Sarapan pagi kelmarin...hari Jumaat. Lama tak makan cucur kodok waktu pagi selalunya waktu petang saja terasa nak makan begini. Tapi di sebabkan kita borong pisang yang agak layu jika di simpan lama nanti bertambah lembik. Buat sebahagian saja sebab masih ada yang masih elok kita simpan untuk buat roti pulak ...jika rajin laaa. Untuk si Yonyon pulak kita sediakan roti hotdog sebagai bekal ke kelas tambahan sebab pulangnya agak lewat sikit.
Cucur kodok kali ini kelihatan hitam sikit sebab saya tambahkan sedikit gula perang bersama kelapa parut untuk menambah rasa lemak pada cucur. Apapun ianya memang sedap pada saya lah.
No comments:
Post a Comment