Bermacam macam style orang buat celoreng pada warna pelangi tapi saya buat begini saja....macam zebra pun nampak cantik tapi saya nak cepat tadi .
Ini portion saya makan petang tadi . Terima kasih pada MyR untuk resepi puding yang cepat dan sedap.
Puding roti pelangi
7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar dan gula
larut. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu
pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar
tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga mendidih.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika. Tutup api .
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada
beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah
diasingkan. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang
yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan
titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna
dengan warna yang lain. Buat hingga habis, sejukkan.
1 comment:
salam kenal dr germany :)
Post a Comment