Alhamdulilah hari ini baru ng menduduki berkesempatan masuk blog. Sibuk mengendalikan urusan anak yang menduduki Pmr. Minggu depan hari Isnin tinggal dua kertas lagi selepas itu yonyon dah boleh relax tunggu keputusan saja.
Harapan seorang ibu agar dia dapat melepasi cabaran pertama dalam menuju kedewasaan. Itu saja kejayaan hari ini dalam akedemik adalah untuk hari esuk. Pelajaran dunia dan akhirat hendaklah seimbang .
Berbalik kepada projek petang hari ini kita merajinkan diri membuat pizza . Agak lama lah juga kita tidak membaking. Arggghh angin membaking sudah datang. Selepas ini nak buat kek pulak.
Topping untuk pizza hari ini saya hanya letakan ayamas sosej berkeju ,cili capsicum serta daun basil segar.
Uuummmph bila waktu di bakar bau harum semerbak daun basil memenuhi ruang dapur. Sampaikan jiran sebelah pagar terus keluar haha..sebab hari hujan bau harum nie sampai kerumah dia kot. ( jiran saya adalah orang india..dia seorang vegetarian ) jadi saya tidak lah dapat memberi dia sepotong dua. Jika saya buat kek ok tanpa telur boleh antar lah.
No comments:
Post a Comment