Monday, April 30, 2012

Banana smoothie with orange sunquick


Teringat nak buat macam macam jenis air yang kita minum di kedai nampak cantik dan sweet sangat dengan hiasan dan harga pun cantik sangat. Dek kerana dok ingat berjenis jenis air hari ini kita buat salah satu air yang menjadi kesukaan takala berkunjung makan luar.
Tapi yang kita buat nie tak cantik tapi sedap di minum. Saya malas nak keluarkan payung ,ceri dan segala hiasan sebab saya tersangat haus ..cepat ambil gambar dan saya boleh minum .
Eeemm lepas minum baru lega dan perut terasa kenyang sebab pisang mengandungi serat. Time dulu ..(waktu belum kawin laaa) kita time tu memang slim gila...berat waktu 45kg saja tapi bila naik sikit ke 47-48 mula dah start makan pisang sebagai breakfast sampai lunch hanya makan 3 camca nasi dengan sayur. Kengkawan kat ofis semua dah tau jika makan camnie mereka siap tanya baju mana dah tak muat...hahaha.
Semua peristiwa itu dah berlalu dan kini adalah diet sikit saja takut tak balance pulak bila jalan dgn Hb takut nanti depa tanya yang kat tepi tu siapa......Ish ish ish .

Bahan:
•2 pisang masak ranum
•1/2 cup non-fat yogurt
.2 sudu besar orange sanquick
. 250 ml susu segar
•1 tbs madu
•1 cup ice cube
Sirap rose
Masukan kesemua bahan kecuali sirap rose dan blend .


1 comment:

Chik Mimi said...

Alahai noor panas2 ni smoothi ni pergh bestnya kan