Monday, September 16, 2013

roti berlapis daging




Roti lapis daging menjadi pilihan di untuk di makan waktu petang. Senang dan cepat di sediakan . Saya  buat dalam loyang roti saja cukuplah untuk kami bertiga.
Satu menu yang sangat sesuai di kala  petang dan mengeyangkan.


Roti Lapis Berdaging 

Bahan-bahan

500gm daging ayam burger ..(di biarkan sebentar dan setelah lembut baru di cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub tomyam
Sedikit minyak untuk menumis
9  keping roti di potong dua
500ml susu segar
3 biji telor
secubit  garam …rasa dulu ye  ..
daun bawang secukupny
Parutan cheese  

Sedikit marjerin untuk melenser
Cara-cara
 Satukan Susu+telor+ garam.
Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.

lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan  susun selapis roti yang di celup larutan susu .
Kemudian letakkan separuh daripada daging  yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan  daun bawang selebih bahan daging  dan dilapisan akhir dengan  roti.
Taburkan parutan cheese  .
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins   .  
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.  Taburkan lebihan daun bawang ke atas cheese yang masih panas .
Hidangkan bersama sos pedas jika suka.



2 comments:

Sweet red cherry said...

bestnya makan roti daging..makan ni pun mengenyangkan perut..

Ayam said...

Bbwana ....betul tu satu portion dah cukup kenyang dan senang di sediakan.