Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Saturday, September 13, 2014
kepingan roti berinti daging
Hari hari bersarapan roti agak boring juga . Buat itu ini untuk menyedapkan tekak ..alhamdulilah hari ini saya try buat cara nie pulak ilham dari Anis dalam rancangan icip icip. Tapi dia punya version tu nampak serba lengkap berbanding saya buat ....saya mengunakan apa yang ada dalam freezer saja.
Ok dengan roti gardenia yang di buang tepi tinggal putih...tapi saya tak buang langsung saya potong empat dari sekeping roti . Nampak comel gak senang nak makan dan goreng .
Untuk bahan intinya saya mengunakan :
3 keping daging burger yang di cincang halus
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk cili - ikut suka nak pedas
daun sup atau ketumbar .
sebiji telur di pukul
Bahan bahan di atas ini di campurkan menjadi pes dan letakan di atas kepingan roti .
Kemudian.
2 sudu besar tepung gandum +serbuk penaik
sedikit garam -sedikit je
air .secukup untuk di jadikan larutan yang tidak terlalu cair dan pekat .
Panaskan minyak untuk mengoreng (sederhana panas) ambil roti yang telah di letakan inti dan lalukan di dalam larutan tepung serta masukan cepat cepat kedalam kuali dan goreng sehingga keperangan . Bau harum satu dapur yum nyum.
Hidangan yang sedang simple serta ringkas di sediakan jika ada tetama datang secara mengejut adalah juga menu simple selain dari roti kering kan.
Saturday, August 23, 2014
sotong goreng tepung ...
Malam nie kami dapat makan sotong goreng pulak. Nak masak apa dengan sotong dah tak tau dah asyik tomyam,goreng pedas ,sotong bakar dan ...So tadi teringat emm nak goreng tempura pastu makan dengan sos masam manis ...hehe sedapkan.
Memang sedap pun jika kita makan waktu panas panas. Adunan tempura nie nampaknya menjadi walaupun seringkas ringkas ...tak makan minyak ..saya suka jenis nie rasa macam makan kat kedai lah pula.
Apapun malam ini di luar masih hujan lagi sejuk sangat jika boleh lepas makan nak terus tidur tapi tak bolehkan nanti kembung perut dan lesu pulak esuk pagi. So still awake tunggu lewat sikit bagi makanan yang di makan dalam proses ..ok
Ok resepi nie sangat mudah dengan sedikit olahan dari saya...hasilnya tidak meletop dan sangat ranggup.
Crispy batter for deep frying
100g ice cube-cair
50g self-raising flour – saya guna tepung biasa campur 1 s/kecil
baking soda
10g rice flour
10g rice flour
Sedikit tepung – sebelum di masukan kedalam adunan …salut tepung
pada kepingan sotong. Buat satu demi satu barulah salutkan dengan adunan.
Method
1.
Mix rice flour and self-raising flour together in a mixing bowl.
2.
Add in water slowly, stir till mix well, rest for 10mins.
Saturday, April 27, 2013
hotdog wrap with pratha
Menu petang saya yang simple. Apa yang paling penting ianya cepat di sediakan dan di makan.
Saya mengunakan pastri roti canai sejukbeku. Kita biarkan pada suhu bilik sehingga boleh di lentur barulah taburkan dengan sedikit tepung pada papan pencanai.
Canai kan sedikit nipis dengan sedikit taburan tepung untuk elakan melekat.
Saya juga mengunakan hotdog ayamas yang saya celur sebentar dan kelarkan pada bahagian hotdog bertujuan agar perapan meresep. Gaulkan hotdog dengan sedikit lada sulah,garam, serbuk paprika dan sedikit minyak. Setelah agak meresep boleh lah di gunakan.
Letak kan hotdog pada roti pratha dengan helain cheese dan lipat. Cara nak lipat tu ikut suka lah nak gulong pun boleh. Letakan larutan kuning telur pada bahagian atas gulongan roti. Akhir sekali taburkan sedikit serbuk cayenne atau paprika untuk rasa sedikit pedas. Bakar pada suhu 180 selama 15 min atau sehingga ranggup dan masak. Nyum nyum
Thursday, April 25, 2013
kacang kuda pedas
Asalamualaikum, selamat petang. Petang ini petang khamis dan hujan pun mula turun pada ketika ini. Suasana sejuk dan lapar. Jadi saya pun sibuk mencari dalam pantry selongkar apa yang ada kan, Ada satu tin kacang kuda dalam tin. Jadilah untuk saya buat kudapan di hari gerimis ini kan.
Jika guna kacang yang masih kering tu alamatnya sampai malam pun sudah pasti kacang itu masih keras kan. Jadi pada saat saat ini bagus juga juga ada satu tin yang telah di rebus hanya toskan saja airnya dah pun boleh mula memasak.
Saya hanya perlu siapkan pes cili tapi ada lebihan semalam hasil dari pes nasi goreng ...jadilah kan.
1 tin kacang
3-4 sudu besar cili pes- saya hanya ada 1 sudu besar saja
daun kari
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih- di ketuk saja
1 tbs rempah tumis -(halba,jintan manis,biji sawi)
1 kuib ikan bilis - nak letak ikan bilis kecil pun ok je
note: saya tambah serbuk cayenne sebab kekurangan pedas.
Panaskan sedikit minyak dalam pan. Tumiskan bawang, bawang putih dan daun kari sehingga sedikit garing . Masukan rempah campur kacau sebentar dan masukan cili. Kacau sehingga naik bau .
Masukan kacang yang telah di tos kan . Kacau sekejap dan masukan seketul pes ikan bilis . Gorena g sehingga kuah pedas sebati dengan kacang. Perisakan dengan sedikit garam dan seimbangkan dengan sedikit gula. Siap untuk di makan....senangkan dan sedap pulak tu.
Sesuai untuk di bawa piknik hehe.
Sekarang manalah nak cari mamak junjung bakul rotan besar atas kepala ye...mamak sekarang pun dah moden . Waktu tu kacang nie selalu menjadi pilihan saja jika jumpa saja mamak nie pasti saya akan beli kacang bersama dengan kuih cili bercuka. Kuah nie saya tak pandai nak buat , adalah pernah saya buat tapi tak jadi so tong sampah saja makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
