Hari ini saya mencuba resepi dari roti pula . Sebelum ini saya pernah cuba buat gunakan biskut cream crackers . Selepas berbuka tadi benda yang pertama saya capai selepas minum adalah murtabak.
Teringin benar nak makan camana lah rasanya....hehe.
Setelah menikmati murtabak ini ...rasanya sedap juga.
Murtabak roti
*12 keping roti
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih potong halus
* 1 paket daging hancur(Ramly burger)
* 1 biji cili merah potong halus
* 3 1/2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji ubi kentang dipotong dadu
* 5 biji telur
* 2 cawan susu segar
* 1/2 paket cheese mozarella
* sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih
hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit
air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air
agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar
sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada
putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan
sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm
loyang 4 segi yang telah di sapu dengan
butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3' Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir
dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese
sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
No comments:
Post a Comment