Sandwich daging yang telah di buat petang semalam di kala waktu kita ngantuk tapi tak mau tidor petang hari. Mata memang nak tertutup tapi tak baguskan tidur selepas jam 5 petang. Maka apa nak buat dan apa nak makan waktu dah petang mana sempat nak prepare benda lain. Teringat pada pisang nak buat goreng pisang dan siap membuat tepung untuk mengoreng pisang barulah check pisang tu tak sesuai pulak untuk buat goreng pisang sebab bila masak nanti pisang tu akan keluar air. Sayang nak buat apa dengan tepung yang telah di bancuh kan.
Emmm kita cuba buat roti nie.
Sandwich Daging.
2 keping roti - potong tepi
1 keping daging burger daging / ayam
1 slice keju
Roti di lapiskan dengan kepingan burger dan slice cheese- cheese di potong dua...letak di dua bahagian.
Rendamkan roti yang telah di lapis tadi ke dalam adunan tepung dan masukan ke dalam kuali yang berisi minyak sederhana panas. Goreng sehinga warna keemasan. Siap untuk di makan dengan sos cili. maupun mayonis.
Bancuhan adunan goreng pisang ranggup
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu baking powder
1 biji telur
secubit garam
2 tbsb mentega cair.
air secukup nya
Campurkan kesemua bahan gaul sebati dan masukan sebiji telur di ikuti dengan air. agak agak sehingga adunan agak pekat. *utk salutan.
Masukan mentega cair dan sebatikan adunan . Siap untuk di gunakan .
4 comments:
Salam hadoi masa tengok gambar ni. mulut sampai ternganga2 dah ni.. sambil membayangkan bila dikunyah... mesti rangup dan enak.. wahh.. suka!
Something unique, shall try with lamb :)
Hru doing over there?
Shahriah>>> cubalah memang sedap dan cepat dimakan..haha
Love>> Just recover from stye...and now i am back on feet.Haha
mengancamnya sandwich tu... mesti sedapppp.. nanti nak cuba buat pulak lah..
Post a Comment