Inilah kek yang ku buat sempena birthday abah. Pada awalnya memang nak jadikan dia black forest yang berintikan pitted cerries. Tapi abah lebih suka kek pisang. Jadi secara auto nya kita modify sana sini bagi mendapatkan inti kesukaan abah. Abah memang suka pada jenis kuih yang ada pisang dan di sebabkan abah bebas dari semua penyakit kencing manis atau darah tinggi maka semua jenis makanan tiada masaalah, Alhamdulilah...dia juga pandai dalam mengatur diet dan selalu berpesan pada anak anak (kami laaa) sebelum tidur minum air suam berserta selawat dan pada awal pagi sebaik saja bangun dari tidur buat hal yang sama.
Kadangkala kita terlupa gak bila dah sibuk.
Kek sponge nie adalah dari resepi saya belajar dari chef Sazlwani Kolej Komuniti dulu. Manakala bahagian intinya pulak saya guna resepi
Kek Span Vanilla
Resepi Chef Syazwani Bt Ahmad
Olahan semula : CitarasaKu
Bahan bahan
4 biji Telur
125 gm Gula Kastor
125 gm Tepung Serbaguna ( superfine)
50 ml Air
60 gm Majerin cair
12 gm Ovelette
½ tsp Baking powder
1 tsp vanilla essence
Cara Penyediaan:
- Putar kesemua bahan ( malainkan majerin cair ) selama 8-10 minit dengan mesin pemutar
- Masukkam mejerin cair perlahan-lahan dan kacau hingga sebati ( jgn kacau terlalu lama, span akan berminyak )
- Tuang adunan kedalam tin pembakar yang telah di lenserkan dengan majerin dan taburkan sedikit tepung. Untuk tidak melekat.
- Bakar dalam ketuhar bersuhu 190c atau gunakan gas nbr 5 selama 15-20 minit.
Chocolate mousse:
350 gm. Dairy whip cream
1 tsp. Vanilla essence
50 gm. Cocoa powder ) gaul rata
80 gm. icing sugar )
1 1/2 Tablespoon of Nescafe )
1 1/2 Tablespoon air panas ) kacau sedikit
2 bji pisang ranum - potong nipis
Putar kan dairy whip cream dengan guls icing sehingga kental dan masukan esen vanilla.
sementara bancuhan nescafe berserta cocoa kacau agar tidak berketul -biarkan sejuk baru di masukan kedalam kerim yang telah di pukul kental. Sebatikan dan simpan sebentar di dalam petisejuk sebelum di sapukan pada lapisan kek yang telah di potong dua atau tiga bahagian. Lapiskan kerim pada lapisan kek dan setiap lapisan di susunkan pisang . Setelah kek di sapu bahagian luarnya dengan sedikit lebihan kerim.....*untuk rata saja sebelum di tuang ganache.
simpan kek dalam petisejuk untuk mengekalkan kedudukan kek agar tidak senget .
Akhir sekali Tuang kan ganache jika suka.
3 comments:
noor cheq terguda,agak2 kalau ari ahad ni cheq p SP dapat dak makan
?
Salam balas kunjungan! mekaseh dtg singgah, sejak bercuti berblogging dah byk yg tak tahu blogger2 baru :D kaya dgn cekelat kek nii, lama sgt dah tak makan kek cekelat mcm ni hihihi...
salam noor..hepi besday ye utk ayahanda noor tersayang..moga panjang umur murah rezeki sentiasa hendaknye..amin! kek ada lg x?? nk kenen 2 potong..hehe!
Post a Comment