Showing posts with label Pemanis mulut. Show all posts
Showing posts with label Pemanis mulut. Show all posts

Monday, September 19, 2016

waffle di petang hari


Bila kita rasa sihat syukur pada Allah kita mampu berkreatif di dapur . Sukur pada Allah .Alhamdulillah dengan kesihatan yang di kurniakan kita mampu berbakti pada ahli keluarga kita selagi berterusan dengan yang tersayang. 


Ini merupakan kesukaan saya yak kira masa ...saya suka sebab senang di makan dengan apa saja yang ada macam pancake juga kaedahnya cuma guna acuan yang berlainan saja . Paling mudah nak sediakan . Resepi KakNor secubit garam hehe menjadi pilihan.


Crispy waffle
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.








I

Tuesday, August 25, 2015

kastad dalam labu


Projek petang hari pulak sebab hari ini agak free sangat .Jadi untuk mengelakan diri dari nonton tv saya perlu buat sesuatu untuk di makan .
Buah labu kuning ini dah 3 hari saya beli dan terfkir nak buat apa dengan labu halnya saya teringin hendak makan lepat labu tapi kawasan rumah saya tiada pokok pisang ..jika nak hendak daun pisang kenalah keluar ke tesco itu pun adakala jual atau habis. Puding labu dah cuba bingka labu pun sudah ..pastri labu eemm manis sangat so kita cuba buat kastad dalam labu pulak, Dah lama juga lah tak buat benda nie sebab di rumah kami hanya saya saja yang makan ..ahli lain tak makan. Jenuh saya nak habiskan sebiji labu .

Resepi yang mudah dan ringkas cuma perlu korek dalaman buah labu agar kastad yang terhasil nanti nampak cantik.

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 biji labu saiz kecil
4 biji telur
250ml santan
gula secukup rasa …nak guna gula melaka pun ok
sedikit garam
Cara-cara

1. kisar telur, santan dan gula hingga berbuih. biarkan seketika sehingga buih tadi turun
labu dibelah dua dan keluarkan isinya ( buang yang ada biji saja )
masukkan bahan kisar dalam mangkuk labu (belahan buah labu) hingga penuh. kukus hingga masak
sejukkan dalam peti ais, barulah dipotong untuk dihidangkan.


Sunday, August 31, 2014

puding sumi














 Puding merupakan salah satu kegemaran saya. Petang ini saya mencuba rasa sumi jeli dalam puding . Sebenarnya lama dah menyimpan hasrat nak makan puding ini tapi bertangguh tangguh sebab dua tiga hari ini hujan seharian . Rasa teringin tu dah hilang tapi semalam teringat dua pek sumi jelli eemm mesti kena buat nie jika biarkan lama sumi jelli mesti habis di makan si yonyon..hehe.
Puding ini dari rakan kongsi masakan.
















Puding sumi
Jamaliah Hassan

2 paket sumi
1 paket serbuk agar2
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan gula
3 sdb tepung kastard
Sedikit esen vanilla


Masak agar2 bersama gula smpi hancur...masukkan susu cair yg di bancuh bersama tpg kastard....kacau...masukkan esen vanilla...kacau smpi mendidih...tutup api...biarkan seketika...sementara itu dlm loyang,susun sumi yg dah di belah 2...tuang agar2 di atasnya perlahan2...sejukkan

Wednesday, May 14, 2014

almond brownie

Selamat petang ...hari ini saya letakan entri Brownie yang saya telah buat kelmarin untuk minum petang. Hingga hari ini masih berbaki almaklum lah makan sekeping dua dah tak boleh makan banyak . Petang kedua sambung makan . Saya suka kan brownie yang simple leak almond atau kekacang jenis lain ...satu jenis sudah cukup . Dan yang paling saya suka hati ianya sangat senang masukan semua bahan dan gaul sebati .tuang ,bakar dan siap . Jika terlebih rajin letakan coklat jika tak rajin makan begitu saja pun dah cukup . 

 Resepinya saya ambil dari Myresepi ada pelbagai version yang menarik dan hampir sama . Jadi saya malas nak tepek resepi sebab anda boleh goggle terkeluarlah semua ...pilih la...dan boleh juga di ambil dari catatan lama saya dah ada banyak version . Haaa nie kira saya malas hari ini...kejap lagi nak duduk istirehat di luar melihat pokok mawar saya yang berdaun kontot ...risau bunga mawar dah bersaiz kecil berbanding dulu.


Sunday, May 4, 2014

Manggo float ala kakPaty

 Pemanis mulut yang di buat dua hari lepas . Selongkar dari blog Kak Patys....ternampak buah manggo terasa nak mencuba . Inilah hasilnya setelah di cuba ...rasanya sedap, Buah manggo saya potong dan simpan dalam sejuk beku ...tahan lama dari lembik.


 Setelah di simpan semalaman baru lah dapat makan . Enak sangat di makan kala waktu panas.


Friday, November 22, 2013

seri muka

Salam di petang Jumaat gerimis di luar membuatkan suasana dingin sepanjang hari. Alhamdulilah syukur suasana sejuk mendamaikan keadaan..
Lalu teringat nak makan apa hujan hujan segera keluarkan beras pulut dua cawan dah rendam. Mulanya nak buat pulut inti dan selebihnya pulut kosong di makan bersama ikan masin. Eemmm cancel last minit buat serimuka saja lah. Lagipun abah saya suka makan dulu arwah mak selalu buat untuk abah makan pada waktu petang.
Bila saya hidangkan tadi ...abah kelihatan tersenyum saja. Hehe comot pun comot lah sebab saya bab kukus mengukus nie kurang pandai ...hetam sajalah. Paling happy bila abah cakap sedap juga lama tak makan lemak begini...hehe tersengih je ...jadilah tu.




Resepi nya pula saya ambil dari blog Mamafami hehe sumber asal resepi dari Kak Hanieliza ...sedap sangat lemak dan berkrim.


Friday, October 25, 2013

bubur pulut hitam


Selamat petang Jumaat....sambil melayani Budget pembentangan 2014 kita siap kan waktu tengahari tadi bubur pulut hitam. Agak lama juga tak menikmati bubur pulut hitam . Di rumah jika memasak makanan jenis bubur nie hanya saya seorang lah yang perlu menghabiskan sebab ahli di rumah tak suka makan. Mereka gemar kan mamakan jenis goreng,pastry dan pasta. 
Jadi saya buat segengam pulut dah cukup . 
Sambil menikmati bubur ...sambil menjeling nonton budget tiba tiba dengar haha gula akan di hapuskan subsidi hehe Pm cakap kurang kan gula manis kan dengan senyuman.  Hehe senyuman pasti tawar kan bila minum di kedai mamak pasti tersentap dengan harga mereka. Dirumah gula selalunya saya beli 4 kilo saja dah cukup adakala saya hanya guna 2-3 kilo saja. Tapi jika saya membaking lebih dari sepatut maka 4 kilo tu tak cukup lah.

Saya tak letak resepi sebab sekarang nie terdapat banyak resepi hehe goggle saja lagipun bubur nie senang di sediakan. 


Friday, October 4, 2013

tiramisu





Masih dalam mode sakit gigi berlarutan kebanyakan menu pilihan harus yang lembut. Dah pening kepala dok fikir menu apa setiap hari kan. 
Walaupun banyak sekarang nie pilihan makanan tapi kadangkala fikir nak buat ...tak cukup satu barang kena tangguh.  Seperti resepi ini juga adanya cheese...tapi saya buat juga tanpa cheese ..
Apapun sedap juga di makan .






Wednesday, September 11, 2013

bubur pulut hitam

Keadaan semasa membuat rasa teringin nak makan sesuatu yang panas suam di kala sejuk seluruh alam . Haha di fikiran melayang layang dok teringat nak makan bubur panas . Apalagi terus saja merebus pulut hitam yang tinggal setengah paket saja lagi. Mulanya nampak setin jagung dan sagu halus dua dua pun sedap juga . Tetapi elok kita habiskan pulut yang tinggal setengah tu takut nanti di makan bubuk .
Alhamdulilah tak sampai satu jam hidangan bubur pulut hitam dan tersedia . 


Sunday, September 8, 2013

puding roti pelangi

Petang ini dengan entri puding roti sebagai juadah sejuk menanti kedatangan KakPah jiran lama. Dia datang kerumah sebelum bertolak ke Kl malam ini. Awal lagi dia beritahu jangan sediakan apa apa sebab dia sakit tekak. Jadi saya fikir pudding ini cepat di sedikan dan dapat lah makan dengan selesa...apapun telah selesai dan masih berbaki di dalam petisejuk .
Bermacam macam style orang buat celoreng pada warna pelangi tapi saya buat begini saja....macam zebra pun nampak cantik tapi saya nak cepat tadi .

Ini portion saya makan petang tadi . Terima kasih pada MyR untuk resepi puding yang cepat dan sedap.

Puding roti pelangi

7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick 
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar dan gula larut. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika. Tutup api .
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain. Buat hingga habis, sejukkan.


Saturday, July 13, 2013

strawberry mousse


Alhamdulilah sudah 3 hari berpuasa dan hari a beke 4 cepat waktu berlalu.  Menu semalam pun kita masak simple saja. Lama tak masak kari ikan teringin lah pulak. Apapun kita masak dalam kadar sedikit saja bersama ikan kembung bersambal dan sayur kobis crabstick . Sahur pulak hanya makan roti canai yang di beli dari kedai mamak dan mee sup buatan sendiri . Pagi  pagi menjamah sup yang panas dengan sedikit mee terasa lega nya perut . a
Apapun saya letak pemanis mulut saja di sini. Abah cakap sedap macam ice-cream pulak. 


Strawberry Mousse
Bahan-bahan  

1 sd kecil  gelatin
5p ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
3 sdb susu pekat – saya letak agak aga je
1 sudu besar lemon jus
Biskut lady fingers - dipotong dua dan di celup dgn puree strawberry

Cara-cara

Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul.
Buah strawberry di potong kecil dan di kisar bersama gula dan sedikitair lemon . ( sedikit puree di simpan utk celup dgn biskut -belum di campur gelatin )
Masukan campuran gelatin kedalam puree dan sebatikan .
Whipping cream di pukul sehingga kembang  baru lah di masukan susu pekat .  a Setelah kembang masukan campuran puree kedalam whipped cream secara kaup balik sehingga sebati.
Boleh di letakan kedalam acuan atau gelas kecil dan di hidangkan sejuk .

Nota: Biskut di celup dgn puree dan di letakan sebagai base .
Lebihan puree juga boleh di titiskan ke atas mousse ketika waktu hidang .