Kita memang pernah makan telur belangkas nie itupun waktu kita masih budak berusia 7 tahun waktu tinggal di Tanjung Tokong. Kampung nelayan memang banyaklah ikan dan segala macam makanan laut yang segar lagi saiznya XL. Memang satu kenangan yang indah waktu tinggal di sana dulu sebelum berpindah ke Datuk Keramat.
Selepas edisi memanggang dan keluarkan telur ...Hb cakap kita tak pandai nak makan isi nya so kita ambil telurnya saja ( jika silap boleh membawa maut ) lagi lah kita takut kan. Perlahan lahan di keluarkan telur saja agar hempedu tidak terusik. Alhamdulilah semuanya berjalan ok. Maka terfikir nak masak apa pulak dengan telur tadi. Goggle sana sini resepinya tak ada...hah,,,,nampak satu dua saja yang sebut mereka makan di Thailand sebagai kerabu dan masak kuning. Maka kita pun cuba buat masak lemak .
4 comments:
Salam Noor,
Saya tak tahu pula belangkas ni boleh dimakan. Telur cantik2 pulak kecik camtu. Maybe one day boleh try jgk :)
Ijan
AS'salam Noor
seumur hidup tak pernah makan, dulu2 duk kat JB arwah bapak pernah jugalah tangkap. tapi katanya kalau orang tak pandai makan telur dia tu nanti pening kepala. Emm..memang tak makan pun. Kalau duduk kat pantai Lido kat Jb tu bila air surut mesti ada jumpa..tu dululah sekarang tak tahu ada lagi ke tak kat situ :)
Takut nya tengok belangkas tu.... MIL ada masak sekali tapi xboleh nak telan....
As salam noor...aduh sgt nostalgialah dgn telur belangkas ni.kite pernah makan sekali mase kecik2 dulu.mungkin seusia noor juga 7-8 tahun gitu...jiran dekat rumah bg.anaknye kwn baik kite.bile dorang pindah terus putus hubungan tapi kite masih ingat kat dia. Nama panggilan dia Tolin.nama sebenarnya Zalina Ramlan. Kalaulah dapat jumpa dia semula...hah, rindu pulak kat kawan sepermainan tu :(
Post a Comment