Wednesday, October 31, 2012

Bubur nasi isi ketam

Menu nasi bubur saja . Senangkan letak semua bahan da rebus sehingga kembang ...jika boleh nak masak camnie tiap tiap hari ....hhmmmm beres semua kerja.
Hehe mau nanti satu rumah riuh rendah makan  tapi tak kenyang . Almaklum My yonyon nie peminat nasi yang berlauk saja. Jika masak style barat mesti kena sediakan satu menu nasi dekat dia.


Nasi bubur nie di makan dengan sambal pedas memang best sangat.....pedas tapi sedap. Lupa lah nak ambil gambar sambal pedas tu.  Resepinya simple saja rasanya semua orang tahu masak bubur nasi ...tapi saya letakan juga untuk anak saudara buat ref .


Bubur Nasi
Segenggam beras- rendam sekejap
2 inci hali- di ketuk
Fennel seed – agak agak
7 btg crabstick- di potong sedikit
2 btg celery
Sedikit lada sulah
Daun sup

Rendam beras dulu pastu renih dengan api kecik.....ketuk  halia muda dan masukkan fennel seed berserta lada hitam dan kiub ayam. Biarkan sehingga beras hancur  .(Jika pekat tambah air panas secukup)
Bila beras dah hancur masukkan crabstick , batang celery yang di potong kecil  daun sup dan jugak garam.   
Bawang goreng yang di buat sendiri bersama sedikit minyak….masukan tumisan ini kedalam bubur . Dan tutup periuk . (supaya harum)
Nota: Jika suka santan masukan sedikit


carot cake


Selepas abah pulang kerumah beliau, kami di rumah berasa sangat sunyi bila buka pintu bilik ketiga teringatkan abah macamana keadaan abah ye. Tak bagi tinggal seorang tapi abah masih berkeras juga hendak tinggal di rumah itu katanya kenangan . Kami adik beradik setuju membiarkan abah seketika di sana sehingga berakhir 100 hari ketiadaan emak.
Waktu abah dengan kami , abah selalu temenung sana sini. Rumah kami memang sunyi dari gangguan lalulintas malah kedengaran azan pun jarang jarang dapat di dengar. Nak dengar azan kena buka Tv la..sebab surau pun agak jauh . Abah lebih gemar tinggal di kediaman sendiri sebab surau hanya beberapa langkah kaki yang dapat di kira.

Oleh kerana nak melawat abah saya pon membaking sebiji kek karot. Tapi saya antar setengah saja. Selebihnya kami makan di petang hari.

Resepi kek hari ini saya gunakan resepi Leen Omar. Alhamdulilah menjadi dengan sebaik nya seperti di harapkan. Terima kasih Leen .
Tulisan yang berwarna itu saya gantikan saja dan penambahan bahan.

Carrot Cake Leen Omar
Resipi.net

Bahan2:
Tepung Berserbuk Penaik 2 ½ cwn
Baking Powder 1 sudu teh
Bicarbonate Soda 1 sudu teh
Cinnamon Powder 1 sudu teh (optional)
Garam ¼ sudu teh
Brown Sugar ¾ cwn
Castor Sugar 1 cwn
Telur 4 bj
Minyak Jagung 1 cwn – saya tidak guna
Mentega Cair 1 cwn – saya gantikan jadi 2
Lobak Parut 3 cwn [lebih kurang 2 bj
yg sederhana besar
Walnut cincang ¾ cwn
2 sudu besar air oren yang di perah
40g kismis


Topping:
Cream Cheese ¾ ketul
100g butter/krimwell
Icing Sugar 1/3 cwn
Lemon Juice (optional) 1 sudu teh
(kalau suka lebih rasa cheese kurangkan sedikit kuantiti butter/krimwell)

Cara-cara:
1. Panaskan oven 180c
2. Ayak tepung bersama baking powder & bicarbonate soda dlm mangkuk
3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur.
4. Kisar adunan sehingga lembut / gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.
5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam. Test ngan lidi. Kalau tak melekat dah masakla.
6. Biarkan sejuk then buat topping.

Hiasan Krim Keju:

Masukkan semua bahan ke dlm mangkuk. Kisar hingga halus & sapukan pd. kek.




brownie

Brownie emergency di buat di waktu adik datang bertandang bersama anak anaknya. Aidil Adha baru baru ini ...kita agak malas nak membuat persediaan kuih muih. Tapi di sebabkan anak buah nak datang maka kita pun kembali cergas di dapur. Kesian pulak jika mereka datang tak ada manisan maupun kuih muih kan. 
Maka terhasilah Brownie yang simple nie bersama kek untuk di jamah di samping makanan yang lain.
Syukur sekejap saja dah habis...sukanya melihat anak buah suka makan rasa penat pun hilang bila mereka suka dengan apa yang tersedia...hehe.

Resepi nya yang mudah dan cepat di hasilkan ....dan paling penting sedap.

Brownie
Sumber:Myresepi

Bahan-bahan ( 20x20 cm )

  • 70g butter
  • 130g gula halus
  • 2 biji telur
  • 100g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 55g walnuts- potong kecil-kecil
  • 1 bar coklat

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
  3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
  5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
  7. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.






Saturday, October 27, 2012

Serawa keledek

Salam Aidil Adha buat semua kenalan masakan. Maaf di pinta sekiranya ada tersalah atau terkasar bahasa ketika kita bercerita di sini.
Aidil Adha tahun ini merupakan hari yang ke 43 arwah Ibu meninggalkan kami. Abah masih dalam mood sedih dan kami sekeluarga masih bersedih dan redha dengan permergian ibunda tercinta.
Persiapan raya pun ala kadar sahaja. Petang hari kami (anakanak dan cucu) menziarahi kuburan ibu memanjatkan doa semuga arwah ibu di tempatkan di kalangan orang beriman...Amin.

Aktiviti hari kedua dengan cuaca yang agak terik ...terasa tekak pun sakit. Maka datang nya idea membuat serawa keledek bersama sago. 
Sedap juga bila di jamah waktu cuaca panas . Lagipun proses penyediakan yang ringkas dan cepat ..apapun sedap.

Serawa ubi keledek

Bahan-bahan :

Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut. 



Sunday, October 21, 2012

Roti pita dengan hirisan ayam

Hidangan sewaktu minum petang semalam. Satu hidangan ulangan sebelum nie mengunakan resepi doh yang sama cuma berlainan inti dan rasanya berbeza sikit.
Memandangkan  cara nak menyediakan doh yang senang maka selang selang petang bila terasa nak makan sesuatu yang simple dapat di buat pada kadar segera. 
Apapun saya sangat berterima kasih pada empunya resepi ini yang sudi berkongsi ilmunya. Resepi ini tidak pernah mengecewakan saya. Kejadian roti ini sangat cantik,kembung apabila di bakar....kembang lah rasa hatiku juga. Bila di potong dua dah jadi poket doremon ...pastu letak saja inti kesukaan kedalamnya. Hiaslah seberapa yang cantik dan kemas ...siap untuk di jamu. 
Abah saya semalam pun makan sampai tiga keping...selalunya abah makan sekeping dua saja. Semalam nampak bertambah ...syukur alhamdulilah.

 

Roti Pita
Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.