Asalamualaikum ...hari Jumaat yang indah dan sejuk Alhamdulilah . Cepat nya cuti sekolah bakal berakhir selang beberapa hari saja lagi. Kasut sekolah dan pakaian sekolah dah tersedia di awal cuti lagi takut terlupa anak bujang kita pasti sibuk bermain games saja . Bila cuti semuanya cuti .
Hidangan yang dua tiga hari sudah baru sekarang nak letak . Yang specialnya mengenai lauk ini bab nasi selalu saja saya letak kan resepinya. Kerutup daging tapi tanpa mengunakan rempah kerutup nampak nya menjadi dan sedap juga . Apapun saya letakan resepi di sini pada sesiapa yang ingin mencari kelainan rasa. Lauk nie sesuai juga di cicah dengan roti dan lempeng tradisional ye.
Kerutup daging
Bahan
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik
3 s/b rempah kerutub
>> di sebabkan kehabisan rempah saya guna
rempah faiza raja kari …sedap juga
½ keeping gula nira
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan tomato soup Kimball / air asam - antara satu dari
bahan ini
garam
Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
Cara
1. Daging dipotong jangan terlalu kecil atau besar. Basuh
dan toskan.
2. Bancuh bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau
rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata. Tunggu sehingga daging
empuk bar uterus kan proses ke 6.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula &
garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
Masukan kerisek pada akhir masakan .
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.
No comments:
Post a Comment