Monday, April 9, 2012

Ayam goreng rempah


Hidangan semalam ..ayam goreng rempah yang di makan bersama nasi putih kukus. Tapi rasanya jika di makan bersama dengan nasi lemak pun sedap. Gandingan lemak dan pedas memang ngam kan.
Tapi sebagai hidangan tengahari kita sajikan dengan nasi putih kukus sebab hb nak makan sambal belacan cicah dengan salad.
Manakala ayam goreng rempah memang sedap bagi saya lah...tapi buat orang lain saya tak pasti. Kelmarin memang kita masak awal sebab hb selepas makan dia kena bertolak.

Ayam goreng rempah
Sumber: Raidah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

2 comments:

Qasey Honey said...

sedap betul tgk ayam goreng rempah tu...buat ratah ni xcukup 1..hihii

Ayam said...

>> Qasey...betul tu akak pun suka ratah camtu saja.