Thursday, October 4, 2012

tepung bungkus

Selamat pagi khamis. Alhamdulilah pagi ini kami bersarapan dengan kuih tradisional orang lama iaitu tepung bungkus. Boleh di kira jari saja saya membuatnya sebab nak makan kuih begini hanya saya dan hb saja manakala si yon sudah pasti tak makan .Kesimpulan nya selalu saya beli . Tapi semalam di sebabkan ada daun pisang ...sayangkan nak di buang so dok fikir fikir nak buat apa lantas kuih nie lah menjadi pilihan sebab ramuan nya ringkas.


Tepung bungkus
sumber : KakLiza

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka -saya guna ketul besar
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.



3 comments:

Cempaka Kuning said...

Sedapnya...masa kat kg mak selalu buat.

Marsita yahya said...

Lama tak makan kuih tradisi ni...teringin lak tapi tak pernah cuba buat...
www.my-mintroom.blogspot.com

Shahriah Abdullah Novelis said...

Assalammualaikum.. lama tak singgah sini sebab busy.. ni sekali datang waduhhhhhhhhhhhh kecurr tak sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh