Salam Aidil Adha buat semua kenalan masakan. Maaf di pinta sekiranya ada tersalah atau terkasar bahasa ketika kita bercerita di sini.
Aidil Adha tahun ini merupakan hari yang ke 43 arwah Ibu meninggalkan kami. Abah masih dalam mood sedih dan kami sekeluarga masih bersedih dan redha dengan permergian ibunda tercinta.
Persiapan raya pun ala kadar sahaja. Petang hari kami (anakanak dan cucu) menziarahi kuburan ibu memanjatkan doa semuga arwah ibu di tempatkan di kalangan orang beriman...Amin.
Aktiviti hari kedua dengan cuaca yang agak terik ...terasa tekak pun sakit. Maka datang nya idea membuat serawa keledek bersama sago.
Sedap juga bila di jamah waktu cuaca panas . Lagipun proses penyediakan yang ringkas dan cepat ..apapun sedap.
Serawa ubi keledek
Bahan-bahan :
Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)
Cara Membuatnya :
Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak
gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.
Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi.
Masukkan juga gula pasir secukup rasa.
Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan
sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan
seketika hingga sagu betul-betul masak.
Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih.
Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh
menyebabkan pecah minyak santan tersebut.
3 comments:
Sedapnye serawa keledek...dah lama tak pekena keledek ni...
Al-Fatihah untuk Arwah ibu..
Serawa keledek tak pernah cuba.. mesti sedap!
Oh! serawa tu pengat ya? heee.. ingatkan di lecek..:)
Post a Comment