Menu hari ini ayam masak kicap dan semestinya pedas. Jika tidak pedas maka makanan ini akan terbiar saja. Puas saya kena habiskan . Resepi pun simple dan cara memasaknya pulak simple maka cepat saja terhidang.
Variasi ayam masak kicap ini adakala nya tidak mengunakan cili kering , ayam hanya di goreng begitu dan di tembah dengan perahan asam dan bawang besar dan di perisakan dengan garam dan lada. Apapun saya suka bertukar tukar rempah baru ada kelainan dari segi rasa serta penampilan agar keluarga saya tidak terasa jemu makan lauk yang sama saja.
Sila lah rujuk resepi sekira berminat mencuba ...sedap tau....
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam- di
potong kecil – di lumur garam kunyit dan di goreng sebentar …angkat.
2 biji bawang besar | dipotong bulat
125gm cili kisar
1 biji cili merah
} dipotong memanjang
1 biji cili hijau
} dipotong memanjang
60ml kicap
60ml air asam jawa
1 tangkai daun kari
BAHAN TUMBUK: Saya blend
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun
kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam
jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah goring dan biarkan merenih
serta masak .
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau
dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment