aturkan sekeping sekeping dan sebelum di bakar renjiskan dengan sedikit minyak olive dan bakar pada suhu 180 selama 20-30 min. Nampak layu dan sedikit perang dah boleh di angkat ...biarkan sejuk sekejap dan simpan dalam balang. 
Tomato dapat bertahn lama jika di simpan dalam balang kedap dan di letakan di dalam petisejuk selama 3 bulan.



Saturday, May 25, 2013

pancake

Pagi sabtu cuti sekolah dah pun bermula pada kelmarin ...Jumaat..kejap saja dah cuti eemmm duit pun tak sempat kumpul untuk jalan jalan hehe.
Apapun alhamdulilah di pagi yang ceria tadi kami bersarapan pancake saja.  Ringkas dan cepat di sediakan ....saya suka la . Godek godeka h dan terus letak keatas pan...kejap je dah siap .
Saya suka makan dengan madu kadangkala susu pekat pun sedap tapi anak saya kurang gemar makan cara nie. Dia sangat terikat dengan serapan yang agak berat ..nasi lemak . Sekali sekali boleh la nak makan selalu di pagi hari...dah tak boleh dah. Nanti waktu lunch perut masih penuh kena tunggu lewat petang baru nak jamah nasi.

Simple pancake

 3 1/2 teaspoons baking powder
 1 teaspoon salt
 1 tablespoon white sugar
 1 1/4 cups milk
 1 egg
 3 tablespoons butter, melted

 Campurkan tepung baking  powder, garam dan gula.
Buatkan bulat di  tengah tepung dan masukan susu,telur dan butter cair, sebatikan sehingga adunan
Sebati dan gebu .
Panaskan non stick pan dan letakan  sesenduk adunan . Masak sehingga keperang perangalahn dan boleh di angkat dan hidangkan dengan sos kesukaan anda.