Lauk tengahari tadi. Terfikir fikir nak makan apa untuk lunch tadi . Dalam petisejuk ada daging ayam slice lebih kurang 500 gm . Selalu beli daging ayam begini senang jika nak buat ayam goreng kicap atau kunyit ataupun letak dalam mee goreng.
Terdetik pulak nak makan masakan thai emmm pes kari dah habis maka kena lah buat sendiri nasib baik sangat kesemua ramuan ada maka terhasil lah hidangan ini.
Dalam fikiran masih teringat kenangan arwah ibunda walupun tiga Jumaat telah berlalu....terasa sayu di hati. Sekarang abah masih lagi bersedih dan kini berada di rumah adik lelaki saya buat sementara waktu. Rasanya selepas ini kami adik beradik berpakat tidak akan membiarkan abah tinggal berseorang di rumah . Nanti fikiran abah terganggu almaklumlah usia abah pun dah menjangkau 78 tahun ini. Mungkin selepas di rumah adik lelaki abah akan tinggal dengan saya pulak...secara bergilir gilir rumah mana yang abah selesa. Sekarang ini abah masih sedih dan enggan tinggal dengan anak anak...katanya nanti anak anak susah tapi kami lagi lah risau jika dia berseorangan di malam hari . Apapun buat masa nie dalam tempoh memujuk ...bukan senang nak pujuk hati abah yang berpuluh tahun tidak pernah berenggang dengan arwah ibu. Adakala bila makan sebiji epal pun dia masih teringat ...emmm dulu epal nie abah makan sebelah saja dan sebelah lagi emak punya. Diletakan sebelah dan cakap nie bahagian mak dia tak boleh makan. Eehh takut juga jika biar abah sorang sorangkan.
Saya letakan resepi yang saya ambil dari rumah ceria tapi link dia saya terlepas pandang. Cari balik tak jumpa dan apapun saya minta maaf pada empunya resepi ini ye...
Kari Hijau Thai Ayam
Bahan Untuk Dikisar (utk buat pes kari hijau)
1-3 batang serai, hiris halus
1 -10 biji cili hijau atau cili padi siam, hiris halus
(ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 ulas bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (nak masuk dua-dua pun boleh)
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis/kasturi
1 camca teh gula perang/merah
1/4 cawan santan kelapa
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
BAHAN KARI HIJAU THAI
½ bahagian ayam
4 helai daun limau purut
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Pes kari hijau thai (resipi di atas)
Air suam
Air stok ayam (pilihan masing-masing)
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)
2 batang serai, dititik
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
1 biji Terung (potong sederhana - jangan terlalu nipis
1 biji tomato, belah 6
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
Boleh juga letak kentang
Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut
selera dan kesesuaian masing-masing.
CARA MEMBUATNYA
UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam
alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau
disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh
1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
UNTUK MASAKAN
Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak &
tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan santan kelapa
& kacau sebati.
Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun
limau purut. Jika kurang air, tambah santan /air stok ayam atau air suam. Kacau
sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan
sayur. Tomato boleh dimasukkan akhir sekali kerana ia cepat hancur jika dimasak
terlalu lama. Kacau selama 10 minit atau sehingga sayur masak. Jika rasa
kuahnya kurang, boleh tambah sedikit garam ajinomoto/gula.
Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan.
Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.
1 comment:
Salam siarah....
Nampak sedap la kari ijo itu...i suke...
Post a Comment