Salam hari Jumaat . Menu simple sangat untuk sarapan pagi tadi . Guna apa yang ada dalam peti Doremon saja . Jadi banyak lah sayur walaupun ringkas tapi habis juga ....sebab lapar sangat .
Semalam sewaktu berjalan ke rumah abah di Sbg Jaya...hujan lebat. Maka kami pun mengunakan laluan alternatif iaitu jalan kampung. Agak jauh lah sikit tapi terhindar dari masaalah jem kan. Apapun dalam hujan sempat juga mengintar rumah rumah kampung sepanjang perjalanan ...terubat rasa hati...sekarang nie semua rumah batu . Saudara mara pun dah tak tinggal dalam rumah kampung beratas rumbia atau zink terasa rindu pulak pada zaman kecik dulu . Di rumah tok yang berlatar belakang sawah padi menguning dan hembusan bayu pagi yan segar....rindu sangat .
SIMPLE KUEH TEOW SUP
Bahan2nya:
1 genggam Kueh Teow
1 pokok sawi
sepotong kobis
1/2 biji cili merah besar
2 ulas bawang putih- diketuk
2 ulas bawang merah-dihiris
minyak untuk menumis
1 mangkuk air
1 s/k pati ayam
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 potong sosej
5 biji berbola/fishball
Masukkan minyak kedalam kuali, kemudian tumis bawang
putih + bawang merah sehingga wangi dan kekuningan.
kemudian masukkan air dalam semangkuk, masukkan pati ayam
kacau bagi rata, masukkan sosej, cili
merah gaul sebati dan biarkan sampai mendidih.
Bila dah mendidih masukkan pulak sayuran2 dan kueh teow
tadi. Tutup api dan titiskan minyak
bijan …jika suka la.
sambal cili:
No comments:
Post a Comment