Showing posts with label masakan harian. Show all posts
Showing posts with label masakan harian. Show all posts

Friday, September 11, 2015

Bawal goreng air asam


Ikan bawal hitam yang masih segar terasa manis jika di goreng begini saja. Jadi lunch tadi saya nak makan ikan goreng dengan nasi putih macam di restoren jual. 
Selalu juga saya makan di restoren yang menjual secara set ..nasi putih bawal goreng bersama sambal kicap .
Ummm tak perlu letak resepi kan sebab senang sangat...yang penting dalam menu ini adalah air asamnya perlu ada Ummph baru terasa bila mencicah isi ikan .
Tambahan pula ada air limau serta sedikit taburan daun ketumbar terasa kesedapan nya.



Saturday, November 29, 2014

chicken madghout


Hari ini baru nak buat posting menenai masakan, Lama juga lah kita tak posting cerita masakan. Mungkin di sebabkan lama berblog ada kala rasa bosan juga sebab memaparkan menu yang berulangkali ..tentu bosan.
Namun ini lah kegiatan kita dirumah setiap hari walaupun jemu arrrr.
Pagi tadi tarasa sangat nak menikmati hidangan ala arab ...eemmm arablah pulak . Sebelum ini saya mengunakan rempah tempatan saja yang di kisar sendiri . Dengan kecangihan masa kini rempah yang berada nun jauh beribu batu kita boleh dapatkan dengan segara secara online...hehe.

 Saya telah menukarkan daru lamb kepada Ayam namun resepi di bawah saya tidak ubah. Sebahagian ayam saya masak bersama nasi dan sebahagian lagi saya grill dengan menambahkan serbuk paprika ,lada garam serta sedikit air lemon dan saya grill sehingga masak .

Resepi lamb Madghout
sumber dari : rakan kelab masakan Lydia Honey group

Bahan...utk mkn 5-6 org.
3 cwn beras basmathi super long
1 kilo daging kambing yg bertulang
5 cwn air utk merebus daging /ayam
2 bj bwg bsr potong dadu
4 ulas bwg Putih..cincang.
1" halia ketuk
1 st lads hitam- tumbuk bg pecah sikit
2 bj tomato- cincang
3 sb pes tomato
2 bj lada hijau
5-6 bj buah pelaga
3 bj bunga cengkih
1 brg k.k.manis
2 helai daun bay
1 SK Arab mix spice
1/2 bj lemon ambik jus nye.
3 sb myk sapi / butter
Step 1
Bersihkan daging...toskan air n Gaul dgn Rempah mix spice..perap 2 jam.. Beras td basuh n rendam dgn sedikit garam selama 1 jam.
Step 2
Panas kan minyak n tumis k.k.manis..buah pelaga n bunga cengkih..masukkan bwg2 n halia..bila layu masukkan bay leaf..lada hitam buah tomato n pes tomato ..kemudian masukkan daging..serta masukkan 5 cwn air ..tutup tudung periuk pressure cooker..masak 15 min.
Step 3
Slps 15 min..buka tutp periuk..toskan beras n tuang kedalam sop td..perah 1/2 bj jus lemon..masukkan garam. Biarkan mendidih spt masak nasi biasa..jgn di kacau. Bila kering masukkan lada hijau..kemudian tutup balik tudung n perlahankan api biarkan 8 min..siap.

Di rumah jika nasi tidak berkuah sudah pasti anak saya kurang laju makan . Jadi saya kena buat sesuatu yang berkuah maka terhasilah kari ayam pedas dan salata timun yogurt. Alhamdulilah rezeki hari ini.



Wednesday, October 1, 2014

kari ayam pedas



Kari ayam pedas satu hidangan yang enak sangat di makan bersama nasi putih panas panas . Dimakan pula di waktu hari hujan ...laju saja . 
Saya mengunakan rempah yang di adun bersama dengan satu camca cili kasar bagi menghasilkan kepedasan yang berganda . Kuah kari akan nampak sedikit kemerahan . Rempah pula harus di tumis bersama serbuk kari sampai betul betul betul masak agar rasa cili tidak kuat .
Bahan-bahan:

1 ekor ayam  
2 biji ubi kentang  
2 biji lobak merah  
3 biji cili besar hijau  
3 tbsp rempah kari ayam/daging –di jadikan pes
2 sudu besar cili kisar – campur dgn rempah kari ayam
1/2 sudu besar serbuk kari kurma
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
**ditumbuk/kisar halus
Santan kelapa secukupnya
1 biji tomato di cincang halus
asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air
Minyak untuk menumis.
Bahan tumis:
Rempah  tumis (bunga lawing,kulit kayu manis .
5 ulas bawang merah – dihiris  
3 biji bawang putih ~ belah 2 & hiris halus
1/2 inci halia ~ hiris halus mcm batang mancis
1 tangkai daun kari.

 Ayam saya gaul dengan sedikit garam dan kunyit kemudian saya goreng dalam minyak panas sekejap saja .

Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan tumis lain sehingga garing. Angkatkan semua bahan tumis tersebut dan ketepikan dahulu.
Masukkan cili kisar dan pes kari. Masak sehingga betul-betul masak atau sehingga terbit minyak.  .
Masukkan pula ayam dan ubi kentang, gaul rata dan biarkan selama 10 minit atau sehingga ayam

Agak masak..bolehlah masukan air asam  dan cincangan buah tomato . Agak buah tomato hancur masukan santan serta perisakan dengan garam dan sedikit gula. Seimbangkan rasa pedas masam dengan gula …bila agak sedikit pekat  ….siap.

Opps...sebelum api di tutup masukan cili hijau..

Friday, September 5, 2014

nasi arab vs Kabsa

Waa sudah lama tak makan nasi arab terlalu merindui nasi berempah ratus ini . Satu hidangan yang menjadi kemestian buat semua para Haji Haji jika ke Tanah Suci pasti dapat menikmati isajian makanan pak arab. Hehe bila teringat kisah nie saya mesti senyum sorang sorang alkisahnya semasa di Taif. Kami di bawa berkunjung ke sebuah restoran private untuk makan tengahari . Lapar memang lapar perut berkeroncong nak makan sesuatu yang mengenyangkan sebab sepagi kami setelah berjalan jalan di pasar makan buah buahan. Hehe sebaik saja kami duduk di kerusi empuk kami di berikan satu plastic besar lah juga . Masing masing memandang plastic lutsimar tu errrkk nak buat apa dgn plastic nie ..jawab kawan saya kita buat alas pada baju kot tak mau nasi tumpah so masing masing pegang plastic letak di baju masing masing ... Isshh pak arab tu datang cari plastic tu jeling jee dia pun datang kembali dengan plastic lain dan letak tengah meja dan tuangkan nasi dari dulang yang penuh dengan lauk pauk. Haaaa malunya kami rupa rupanya sebagai lapik nasi ...baru tahu. Well apapun kami makan berselera sekali sedap tau makan stail begini. macam kenduri orang jawa pulak.

Berbalik pada hidangan saya ....saya masak mengunakan rempah yang di beli dari kedai mamak dekat kepala batas . Sedap bau harum rempah rempah ini .

Ayam ini telah di rebus dan di ambil stok ayam untuk di masak nasi . Ayam yang telah di rebus kemudian nya di perap dengan rempah kabsa .lada hitam.garam .serbuk paprika . Lumurkan pada semua bahagian ayam dan letakan sedikit minyak zaiton ,yogurt dan sedikit perwarna merah . ( rasanya boleh di pelbagai rempah ratus ikut kesukaan )  Kali ini saya lebihkan rasa rempah . Hasil setelah di grill nampak cantik berseri  sebelum makan picitkan hirisan lemon untuk rasa lemony gitu .....tapi arab version warna kuning ( sebab mereka letak safron )

 Nasi saya masak kali ini nampak sebijik sebijik itu tandanya jadi lah . Saya pernah masak tak ikut petua terus basuh dan masak gitu hasilnya nasi saya pendek serta patah . Hari nie kira menjadi lah juga. Dalam nasi saya letak buah lemon kering...berserta renpah ratusnya . Buah lemon kering warna hitam boleh di beli dari kedai India tapi agak susah nak mencari . Apapun jika ada lemon murah tu beli banyak banyak letak garam dan air (masak sejuk) dan peram dua minggu. Kemudian keluarkan dan jemur di bawah mentari terik tau . Dah kering boleh simpan untuk masak nasi .

 Dalca sayur ..nie bukan sebahagian dari nasi arab tapi anak saya tanpa kuah ....nanti bising kenapa nasi nie kering adoilaaa anak mamak sorang nie mesti kena siap kan kuah. Dalca tumis darat selalunya orang India rebus gitu je tapi saya suka style gini ....wangi sikit.

 Yang ini salad timun bawang beryogurt . Saya pakai letak mix n match . Timun di buang bahagian tengah supaya kurang berair dan saya pandai pandai letak sikit cili melaka ..hehe pak arab mana ada cili kan .  Bila sedikit pedas baru ngam dengan selera. 


Saturday, August 23, 2014

sotong goreng tepung ...


Malam nie kami dapat makan sotong goreng pulak. Nak masak apa dengan sotong dah tak tau dah asyik tomyam,goreng pedas ,sotong bakar dan ...So tadi teringat emm nak goreng tempura pastu makan dengan sos masam manis ...hehe sedapkan.
Memang sedap pun jika kita makan waktu panas panas. Adunan tempura nie nampaknya menjadi walaupun seringkas ringkas ...tak makan minyak ..saya suka jenis nie rasa macam makan kat kedai lah pula.
Apapun malam ini di luar masih hujan lagi sejuk sangat jika boleh lepas makan nak terus tidur tapi tak bolehkan nanti kembung perut dan lesu pulak esuk pagi. So still awake tunggu lewat sikit bagi makanan yang di makan dalam proses ..ok
Ok resepi nie sangat mudah dengan sedikit olahan dari saya...hasilnya tidak meletop dan sangat ranggup.

Crispy batter for deep frying

100g ice cube-cair
50g self-raising flour – saya guna tepung biasa campur 1 s/kecil baking soda
10g rice flour

Sedikit tepung – sebelum di masukan kedalam adunan …salut tepung pada kepingan sotong. Buat satu demi satu barulah salutkan dengan adunan.


Method
1.   Mix rice flour and self-raising flour together in a mixing bowl.

2.   Add in water slowly, stir till mix well, rest for 10mins.

Tuesday, May 6, 2014

siakap stim asam limau

Masakan yang paling simple menjadi pilihan di kala cuaca yang panas terik. Rasanya selera makan juga berkurangan dek kerana kenyang dengan minum air kosong . Bila lapar selera makan memang ada tapi sebaik menjamah nasi dua tiga kali suapan terasa dah kenyang pulak . Mungkin faktor cuaca membuat kita rasa kurang selesa .
Menu tengahari tadi kita buat yang simple simple saja . Hendak duduk lama di dalam dapur dengan haba panas membahang pada waktu tengahari memang terasa nak lari keluar saja...Jadi persiapan memasak harus di sedikan awal pagi dan mula memasak apa yang patut menjadikan kerja memasak lebih teratur dan pantas . Aarr celoteh panjang pulak . Berbalik pada siakap stim nie fav En.Hb kalau boleh tiap tiap hari ada . Tapi saya tak buat lah selalu saya pulak yang jemu pulak .

Siakap stim asam limau 

Bahan-bahan  

ikan siakap
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bwg merah*
serbuk lada hitam
 2 biji limau nipis di perah air
2 biji lada besar
Beberapa biji tomato ceri
daun ketumbar
garam secukup rasa

Cara-cara
Terlebih dulu panaskan kukusan dan sitm ikan siakap dengan sedikit hirisan halia . Biarkan sementara itu guna kuali lain panas kan kuali dengan sedikit minyak  dan tumis hirisan bawang merah serta bawang putih dan halia.
Biarkan sedikit wangi masukan air perahan limau nipis dan sedikit air ….agak agak untuk sedikit sup. 

Setelah mendidih tuangkan keatas ikan yang telah di stim tadi . Tutup dan taburkan hirisan daun ketumbar …siap untuk di makan.


Sunday, February 9, 2014

nasi minyak ayam tandoori

Juadah tengahari tadi nasi minyak bersama ayam tandoori serta kuah dalca . Lama tak makan terasa rindu tapi selepas makan makanan begini pasti lemak bertimbun .
Yonyon memang happy bila pulang dari sekolah kita sediakan makanan kegemaran dia. Alhamdulilah rezeki hari ini .


Tuesday, December 31, 2013

kerapu masak asam

Kerapu masak asam merupakan satu menu yang sangat simple yang mampu memgamit selera takala badan terasa kurang sihat .
Menu sampingan yang sangat ringkas dan jika kena dengan cara kesedapan nya membuat kita bertambah nasi.


 Paling wajib dalam masakan ini adalah pengunaan halia serta buah tomato dan air asam . Tiga elemen penting dalam masakan di samping bahan lain dalam menambah lagi rasa kesedapan .
Tapi adakalanya saya guna apa yang ada di dalam peti saja jika malas nak keluar membeli barang .

Kerapu masak asam

1 keping isi ikan - di garam kunyit serta di goreng terlebih dahulu
1 labu bawang merah - di potong bulat
beberapa biji cili pada
2 ulas bawang putih-  di cincang halus
1 btg cili merah
2 jnci halia di potong nipis
air asam jawa
1 biji tomato- di dadu
sedikit daun ketumbar

Ikan di goreng terlebih dahulu dan di letak tepi . Dengan minyak yang masih panas tumis bawang putih,halia dan bawang merah sehingga agak layu dan wangi . Masukan tomato yang telah didadu biarkan merenih sedikit dan masukan perahan air asam jawa secukup ...jika nak berkuah lebih sedikit dan biarkan kuah tersebut renih dan sedikit pekat. Tambahkan kicap dan sedikit gula dan garam secukup rasa. Akhir proses masukan ikan ,cili pada serta hirisan cili merah . Tutupkan api dan taburkan daun ketumbar.

Sunday, December 29, 2013

kari ikan kerapu

Kari ikan kerapu menjadi menu pilihan tengahari tadi. Selang dua hari kari wajib di masak . Jika tidak My Yonyon pasti mula tanya mana kari dia.
Untuk hari ini saya mengunakan rempah kari yang di beli dari kedai mamak di K.Batas. Deretan kedai kedai lama , disitu terdapat satu kedai di antara kedai yang menjual pelbagai jenis rempah sebut saja dan dia akan mula mencampurkan rempah rempah untuk menghasilkan satu rempah yang di pinta.
Rempah ini sungguh wangi dan hasil dari campuran tadi menghasilkan aroma kari yang lain dari biasa . Kebiasaan saya mengunakan rempah Babas ikan , jenama ini pun sedap tapi jika kita selalu sangat makan kita mudah jemu. Jadi saya tukar kan kepada campuran sendiri . Saya tidak letak kan resepi sebab saya pasti ramai yang sudah pandai memasak kari kan. Yang menjadikan berbeza adalah campuran rempah dan cara rempah di masak sebelum di tambah air asam maka di situ lah keunikan cara masak yang membuat kari sedap dan kurang .


Thursday, November 28, 2013

Beriani telur


Saya terlihat resepi beraini telur nie dalam blog blogger masakan tapi saya terlupa siapa kah dia itu. Maaf kan saya ye pemilik resepi ini sebab saya letakan resepi beliau di bawah untuk rujukan . Apapun gambar dari blog beliau lebih menyelereka padat dengan gambar yang sedap hingga buat saya terliur nak rasa juga gandingan telur. 
Alhamdulilah ternyata sedap sampai anak saya makan hampir separuh haha sedaplah tu. Walaupun simple dapat memikat selera anak bujangku di rumah. Almaklum cuti sekolah pagi, petang malam kena prepare makanan ...kejap kejap tanya menu apa nak di masak ..petang nanti mama masak apa. Ishh ish mau tak duduk dalam dapur seharian. Apapun sambil masak tadi sudah fikir nak prepare apa untuk minum petang yang tidak memenatkan diri saya. Waktu ini hujan sedang turun dengan lebatnya di luar rumah. So tak dapat lah menikmati secawam teh di laman rumah sambil melihat budak budak bermain di padang yang selalunya sepi . Hanya gegar waktu cuti sekolah saja.















Saya copypaste resepi beliau tanpa ubah seang laindikit pun. Nasi beriani di makan bersama sambal ikan haha satu kelainan kan.

Beraini telur
Ingredients:
Eggs --6
Basmati rice --2 cups
Oil --2 tablespoons
Bay leaves - 2
Cinnamon --1 inch stick
Green cardamoms --4
Cloves -- 4
Onion --1 medium
Ginger garlic paste --2 tsp
Curd (Yogurt) -- 1cup
Fresh coriander leaves,chopped --1 cup
Fresh mint leaves ,chopped--1 cup
Red chilly powder --1 tsp
Coriander powder--1 tsp
Turmeric powder--1/4 tsp
Cumin seeds -- 1/2 tsp
Green chilly -- 4
Sliced ginger--1/2 inch stick
Fried onion -- 1 cup
Yellow color / Saffron (soak in 2tbsp water) -- Pinch
Salt to taste

Preparation:
Soak basmathi rice in water for 30 mins and drain the water.Eggs should be hard boiled,peeled and halved.
To prepare fried onion slice onion and deep fry in oil till they are golden brown.
In a deep pan add water and when the water comes to boil add the soaked rice ,cumin seeds ,cover and cook  on high heat for five minutes or till the rice is 80% cooked.Immediately drain the water and keep the rice aside.
Heat  oil in a deep pan. Add  bay leaves, cinnamon, cardamoms and cloves and saute for one minute. Add onions and saute till soft.
Add  ginger garlic paste and saute till fragrant.Add  chilly powder, turmeric powder ,coriander powder,salt to taste and saute for few seconds.
Add curd and saute for two minutes. Add  coriander leaves and mint leaves,sliced ginger,green chilly and continue to saute for two minutes longer. 
When the masala is cooked well add halved eggs and cook for 5 minutes,mix gently.
Now spread rice on  egg masala add yellow color or saffron,spread fried onion , mint leaves and cilantro.
Cover the pan with Aluminium foil and close the lid .
Place a tawa on the stove and then place the biryani pan on the tawa,lower heat and continue to cook for ten minutes, or till the rice is done and all the moisture has been absorbed.
Transfer the biryani to a platter and serve hot egg biryani with mirchi ka salan ,raitha. 

Thursday, November 21, 2013

daging blackpepper



Baru hari ini nak letak menu ini walaupun dah habis hehe . Menu dua tiga hari yang lalu . 
Menu yang ringkas kadangkala membuat kita menambah selera makan. Jika selalu kita masak kari dan jenis berkuah adakala kita nak rasa jenis yang di goreng kering begini . 
Menu ini sangat sesuai di makan bersama sebarang jenis nasi dan sedap juga di makan dengan roti  Sekiranya di buat untuk cicahan roti kita cuma perlu hiris daging nipis nipis supaya senang di ambil dan di letakan dalam gulongan roti . 
Resepi ini bukan lah dari sumber sendiri saya cuma mencuba resepi yang di ambil dlam Myresepi dan mencubanya di dapur saya. Saya rasa resepi ini sedap dan kena pada selera kami sekeluarga. Saya letakan resepi di bawah sekiranya berminat untuk mencuba rasa dan boleh juga goggle di Myresepi.

Daging blackpepper
Bahan-bahannya
1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka

Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis
Seinci halia(mayang halus)
Selabu bawang besar(potong bulat)
Sebiji biji lada benggala(potong)
Sedikit carrot(potong memanjang)
1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Minyak untuk masak daging

Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
Pastikan goreng sampai daging empuk.
Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
Masukkan lada benggala dan bawang besar.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.  Siap untuk dihidangkan.


Wednesday, October 30, 2013

siakap stim asam boi













Menu kukus kukus saja hari ini . Sajian sihat mudah dan ringkas tapi sedap di makan ...hehe mcm promo je.

IKAN SIAKAP STIM ASAM BOI

Bahan
Ikan (siakap
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1 inci halia - hiris halus
2-3 asam boi
 Tomato cherry @ biasa - belah 4
Daun ketumbar
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram - (optional)
Air asam secukup rasa
Hirisan limau atau jusnya
Cili padi dan cili merah - hiris@ketuk
Garam/Gula
Tepung jagung+air sedikit jika ingin kuah pekat - sy x letak

Caranya
 Sos ikan,garam ,kicap cair,sos tiram di campur dan di tuang ke atas ikan yang di letakan dalam kertas foil.

Potongan cili,tomato .cili padi di masukan kedalam ikan bersama serai yang di ketuk sedikit. Stim sehingga ikan masak . Sebelum hidang letakan daun ketumbar dan air perahan limau nipis.


Thursday, October 10, 2013

menu hari ini

Hari ini tak ada yang menarik hanya sekadar menu harian saja. Di sebabkan kelmarin dapur saya tidak berasap ...hari ini saya menrajinkan diri memasak beberapa lauk pauk. Alhamdulilah dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kami sekeluarga. 
Hari ini saya masak kari kepala ikan...maaf ikan nie saya tak pasti namanya tapi isinya sedap dan lembut.

Sayur brokoli dan lobak merah yang di goreng kilas bersama crabstick. 


Sambal belacan bersama ulam ulaman dan ikan goreng je sebab bahagian kepala nya di jadikan kari. 


Sunday, October 6, 2013

lemon chicken rice


Mencari menu apa yang nak di masak bermacam macam resepi telah di cuba. Akhirmya nasi ayam jua menhadi pilihan. Senang ringkas dan sedap tambah lagi di makan pada hari  yang hujan begini. Dengan semangkok sup terasa segar dan panas badan bila menghirup dan sewangi aroma nya, begitu menyegarkan.

Nasi ayam nie di masak seperti nasi ayam yang lain cuma saya tambahkan parutan kulit lemon dan air perahan lemon kedalam air memasak nasi.

Manakala ayam pula saya panggang ..terasa perahan air lemon yang harum sewaktu di panggang dan masak .

Ayam Panggang Berlemon
Sumber: Majalah Saji Februari 1999

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana
3 batang serai - dikisar
1 biji lemon - perahkan airnya
Kulit lemon - diparut       3 sudu besar jem oren marmalade
Sedikit lada sulah
1 sudu besar madu
Sedikit mentega tanpa garam
Cara:

Bungkus ayam dengan kain untuk keringkan air. Lumurkan dengan bahan-bahan di atas dan kemudian perapkan selama setengah jam. Bakar dengan kepanasan 220'C selama 50 minit. Pada tempoh 20 minit yang awal, sapukan dengan mentega tanpa garam (unsalted butter). Di akhir masakan, sapu sekali lagi mentega.


Thursday, September 26, 2013

kari ketam & nenas

Menu tengahari tadi kari ketam bernenas ....sedap tau. Ini adalah kari kegemaran saya . Tidak akan jemu makan ketam tak kira ketam goreng ,ketam rebus semua nya saya suka. 
Jika dapat ketam yang segar lagi lah best rebus dan cicah dengan air asam cili padi...waaaa dua belah tangan sibuk haha.

Kari ketam

4 ekor ketam, dibersihkan
4 sudu makan rempah kari ketam/ikan masin
1 cawan air
½ liter santan pekat
garam secukup rasa

minyak untuk menumis
# Bahan untuk dikisar #
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
Masukkan garam secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.

Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih. Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.


Saturday, August 31, 2013

masak lemak ketam bernenas


Dalam berbagai jenis makanan berkuah saya paling suka makan kuah masak lemak ketam . Alhamdulilah hari ini saya dapat menikmatinya.  
Saya buat dalam portion yang sedikit memandangkan hb dan anak kurang suka jenis begini . Rugi kan sebab mereka lebih suka kari dan kari .
Kebanyakan masak lemak hampir lebih kurang sama saja tapi saya buat jenis tumis dan terdapat jintan manis di dalam kuah. Jadi rasanya agak berbeze sedikit.

Masak lemak ketam bernenas

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam
Setengah biji nenas di hiris nipis
2 helai daun kunyit – disiat dan disimpul
Sedikit santan pekat
100ml santan cair
1 keping asam gelugor
Garam, gula, dan serbuk perasa

Bahan-bahan dikisar halus (menggunakan blender):
1 inci  kunyit hidup
1 biji bawang besar  
 3 ulas bawang putih
1 tsp jintan manis
5 biji cili padi merah
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak . Tumis bahan kisar sehingga naik bau  masukan ketam  . Masukkan  santan cair dan asam keping  .Biarkan mendidih dan ketam bertukar warna.
2 .Masukan nenas dan kacau . Masukan santan pekat dan perisakan rasa kuah . Jika semua dah secukup rasa masukan daun kunyit dan tutup api. Sedia untuk di makan.



Friday, August 16, 2013

nasi tomato & kerutup daging


Asalamualaikum ...hari Jumaat yang indah dan sejuk Alhamdulilah  . Cepat nya cuti sekolah bakal berakhir selang beberapa hari saja lagi. Kasut sekolah dan pakaian sekolah dah tersedia di awal cuti lagi takut terlupa anak bujang kita pasti sibuk bermain games saja . Bila cuti semuanya cuti . 

Hidangan yang dua tiga hari sudah baru sekarang nak letak . Yang specialnya mengenai lauk ini bab nasi selalu saja saya letak kan resepinya. Kerutup daging tapi tanpa mengunakan rempah kerutup nampak nya menjadi dan sedap juga . Apapun saya letakan resepi di sini pada sesiapa yang ingin mencari kelainan rasa. Lauk nie sesuai juga di cicah dengan roti dan lempeng tradisional ye.

Kerutup daging
Bahan
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik 
3 s/b rempah kerutub  >> di sebabkan kehabisan rempah saya guna rempah faiza raja kari …sedap juga
½ keeping gula nira
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan tomato soup Kimball / air asam  - antara satu dari bahan ini
garam

Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Daging dipotong jangan terlalu kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuh bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata. Tunggu sehingga daging empuk bar uterus kan proses ke 6.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula. Masukan kerisek pada akhir masakan .
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato. 

Sunday, July 21, 2013

Nasi lemak pandan


Asalamualaikum dan selamat berpuasa hari yang ke 12 Ramadhan. Cepat nya hari hari berlalu. Saya pun dah tak tahu nak masak apa lagi . Sekarang sessi ulang menu pulak dalam seminggu . Jadi untuk memberi kelaianan saya buat nasi lemak warna hijau pulak yang beraroma pandan. Hehe nampak hijau itu menawan kan sampai kan Abahku pun nak ...eeemmm apa pasal nasi nie warna hijau . Apapun menu semalam walaupun simple tapi laku sangat ....cepat habis ...alhamdulilah Amin terima kasih Allah pada rezeki kami sekeluarga pada hari ini..syukur.


 Nasi lemak pandan di padankan dengan sambal tumis udang harimau ,bilis goreng ranggup dan telur goreng. 

Nasi lemak pandan
Sumber : Dapur kakYah

3 cawan beras
2 1/2 cawan santan
4 helai daun pandan(blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
2 ulas bawang merah(mayang)
2 inci halia(hiris nipis)
Gula dan garam
Setitik pewarna hijau

Masak santan bersama bawang dan halia ,Masukkan juga gula, garam dan pewarna hijau.  Masak sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.  Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak.

Kuih yang saya beli dari pasar ramadhan ..pertama kali nampak. Bentuk acuan mengikut rupa karipap tapi inti di dalamnya adalah sago yang di perisakan dengan perasa honeydew . Kulit luaran nya berasaskan crepe . Permanis mulut yang sangat manis bila makan makanan pedas nampak macam sesuai sangat hehe dan jika sakit tekak pun boleh makan . Nama kuih ini Alam sari dari penjual itu bila di tanya . 


Friday, July 12, 2013

salad kacang kuda













Hari ini saya nak letak entry mengenai salad kacang saja. Selalunya saya bila masak nasi berperisa nie mesti ada jelatah timun atau air asam pelbagai . Tapi hari ini teringat nak match nasi kacang kuda dengan  salad kacang memandangkan ada lebihan kekacang . am maJika tidak di gunakan pastinya terbuang ....sayangkan. Hidangan nasi kacang kuda itu di makan bersama ayam masak merah ...satu menu yang selalu saya makan . Jadi saya letak resepi nie lah pulak.  Bagi saya ianya sangat sedap di makan dengan nasi dan kuah. Jika di ratah saja pun sedap juga tapi saya letak lebihan salad dalam roti dan di makan tika bersahur tadi.

Salad kacang rebus

Kacang kuda - yang telah di rebus
sedikit timun
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb serbuk cili kasar
setangkai daun ketumbar- di cincang halus

Bahan ini di campur semua 

Dressing
1 sdb olive oil
2 sdb cuka
1 sdb sos ikan
1 tbs air perahan limau nipis
sedikit garam dan gula

Dressing ini di tuang atas campuran kekacang ketika saat untuk makan ...barulah nampak segar .

Thursday, June 20, 2013

menu hari ini




Hidangan tengahari tadi ...sayur kacang panjang yang di goreng dengan crabstick . Fav anak saya yang suka makan sayur kacang dan kobis. Hari hari kena masak kobis sampai jemu lah saya nak makan. Yang peliknya dia tak jemu jadi dalam kobis jadi saya kena tukar semada telur, ikan bilis, takua ,daging ayam ...jadikan lain sikit ye. Kacang panjang pun sama juga.