Semasa berjalan ke rumah Rahel ternampaklah onde onde keledek tapi jika kat sebelah Penang kita panggil buah melaka . Tapi bila resepi di ambil dari rumah Rahel maka kita pun letak nama serupa saja.
Kita tak tahu pun ubi keledek boleh di buat kuih ini. Disebabkan teruja sangat hendak merasai rasanya maka projek lain kita letak tepi dulu. Beri laluan pada Onde onde keledek . Buah blueberry tu kena beratur dalam petisejuk tunggu giliran mungkin esuk mungkin lusa hihi baru kita guna.
Onde-onde Keledek
Sumber:Rahell
Bahan:
150g ubi keledek,direbus dan dilecek
150g tepung pulut
120ml santan cair
secubit garam
gula melaka secukupnya untuk inti
200g kelapa parut putih + sedikit garam,kukus selama 10 minit.
Cara:
1.Satukan ubi keledek,tepung pulut dan garam.
2.Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.
3.Ambil sedikit doh dan beri inti gula melaka.Bulatkan.
4.Jerang air dalam periuk hingga mendidih,masukkan onde-onde.Biarkan masak hingga
onde-onde terapung.Angkat dan golekkan dalam kelapa parut.Hidang.
3 comments:
Salam.. wahhh oren kelernya.. i like! terbayang-bayang makan sebiji.... sebiji... tak sedar.. tetiba selesai aje hee...
Onde onde keledek.....! saya tak pernah makan lagi. menarik idea ni. kaler pun cantik je kak.
Nak onde-onde keledek..hehe...
Post a Comment