Friday, April 27, 2012

Puding karamel lapis special



Dalam cuaca begini makanan pun nak kena sediakan secara kesesuaian cuaca. Oleh kerana lama dah tekak berasa sangat kering maka kita pun mula mencari puding puding yang sesuai dan sewaktu dengan nya. maka hari ini kita dah jumpa satu puding dari rumah KNor . Jika selalu makan puding karamel yang ada telur dan tanpa telur maka hari ini kita makan yang special pulak. 
    

Adunan i.ni agak banyak untuk kami bertiga ...rasanya jika buat kali kedua kita perlu buat separuh saja. 
Puding yang saya hasilkan ini nampak tak cantik sebab saya potong mengunakan pisau biasa. Hehe biasa lah masa kita nak guna cari pisang bergerigi hilang entah di mana. Salah letak lah pulak.
Terima kasih buat kakNor....sukanya saya .  
Nak tau kenapa puding saya warna hijau...sebabnya saya terus buat tanpa check perisa coklat /mocca paste saya dah habis ...lupa sebab teruja sangat nak buat ...habis tu alternatif nya cari paste pandan...hihi warnanya hijau nampak pelik lah sikit . 
                     

PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL
resipi : http://www.secubitgaramnor67.com/2011/03/puding-karamel-lapis-special.html#ixzz1t7Tj1qcg

Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco


Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas


Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila


chocolate rice secukupnya


Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.


Utk membuat puding karamel:
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

No comments: