Saturday, October 6, 2012

siakap bersambal

Menu tengahari tadi Ikan siakap bersambal saja. Lauk yang simple buat mengalas perut di tengahari bersama sayur bunga kobis dan asam pedas ikan kembung. 
Cerita hari ini bila tiba waktu nak sajikan nasi....kantoi alahai beras dalam rice cooker hampir kembang setelah sekian lama berendah di dalam ...kes nya saya terlupa hendak ON kan suiz letrik . Aduhai apalah lah fikiran ku melayang jauh pagi tadi.
Jadi kena tunggu hampir 15 minit untuk masak nasi baru dapat makan.
Siakap bersambal
Olahan: CitarasaKu

1 ekor ikan - di goreng sehingga garing
1 sudu besar sos tomato
daun ketumbar
sedikit minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
10-15 cili kering
5 biji cili hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawamg putih
1/2 inci belacan

Tumis kan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik wangi . Masukan sos tomato biarkan sebati dan seimbangkan dengan rasa dengan meletakan garam dan gula jika perlu. 
Sebelum di tutup api masukan belahan bawang besar dan tuangkan ke atas ikan yang telah di goreng tadi.
Hidangan ini sedap di makan panas panas .

3 comments:

Fuat Gencal said...

Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar..

Bicara Kak Noor said...

salam kenal Noor
ni kak Noor dtg nak makan nasi dah masak belum?? sedap nampak ikan siakap tu merah menyala...

Norzie hany said...

Makan dgn nasi panas2....sedapnya.