Saturday, February 4, 2012

Custart Puding ~ Puan Ct

nabg
Dah beberapa hari tertunggak nak makan puding custart nie. Kelmarin baru berpeluang untuk membuatnya sebab semua dapat makan lunch bersamaa. Hari Jumaat cuti membolehkan kita bertiga di satu meja makan. Hihi dapatlah kita merasa puding yang sejuk dan enak ini. Senang saja cara nak membuat nya ...ambil sedikit masa dan paling penting sejuk tekak bila makan di waktu panas terik.

Lega bila dah buat puding yang  sedap nie . Tq pada Cik Ct kita. Resepi saya salin kat bawah tanpa ubah . Untuk lebih details boleh terus kat blog tuan punya.

Puding Kastard
Sumber Resipi : Che CT

Bahan untuk Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.

2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).

4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.

2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).

3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk

1 comment:

suri solehah said...

tengokpun dah rasa sejuk tengkuk