Sunday, October 7, 2012

Maggi tomyam

 Salam petang minggu. Hari ini seharian mendung di sini. Saya suka jika cuaca mendung begini tak panas terik tapi kain baju lambatlah kering kan. Walauapapun keadaan kita harus hadapi kan...tak kira panas terik maupun hujan sebab setiap kejadian Alam ada hikmahnya.

Berbalik pada keadaan semasa memang membuatkan perut sentiasa laparkan. Jika gerimis sekejap sekejap badan pun terasa malas ...liat gitu nak buat tugas. Tadi petang memang terasa lapar sangat cari itu ini nak makan. Arrrggg malangnya bahan untuk di kunyah habis dah ...aiseeyy nak kunyah apa ye. 
Yang ada di dapur hotdog,burger, fries emmmm tapi nak makan benda lain.
Apapun petang tadi kita settle dengan buat semangkok maggi perisa tomyam. Dan yang lain tu tambah sendiri bagi nampak uuummmph gitu. Tambah sedikit cendawan inoki ,udang taraaaa dan siap di makan. Lega...dengan secawan air teh tarik.....


1 comment:

rahel said...

Maggi tom yam memang sedap wo...slrup...