Showing posts with label Variasi kuih melayu. Show all posts
Showing posts with label Variasi kuih melayu. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Nona manis

Kuih muih amat jarang saya buat sebab ahli dalam rumah saya kurang berminat ,hanya saya seorang saja yang ada kala teringin nak merasa kuih muih . Dulu saya pernah buat kuih ini ...dah lama dah tiba tiba hari ini teringat pula pada si Nona Manis semanis nama yang di berikan memang sedap 

Resepi ini saya sunting dari blog  warisan mama .Saya lampirkan resepi di sini pada yang ingin mencuba .





Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B
1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit

Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan

Sunday, September 14, 2014

apam nasi


Apam nasi ...nak jamah sebiji dua saja tapi bila buat sendiri jenuh juga nak habiskan. Jadi saya letak dalam freezer je. Nanti nak makan saya panaskan air dan wapkan lagi .
Alhamdulilah menjadi apam saya agak mekar juga. 
Ramai dah pun mencuba buat jadi saya tak letak lah resepi nya , Jika goggle pasti dah keluar berbagai .



Friday, March 21, 2014

roti kerca

Selamat petang ..selamat bertemu kembali . Agak lama saya tidak mengemaskini status masakan saya . Perasaan malas la sebenarnya dan pc saya memberontak membataskan hehe . Alhamdulilah hari ini saya merajinkan diri.
Apapun makanan tetap ada tapi menu yang berulang itu pun menyebabkan saya tidak letak . Apapun saya akan langetak gambar saja jika resepi yang sama.

Makanan ini merupakan makanan yang mampu buat kita kenyang tambah lagi kena dengan kuah kari daging/ayam . Makan sedap dan nak membuatnya juga senang sangat sama macam kita buat roti jala. Saya mengunakan resepi roti jala tapi saya tuang adunan larutan kedalam pan leper dengan sedikit minyak sapi yang di sapu pada hujung daun pandan. Eeemm memang wangi kan gabungan kedua dua itu...memang itupun tujuan nya. Biarkan adunan itu masak dan angkat serta gulongkan . Ulangi proses sama sehingga habis adunan.




Semasa menghidang baru lah gulongan panjang itu di potong dengan gunting kedalam pinggan . Hidangkan bersama kari dan untuk lebih sedap taburkan daun bawang dan sedikit cili merah . Mmm memang terbaik lah untuk jamuan 

Friday, February 7, 2014


Bingka susu menjadi pilihan . Sekarang musim panas kering jika dapat sepotong bingka dengan secawan teh kosong memang melegakan tekak di petang hari.
Lagipun proses untuk membuat bingka ini sungguh cepat dan senang memang menjadi pilihan saya. Bahan pun guna apa yang ada paling penting sedap dan berkrim .
 Saya mengunakan resepi dari MyResepi tanpa ubah apapun sebab dah memang best.
BINGKA SUSU
(Sumber : Kak fida@myresipi.com)

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

BAHAN A :
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu manis
50 g gula pasir (opt)
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

BAHAN B :
500 ml air
100 g mentega / majerin
50 g tepung kastard
1/2 sk esen vanilla
1/2 sk garam

Cara-cara
1. Satukan bahan A dan ketepikan.
2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan. 3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing



Wednesday, January 8, 2014

kuih bakar berlauk



Hidangan petang semalam yang sangat enak dan senang nak buat ...ini sangat penting kan. Tak lupa nak ucapkan terima kasih pada kakJee sebab saya guna resepi beliau yang memang tidak melekat dan meletop ini.

Untuk resepi boleh lawati blog kakJee tapi saya nak letak juga resepi ini di bawah sebagai rujukan saya juga. Klik si http://www.dapurkakjee.com/2011/03/143-kuih-bakar-daging.html Sini

Kuih bakar daging
KakJee


BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.


Sunday, December 1, 2013

Bahulu kukus

 Hidangan petang semalam yang senang di sediakan.  Terpandang dalam Fb resepi kiriman seseorang di group hidangan sedap jika tidak silap saya nampak menarik juga . Tapi dia buat dalam warna coklat saya pula kehabisan coklat paste maka saya kukuskan tanpa sebarang perwarna. Tapi bila kukus dan keluar jadi warna sedikit kelabu hijau,,,jadilah tu .  
Saya mengunakan acuan bahulu yang saya sapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dan senang di cungkil setelah masak .
Jika abah saya ada di rumah semalam pasti dia suka makan rasanya pun tidak manis . Anak saya pula berulang ulang makan cakap sedap ...lapar sangat lah time cuti sekolah duduk depan pc main games ,ps perut pun cepat nak di isi penuh.


Resepi Bahulu kukus
Oleh: Zaitong Syed Ahmed

Bahan-bahan

250 gm tpg gandum 
4 biji telur
200 gm gula halus
1 sdt esen vanilla
1sdt overlet
150 ml santan
sedikit pewarna kuning

.
CARA MEMBUAT:

1 pukul telur dgn gula,overlet,hingga kembang dan pekat. 
2 kemudian masukkan tepung sikit sikit dgn santan selangseli.warnakan.
3 perap 1/2 jam -1 jam
,kemudian sudukan dlm acuan bahulu dan kukus 10-15 minit.


Thursday, October 24, 2013

Buah melaka

Lama sungguh tak membuat kuih yang sedap dan senang na buat . Bila makan sejuk terasa enak sangat biarpun kelmarin petang hujan lebat menikmati sepiring buah melaka bersama teh tarik ...syukur alhamdulilah dengan rezeki semalam.
Hari ini baru nak letak gambar ...hehe tak habis lagi ada beberapa biji montel untuk di habiskan petang nanti.








Monday, September 23, 2013

bingka kentang

Minum petang bersama bingka kentang . Agak lama tak makan bingka tiba tiba teringat pulak. Di sebabkan kawasan tempat tinggal saya tiada orang yang berniaga setiap apa terasa nak makan kena buat sendiri. Bukan tak ada langsung ada juga tapi kena keluar dari kawasan perumahan dan turun ke Amanjaya baru lah ada orang menjual kuih muih.  Saya jarang keluar jika tiada hal hal penting .
Apapun bingka nie agak senang di sediakan jadi saya senang hati.

Bingka kentang nie dah berkali kali kita buat memang terbaik lah resepi nie. Saya ambil dari Kak Azie sumber Myresepi. 



Disebabkan kehabisan bijan saya taburkan almond sebagai penganti ...asal nampak seri jadi lah dan rasanya sedap dan berlemak.

Bingka kentang

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 inc. )

14 auns(400g) kentang - rebus empuk dengan sedikit garam dan lecek halus
6 auns (3/4 cwn) gula halus
5 biji telur - besar
2 cawan santan (akak guna 300ml KARA + air)
8 auns (2 cwn) tepung gandum - ayak
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara

Panaskan ketuhar 175C.Loyang dialas daun pisang dan gris sekeliling
Kacau telur,gula,garam dan esen hingga rata dan masukkan santan.Masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau hingga tk adunan berbintil.Masukkan pula kentang lecek dan pewarna kuning.Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40 min - 1 jam atau hingga kuih bingka garing.

Bingka_kentang setelah sejuk baru di potong.


Wednesday, July 3, 2013

kuih lapis


Asalamualaikum di petang hari rabu. Petang ini cuaca nampak mendung tapi tidak hujan hanya berangin saja.
Projek kecil di dapur saya hari nie adalah kuih lapis saja.
Saya buat pada kadar setengah adunan saja. Jadikan untuk kami bertiga makan di petang hari.
Senang dan cepat jadi dengan mengunakan resepi Asnidar ini. Terima kasih pada Asnidar resepi ini menjadikan saya lebih baik lagi di dapur .

Saya letakan resepi beliau di sini .

Kuih lapis.
Asnidar Nursamsi

 11/2 cwn t/gandum
 1/2Cwn t /jagung
 1Cwn gula
 1Kotak santan (200ml)
 3cwn air
 Secubit garam
 Warna merah

 Gaulkn semua, tapis. Buat dua bahagian. Satu merh, satu putih. Buat selapis. Kukus 5mnt..dn seterusnya. Satu adunan dapat 25bj.






Saturday, June 29, 2013

pulut serimuka

Asalamualaikum di pagi sabtu yang dingin ini. Keadaan jerebu nampak dah hampir pulih di sg.petani.
Pagi ini saya bersarapan kuih talam serimuka yang saya buat petang semalam. Saya simpan dalam petisejuk dan kukuskan semula pagi ini . 
Selalunya saya buat tidak pernah jadi cantik sebegini haha sebab saya memang tak pandai dalam bab kuih tradisional ini . Tapi di sebab kan semalam saya terlihat dalam fb yang di tag kan pada Cmg kiriman dari rakan fb beliau iaitu Puan Asnidar Nursamsi ....timbul keinginan nak cuba buat dalam bentuk comel begini, Alhamdulilah  menjadi jua akhirnya dan saya amat berterima kasih pada beliau. Saya tak pasti dari blog masa sebab beliau adalah rakan fb Cmg yang pemes itu .
Resepi nya nampak macam mudah sangat ..dan senang di ikuti .


Resepi macam nie saja ...simple kan saya cuma perlu kukus kan pulut sekadar agak agak saja . Dan derhaka sikit pada resepi dengan menambahkan dua biji telur .
Lepas nie saya confirm boleh buat untuk abah saya sebab abah pengemar kuih talam...dulu arwah mak pandai buat tapi masa itu saya tak pernah ambil tahu .


Seri muka 
sumber : Asnidar Nursamsi

 11/2Cwn t/gandum
 2sd bsr t/beras
 2Sd bsr t /kastad
 1Cwn gula
 1Cwn air pandan
 2cwn santan
 2 biji telur ....saya tambah sendiri
 Semua bhn dikisar n tapis.. kukus pulut. Letak dlm bekas kecil




Friday, May 3, 2013

bingka labu


 Asalamualaikum di pagi Jumaat. Tanggal sehari saja lagi kita semua akan mengundi. Cepat betul masa berlalu dan panas bahang cuaca maupun politik memang terasa.sangat
Apapun berharap apa yang di pilih kita semua adalah satu kerajaan yang stabil dan pemimpin yang mempunyak akhlak yang baik. Amin

Berbalik kepada bingka labu hehe mula nak cuba buat chiffon labu tapi last minit terasa baru je makan kek so kita buat bingka la pulak.
Bingka pada mula nya warna cerah nampak macam tak ummph so saya tukar kepada mode grill pada 5 min terakhir bakar. Hasilnya tergelap lah sikit namun rasanya sedap gak. Hitam manis namun menawan.
Resepi saya tak letak lah tapi boleh refer pada entri yang lalu.




Thursday, April 18, 2013

kuih talam pisang

Asalamualaikum di malam Jumaat ini. Di waktu ini barulah saya free time dapatlah meluangkan masa mengemaskini blog kesayanganku. Hehe pasti semua orang suka kan ada catatan sendiri mengenai cerita dapur . Dairy terkini yang boleh di kongsikan bersama rakan serta kenangan .
Masa berlalu jika di toleh kebelakang tak terbayang bahawa aku kini boleh memasak. Apapun dari try n error sekarang boleh lah , nak cakap terror tu tak juga . Apapun menjadi.
Ok...aktiviti hari ini adalah membuat kuih talam versi pisang. Malangnya waktu cari perwarna kuning ianya menghilang entah kemana..jadi yang jumpa perwarna kuning tapi untuk warna fondant. Yang itu je ada so kita pun letak je...warna nya tak seberapa kuning seperti di harapkan. Nampak pucat saja tak seksi gitu. Kuih pun nak kena makeup baru nampak tergoda.
Hakikatnya ....lain kali nak buat perlu ada persiapan hehe.

 Saya buat setengah adunan saja.

TALAM PISANG 
sumber : kak hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


Tuesday, March 19, 2013

lempeng daun bawang

Sarapan pagi tadi lempeng bawang yang di cicahkan dengan lauk sardin. 
Bila makan lempeng nie teringat nostalgia zaman kanak kanak dulu. Emak selalu menyediakan kami adik beradik makan lempeng bercicahkan kari . Sedap sampai berebut rebut makan dengan adik adik almaklumlah zaman tengah membesar semua makanan yang di sajikan laju saja kita makan.
Hari ini bila makan seorang diri teringat juga pada Arwah Emak...semuga arwah ibu di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Lauk sardin pun sedap juga 

l
 

Tuesday, March 12, 2013

bingka suji

Asalamualaikum....dah masuk hari selasa . Alhamdulilah situasi di Sabah sudah pulih...lega mendengarnya. Tapi risau tetap ada manalah tahu musuh di mana saja sebab mereka sukar di beza kan dengan warga tempatan. Apapun semuga tidak ada pekara yang tidak di ingini berlaku lagi. Keharmonian serta kedamaian dalam kehidupan yang aman.

Apapun sekarang kita bercerita mengenai masakan dengan lega di hati. Masih ada tepung suji yang di beli tempohari saya gunakan untuk membuat bingka suji. 
Tempohari saya buatkan talam suji dan hari ini bingka pulak...kedua duanya pun sedap di makan pada waktu pagi maupun petang dengan secawan teh panas.

Saya bakar mengunakan convention oven...bakar secara biasa dan kemudian nya mengunakan mode grill selama 10 min untuk mendapatkanSay kerak di bahagian atas.

s

Friday, March 8, 2013

talam suji

sa
Alhamdulilah hari ini kita bersua lagi. Dah dua tiga hari saya tak letak entry sebab susah hati . Manalah tau jika en Hb kena hantar ke tempat bergolak. Walaubagaimana pun saya harus pasrah pada takdir dan berserah pada Allah dan doakan yang terbaik. Amin.
Hari ini saya tergerak hati nak makan kuih tempatan yang saya amat jarang membuatnya . Bagi saya memang sangat susah tapi dengan resepi Kak Liza nie Alhamdulilah menjadi pulak dengan elok dan sedap. 
Kuih jenis talam begini saya masih ingat lagi sewaktu saya jarang kedapur ...time tu saya masih berkerja dan hujung minggu pula saya sibuk ke kelas pengajian ( tempat kerja taja belajar ) Dapur memang asing bagi saya tika itu. Time tu mana ada resepi yang baik macam sekarang yang 100 percent betul . Dulu tidak....ada resepi dari buku ...bila kita cuba buat ...tak pernah jadi. Akhirnya beli saja lah jika nak makan.

Hari ini saya buat dalam bekas kecil dan comel ...happy sangat sebab menjadi dengan baik nya.hehe.
Terima kasih saya pada Kak Liza..

TALAM SUJI
Resepi: kakliza
Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan