Pertama kali mencuba buat dan rasa biskut nie. Semasa akhir minggu berpuasa baru sempat melihat biskut nie dari blog CitarasaWan memaparkan pelbagai biskut yang menarik dan sedap Saya pun tidak ketinggalan terasa ingin mencuba resepi biskut ini .
Alhamdulilah sedap dan menjadi ...syukur.
Biskut
Oreo Black Beauty
sumber: Citarasawan
Bahan
A
280gm
mentega
200gm
gula kastor
Bahan
B
250gm
tepung gandum
50gm
serbuk koko
30gm
tepung jagung
20gm
biskut oreo (buang krim dan kisar halus)
1/2
sudu teh baking powder
Hiasan
Putih
telur
Biskut
oreo (dibuang krim dan dikisar kasar)
coklat
masakan putih dicairkan
croquant
Cara-cara
:
1.
Pukul bahan A hingga kembang.
2.
Masukkan bahan B, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut.
3.
Paipkan dengan nozzle bulat dan bentukkan memanjang. Sapu putih telur dan tabur
serbuk oreo diatasnya.( Maisya tambah sedikit tepung supaya adunan tak terlalu
lembut dan kemudian just gentel bulat-bulat dan golekkan terus ke dalam serbuk
oreo, tak perlu putih telur. Letakkan ke dalam papercups)
4.
Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas
dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)
5.
Sejukkan dan paip dengan coklat putih dan tabur dengan croquant.
3 comments:
sedap nampak... tak banyak kuih raya nampak tahun ni kat kampung.. ramai yg hidang kerepek je.. :)
Jassnani ...rasanya org dah jemu dgn cookies yang nampak cantik tapi rasanya hampir sama. Apapun kuih tradisi lagi memikat jiwa tambah lagi kerepek sambil makan sambil berborak kan.
Salam. Nak Tanya biskut ni sepatutnya texture dia keras/rangup atau lembut lepas siap bakar semua? Sbb bila saya buat n bila nak makan but skit ni lembut n tak rangup . tq
Post a Comment