Sunday, August 4, 2013
biskut bunga durian
Asalamualaikum ...entri pertama biskut raya buat tahun ini 2013 . Tahun ini agak lambat sikit saya memulakan projek membuat biskut sebab hajat di hati nak buat barang dua tiga jenis je. Tapi akhirnya bukan 2-3 jenis tapi dah pun masuk 5 jenis. Tulah pasal ...tapi semuanya saya buat pada asas satu adunan saja dan selagi ada tepung dan bahan nak di habiskan ...takmau dapur berselerak dengan lebihan itu ini ...di mana jenis kekacang yang dapat tahan lama ok lah jika di simpan .
Apapun berbalik pada biskut di atas ...tiada yang special pun ...cuma nostalgia di waktu saya membesar arwah Ibu selalu membuat biskut nie waktu raya dimana arwah ibu belajar dari cikgu Kemas awal tahun 80an dulu dan sejak itu arwah ibu selalu buat tart jenis ini .
Resepinya sama dengan adunan tart jenis gebu yang masuk dalam mulut terus hilang tapi kena hati hati dengan jem di atasnya terutama orang yang pengidap kencing manis ye ...gunakan jem yang rendah gula ...tapi jika sebiji dua ok kut pastu minum air kosong banyak banyak.
Biskut bunga durian.
sumber: Buku resepi ibu saya
250gm butter
2 sudu besar gula icing
1 biji telur merah
450 gm tepung gandum ---masukan 400 gm dulu
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
Butter,gula icing dan telur merah di pukul sehingga sebati .
Setelah adunan sebati masukan esen vanilla dan secubit garam.
Masukan 400gm tepung dan uli sehingga menjadi doh dan tambah tepung selebihnya jika perlu .
(adunan yang elok jika tidak melekat dan lembut utk di canai.
Gunakan plastik lapik dan canai adunan serta terap mengunakan acuan bintang yang sederhana besar . Letakan kertas acuan dan bentuk kan adunan yang di terap menjadi sekuntum bunga . Bakar pada suhu 170 15-20 min sehingga masak . Simpan biskut kosong dalam bekas kedap.
Jem di sudukan pada setiap biskut waktu menghidang saja .
Saya mengunakan jem strawberry untuk mendapatkan warna yang cantik tapi adakala saya letak blueberry sebab sedap hehe. Sila lah cuba biskut nie pasti kanak kanak suka makan sebab cantik ,seksi dan menawan hati ok.
Labels:
variasi biskut raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aslmkm Noor cayang. Along ingatkan tadi sekut buh durian....hehe
Salam Noor, belum pernah mkn biskut ni. Kakpb langsong tak buat kuih raya, main tunjuk je.
Post a Comment