Thursday, October 3, 2013

siakap stim dengan jus limau




Ini entry tertunggak. Bila rasa rajin baru nak letak di sini. Mungkin mood menulis karangan pun kurang jadi malas nak mengomel di sini . Apapun menu ini lanjutan dari makan malan bersama abah. 
Hidangan di restoran itu sangatlah sedap hingga membuat saya berkali kali merasa kuah itu untuk kepastian. Hehe seperti biasa la kan bila kembali beraksi di dapur mesti nak kopycat . 
Alhamdulilah menjadi juga dengan peratus 80/100 . Dari segi rasa hampir hampir rasanya tertinggal satu ramuan iaitu lengkuas . Waktu kuah ini di sajikan supnya telah di buang segala hanya kelihatan keruh dan di tabur dengan daun ketumbar saja.
Apapun resepi saya agak agak nie boleh di katakan ok lah.

1 ekor ikan siakap - saya potong setengah sebab besar sangat ..tak muat.
1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
seinci halia
2 biji asam boi - ambil sedikit airnya
2-3 camca sos ikan
2 camca sos tiram
sedikit garam ---agak agak
sedikit gula .
cili padi 
1 biji limau nipis- perah dan ambil airnya
1/2 sudu teh tepung jagung.

bawang merah dan bawang putih di blend halus. Masukan dalam mangkok dan campurkan dengan sos tiram, halia sos ikan ,gula cili padi ,air limau dan akhir sedikit tepung. agak setengah sudu kecil. 
Campurkan larutan sehingga sebati . Akhir masukan asam boi .
Panaskan kukusan , tuangkan larutan kedalam bekas yang hendak di kukus. Kukus sehingga air itu mendidih dan sedikit pekat.. Masukan ikan dan kukus sehingga ikan masak. Tutupkan api taburkan daun ketumbar dan hidang.

No comments: