Sunday, October 20, 2013

kurma daging qurban


Selamat petang har buat ini tiada kuih muih hanya buat kek buah sebab tergendala tempohari. Berbalik pada cuaca sepanjang pagi redup saja selepas jam 4 barulah nampak berangin dan hujan pun turun dengan lebatnya. Dan di masa saya menaip hujan masih lebat di luar ....kira tak payah guna aircon tidur malam nie sudah pasti sejuk tarik selimut.

Hari ini lauk tengahari saya adalah daging korban pemberian adik saya tempohari ...satu plastic saya hanya guna setengah dan ada setengah lagi . Waktu raya korban tempohari adik saya buat korban dan ini  lebihan daging yang telah di beri pada orang di surau .
Alhamdulilah sekejap saja masa daging sudah lembut suka hati bila masa daging tak perlu nak letak bahan lain untuk lembutkan daging. Saya buat masa kurma saja dan kali ini mengunakan yogurt penganti santan . Syukur sedap dan anak saya suka makan walaupun saya tak letak kacang gajus yang di hancurkan. Ini stail pakistan.

Kurma hari ini di makan bersama nasi daging saya gunakan lebihan daging yang di masak kurma dan di tambah dengan sedikit rempah kurma dan rempah daging kari satu sudu...rasanya sedap bagi saya.
Nasi di tumis dgn bahan kisar bawang merah,bawang putih dan halis. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan masukan secawan bawang yang telah di goreng terlebih dahulu untuk menaikan aroma nasi. Setelah itu masukan beras dan aturkan daging di atas beras sebelum menuang air rebusan daging yang siap di perisakan dgn garam sedikit gula secukup rasa, yogurt dan satu sudu sunquick orange. Jangan gaul tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak baru lah di gaulkan . Sebelum hidangan taburkan daun pudina yang di potong halus.


1 comment:

Unknown said...

kena try sekali nasi daging ni...blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/..