Friday, February 10, 2012

Karipap sardin

Juadah minum petang semalam. Lama dah teringat nak makan karipap versi pusing...lama dah tak makan aritu kita buat jenis ranggup. Tapi jenis pusing nie kita tak berapa laju makan ..paling banyaklah tiga ketul dah mula cari air....haus. Bila buat karipap nie teringat kisah masa lalu sewaktu di B.Jambul . Alkisahnya kita time tu zero knowledge dalam bab masak memasak nie bila di minta tolong kelim karipap malu nak cakap tak pandai...maka kita pun kelimlah macam orang sebelah. Jeling sikit camana dia buat pastu dengan gayanya kita pun kelim. Bila letak saja dalam dulang hihi orang pun terpandang pada karipap kita tu lain macam saja dari lain. Hihi tak payah sambunglah bab seterusnya sebab kita malu.

Orang yang menjadi Sifoo kita dalam buat kelim karipap adalah CikNorain. Beliau adalah emak saudara kepada adik iparku. Sehingga sekarang bila buat karipap pasti  kita teringat kat dia..yang banyak mengajar kita bab memasak. Hihi ada banyak story maklumlah dulu mana ada blog masak memasak yang dapat di kongsi macam sekarang yang ada time tu buku Saji,Jelita dan Rasa.yang resepinya ada menjadi dan adakala tidak. Sekarang rasa zaman berubah isi majalah pun lebih tepat sebab banyak blogger masakan yang ada di situ so resepinya lebih tepat .
Karipap kali ini dibuat agak banyak sikit dan dapat di sejukbeku . Nak makan cuma perlu di biarkan sebentar pada suhu biasa dan goreng.

2 comments:

Chik Mimi said...

Noor cheq nak karipap nak buat sangat la malaih
cheq pun x suka karipap pusing suka karipap yg besa tu,
bab kelim tu hahahah cheq pun keraih tangan

ijayuji said...

Salam kak, sedapnyer karipap, lama sgt tak buat karipap, nak buat karipap ni leceh satu hal, kalau dah ada tersedia intinyer takpe hihihi... pastu kan nak lenyek2 dia tu dah lah mesin takde klu ada mesin senang kerja, itu satu hal belum part kelim lagi :D nak guna cetak kurang suke sbb selalu terbukak :D