Petang tadi kita buat kek pisang . Mulanya nak buat cookies saja.tapi kesuntukan masa dapat sediakan kek pisang saja. Ini lebihan kek yan telah di potong sebagai bekal.
Bekal ummmmp manalah tau waktu malam nanti terasa lapar dapat lah makan sekeping dua kan.
Kali ini saya guna pisang pisang montel .....jika pisang emas mugkin lebih sedap sementara resepinya saya ambil dari blog Rosjintanmanis. Hasil kek ini memang gebu haha.
Terima kasih Ros ye....resepi awak saya letakan di sini sebagai simpanan saya.
Kek Pisang Gebu
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
1 comment:
sedap ni noor
Post a Comment