Thursday, September 29, 2011

Ayam panggang berempah


Hidangan yang simple dan cepat.Selalunya saya perap pada awal pagi ,waktu lunch baru saya grill. Yon
yon suka makan ayam hampir setiap hari. Jika memasak dengan cara begini maka ianya menjadi mudah dan cepat dan kepala pun tak pening nak fikir resepi itu dan ini. Janji bila pulang dari sekolah ada ayam. Kadang kala jika di rumah tak masak ayam...abah dia akan beli di warung Cik Gayah saja.
Apapun resepi ini sangat simple dan yang penting ianya sedap.

Ayam panggang berempah Cayenne

1/2 ekor ayam
2 tbs rempah cayenne
1 tsp serbuk lada hitam
1 Tbs minyak zaiton
sedikit garam
1 tbs rempah rosemarry

Ayam di perap dengan kesemua bahan di atas sekurang kurangnya 30 min . Lebih  masa perapan lagi sedap.
Bakar /grill pada 250 sekurang kurang nya 20-30min sehingga masak

Wednesday, September 28, 2011

Siakap stim


Senang di sediakan dan dalam masa yang singkat dah dapat makan yummy, ada bermacam macam stail tapi kali ini saya cuba buat macam dalam rancangan Afc tapi dah lupa chef yang mana satu . Masa lihat dia masak nampak senang saja. Jadi kita pun teringin nak rasa kenalah buat kan.

1 ekor ikan siakap - di bersihkan
kertas foil secukup untuk menutup ikan
1 camca sos tiram
1 tbs minyak zaiton
2 batang serai - di potong halus
2 biji buah tomato- di potong kiub
cili padi - nie saya tambah ...tekak melayukan
1 tsp serbuk lada hitam

Letakan ikan di atas kertas foil , taburkan kesemua bahan di atas dan tutup bungkusan foil dengan kemas. Masukan kedalam kukusan selama 15 min . setelah di angkat dari kukusan buka sedikit kertas foil dan masukan kedalam oven untuk di bakar sebentar selama 10 min. Hasil nya ikan akan kelihatan sedikit perang dan ranggup.



Bubur Jagung

Terasa sangat nak makan sesuatu yang manis iaitu bubur. Bubur apa pun ok asal ada ...lapar atau teringin. Mungkin dah lama sangat nak makan macam nie. Di rumah kita sorang yang layan makanan macam nie. Si Yon yon dan abahnya tidak suka bubur begini.
Goggle sekejap aha jumpa resepi dalam blog Fiza. Selalunya bubur senang saja campakcampak benda maka jadilah dia. Tapi hari ini nak buat macam Fiza nampak sedap cuma kita tambah butir candil saja sebab tak ada sagu. Ini lah resepi dari blog Fiza, kita copy paste kat bawah.

Bahan2
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)- saya guna sejuk beku
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji – tak ada
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan
1 cwn susu ideal- saya tambah

Cara2
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan

Tuesday, September 27, 2011

Sayur kangkung goreng belacan



Hidangan tengahari ini adalah kari udang bernenas, sayur kangkung dan ikan goreng. Tak ada ulam ulaman sebab musim hujan. Lagipun semalam seharian hujan kita langsung tak keluar rumah . Tapi bila hari hujan selera makan bertambah. Terbayang berbagai makanan sedap di mata tapi malas pulak nak buat dan nak keluar cari makan pun malas. Akhirnya goreng keropok kering saja. Hihi bila penyakit Malas datang .
Sayur kangkung nie saya masak pakai agak saja. 
Resepi pun agak agak juga tapi menjadi .


Bahan-Bahan:
Secekak agak agak 500-600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
Secukup minyak untuk tumis
4 tangkai cili merah – ditumbuk halus /giling
3 ulas bawang putih – di tumbuk halus/digiling
3 biji bawang merah – dihiris
1 sm belacan – ditumbuk /giling
50 gm udang kering – ditumbuk /giling
Sedikit sos tiram dan sos ikan- agak agak la
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hiris dan kemudian masukan bahan giling hingga wangi. Masukan sos tiram dan sos ikan Akhir sekali masukan sayur kangkung . Kacau sebentar agak layu bolehlah di tutup api. Biarkan di dalam kuali sebentar dan  hidangkan

Sunday, September 25, 2011

Tart buah buahan

Masih dalam bulan raya walaupun dah hampir penghujung. Rumah terbuka terakhir adalah anjuran kawasan perumahan ku. Inilah kali pertama di hadiri sempena tahun pertama tinggal di sini. Kami pergi selepas maghrib berhadapan tempat cuci kereta di barisan belakang rumahku. Agak sporting juga penduduk di sini. Jiran tetangga yang terdiri dari melayu,cina dan india sama sama datang bagi memeriahkan majlis serta ng datang bertandaberkenalan.
Dua hari yang lepas kita buat casing tart dan di simpan dalam tupperware kedap udara. Baru semalam kita buatkan custart serta buah buahan untuk di jamu pada adik adiku yang datang bertandang.
Cepat cepat mengoreng bihun dan membuat agar agar . Waktu mereka sampai semua hidangan telah tersedia haha lega.  Selepas makan petang kita masak nasi lemak untuk di makan dengan sambal daging dan sambal bilis telur. Jam sebelas barulah mereka pulang.


Saturday, September 24, 2011

Udang masak asam



Menu lunch tadi kita masaak udang masak asam. Menu yang simple dan cepat di sediakan. Ada macam macam style masak udang nie sesetengah orang gemar yang tidak berkuah. Kedua dua jenis saya suka.
Hari ini saya nak kan ianya sedikit berkuah.

Udang masak asam 

500 gm udang - digoreng sebentar
2 biji bawang besar- di hiris nipis
2 ulas bawang putih- di cincang halus
7 biji cili padi - lebih banyak lebih pedas
air asam jawa- agak agak jika nak masam
sedikit gula
daun sup

Udang di rebus sebentar dengan air. Asingkan udang dan air rebusan.
Panaskan minyak dan gorengkan semula udang yang di tabur dengan sedikit kunyit (utk warna).
Goreng udang sebentar saja agak sedikit kekuningan angkat dan masukan bawang putih dan bawang merah .
Agak layu masukan cili padi , air rebusan udang dan air asam. Perisakan dengan garam dan gula. Sebelum tutup api masukan daun sup .

Friday, September 23, 2011

Ragam rumah terbuka


Jamuan Adil fitri masih tak habis lagi. Kelmarin jabatan hubby menganjurkan rumah terbuka di kawasan pejabat. Tempat serta khemah terhad saja. Mulanya memang tak mahu pergi tapi husband cakap wajib pergi sebab bini boss dia nak jumpa so kena hadir jugalah. Saya dari dulu lagi kurang selesa untuk hadir pada jamuan rumah terbuka sebab :

1. Berebut rebut mengambil makanan- setengah orang suka berebut dan tidak beratur dalam mengambil makanan . Bila mengambil makanan kita perlu ingat makanan itu bukan untuk kita seorang saja maka perlulah kita berhemah sebab orang lain pun nak makan juga. Pembaziran berlaku bilamana makanan yang di ambil lebih dari sepatutnya dan tidak dapat di habiskan dan akhirnya terbuang. Kesian kat tuan rumah kan. Saya cepat jadi marah pada orang orang begini .
2. Situasi bila dah habis makan tapi masih berborak kool dengan kengkawan tanpa menghiraukan oranglain terpaksa menunggu meja untuk menikmati makanan berat. Jika makanan finger food kira oklah makan berdiri tapi jika menu nasi. Kesian pada orang yang menunggu untuk menjamu selera . So kenalah ambil perhatian keadaan sekeliling. Bila dah habis makan cepat cepatlah beredar dan beri oranglain duduk pula Jika banyak tempat kira ok lah duk berborak sampai petang.
3. Bila terdapat tempat kosong dan kita bertanya ada orang tak.....jawapan nya ada. Walhal tempat duduk itu di reserved untuk kengkawan dia yang belum sampai lagi. Emmm memang panas gila dalam hati Sabar ajerlah.
4. Pandang memandang dari atas sampai bawah memang tak habis lagi semua nak di komen .

Melihatkan hal yang begini kekadang buat jiwa raga terbakar saja so lebih baik duk di rumah saja dan tidak menambahkan dosa. Tapi tak pergi pun tak kena jugakan sebab kita hidup bermasyarakat wajib kenal mengenali . So saya coretkan di sini sabagai apa yang tersirat .

Monday, September 19, 2011

Mini pizza daging.

Projek meroti dah bermula kelmarin. Lama juga kita tak buat roti dn tak sempat nak mengupdate blog. Bila malas menyerang memang jammed kan. Tapi dalam waktu waktu yang lepas adalah tetamu jiran lama datang berhari raya. Kukis raya pun masih ada lagi tapi tak banyaklah. Alhamdulilah  kali ini kita tak membazir. Sebab kali ini kita cuma buat sejenis satu adunan saja. Jika habis awal kita boleh buat lagi.
Roti ini dibuat untuk antar pada abah di sbg,Jaya. Abah memang suka makan roti tak kira apa jenis pon. Senang selera dia dan kita nak sediakan pon senang juga.

Ada dua jenis topping ...satu yang daging dan hotdog yang di potong kecil. Kita suka yang berdaging sedap dan kena pada selera kita.

Untuk resepi toppingnya saya agak agak saya dan resepi adunan asas roti boleh di dapati di sini,
Terima kasih kepada empuya resepi ini. Kita selalu guna resepi ini memang best.


Adunan Roti
Resepi di ambil dari blog :http://resipidiana.blogspot.com
480 g tepung roti
375 ml air suam
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor

Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
.Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah
dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
.Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).


Untuk Topping
1/2 kilo daging kisar (saya guna ramli daging kisar)
2 tsp serbuk lada cayenne
2 tsp serbuk pizza
2 tsp serbuk lada hitam
serbuk parsley - ikut suka
4 biji buah tomato - di potong kiub
2 biji bawang besar- di potong kuib
2 ulas bawang putih- di potong halus
sedikit minyak zaiton untuk menumis
garam dan sedikit gula
Mayonis
Cheese mozarella di tabur atas roti sebelum di bakar.

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar saja . Masukan daging kisar.
Di ikuti dengan rempah ratus dan kesemua bahan. Goreng sehingga daging masak dan harum. Perisakan dengan garam dan sedikit gula. Biarkan sejuk sebelum di guna atas roti.

Nota: saya gemar gunakan lebih bawang dan tomato, inti ini juga boleh dbuat lebih dan di simpan untuk kegunaan roti bakar ...sarapan akan jadi lebih mudah dan cepat. Kita boleh campur dengan bahan lain yang kita suka.

Wednesday, September 14, 2011

Red velvet

Lama tak mendeko kek jari jemari pun kaku. Hari ini kita buat untuk kengkawan yang nak datang rumah. Tapi akhirnya mereka tak jadi datang. Kiranya bukan rezeki mereka lah. Lebih seminggu juga tak mengupdate blog....bukanya sibuk tapi kita sakit di bahagian mata naik biji.....orangn cakap ketumbit. Memang sakit dan pedih dan paling tak best mata kita bengkak sebelah. Tapi hari ini dah susut dah dan ubat pun tinggal untuk hari last. Harap hari esuk bengkak di mata akan hilang terus dan tidak sakit.
Bercakap tentang kek versi lain sikit sebab setengah resepi di gunakan serbuk coklat dan cuka tapi versi ini tak ada semua tu..senang juga.

Resepi dari fotopage lama kita : Noor fotopages .

Kek Velvet

Bahan bahan 
250g Butter
180g gula perang
5 Biji telur
2 sudu susu sejat
200g tepung berserbuk penaik
50g tepung high protein
2 sudu perwarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
krim mentega secukupnya ( hiasan)
Hirisan buah peach
Coklat urai


Cara Pneyediaan.
Pukul butter dan gula sehingga kembang, masukan telur satu persatu, diselang seli dengan tepung.
Masukan esen vanilla , susu dan perwarna. Sebatikan adunan.
Tuang kedalam acuan yang telah di alas dengan kertas minyak dan baker pada 180oc selama 45 minit.
Sejukan kek dan di potong menjadi tiga lapis dan lapiskan dengan krim dan juga hirisan buah peach. Coklat urai di bahagian tepi kek.

nota: Hiasan nya saya tukar. Untuk hiasan lama sila rujuk ke fotopages yang di atas.

Thursday, September 8, 2011

Gulai lemak udang selasih

Semalam dah refill stok barang. Boleh lah memasak dengan senang hati sebab kita dah plan menu untuk 3 hari berikut. Lepas tiga hari kena fikir lain jadi tidak membazir makanan. Waktu sekarang cuaca di luar rumah kelihatan mendung cam hujan nak turun. Semalam waktu kita keluar ke Tecso pun hujan renyai renyai. Kita memang suka hujan sebab sejuk badan tapi yang problem pulak dengan kain di jemuran. Alahai kena kutip dan sidai kembali hihi tak ada dryer tau. Jika tinggal flat dulu dryer memang kena beli ...nak sidai kat mana kat luar boleh tapi bila time nak kutip ....habuk pun tak dak...hilang.
Lunch hari ini kita makan gulai lemak udang berdaun selasih. Kita memang suka aroma dan pedas daun selasih ini. Daun selasih juga boleh di buat ulam dengan sambal belacan...sedap tau. Ikan oreng dan sayur air kobis dengan bebola ayam.



Bahan-bahan:
1kg ludang sederhana
1 biji kelapa - diambil santannya
8 biji cili padi                                                                                                                                  
4sm kunyit hidup
3 keping asam keping
segengam  daun selasih di buang batang ambil daun saja
Garam secukup rasa                                       

Cara memasak:
1. Didihkan bahan kisar bersama santan. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
2. Apabila mendidih, perasakan dengan garam dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan angkat udang, asam keping . Biarkan sebati dan sebelum di tutup api masukan daun selasih. siap.

Wednesday, September 7, 2011

Carot kek cherry

Second round buat kek karot. Hari itu tak sempat nak rasa sebab kita bagi orang bawa pulang lebihan kek. So hari ini masih ada cheese berbaki dapatlah buat sebiji lagi. Kali ini memang tak terhabis nak makan sorang dan kita simpan dalam petisejuk. Resepi kali ini masih sama dengan resepi yang lalu cuma kita tambahkan buah cherry segar yang telah di buang biji.
Actually masa beli buah cherry itu terbayang bayang nak buat cherry pie tapi time tu tak terdaya nak membuatnya sebab jari jemari masih sakit akibat terjatuh. Kek pun dah tak buat deko icing sebab ibu jari masih sukar untuk (bend) dan gengamam tidak sekuat dulu. Nanti insyallah bila dah kuat sikit dapatlah buat kerja seperti biasa.



Kari ayam kerisek




Menu hari ini kari ayam kerisik. Saja nak habiskan stok ayam beku dalam petisejuk. Ayam jika simpan dalam peti lama sangat pun tak best lainlah dengan ayam yang telah di perap dengan rempah. Jika di perap lebih dua hari bertambah sedap. Lagipun kerisik yang di beli time raya pun masih berbaki.

 

Kari Ayam Kerisik

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 pkt kecil  rempah kari ayam /daging babas
1 sudu besar rempah kurma
3 biji ubi kentang-dibelah dua
2 cawan air
1/2 cawan santan
1 biji tomato - dibelah 4
Garam dan gula secukup rasa
2 sb kerisek
2 biji cili hijau - patahkan saja


Bahan tumis :
4 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah - dimayang
4 sekawan bahan tumis
Sedikit minyak


Cara-cara :
Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
Masukkan rempah kari dan rempah kurma kacau sebati i sampai pecah minyak
Masukkan  air, kacau dan ubi kentang hingga empuk .
Masukkan ayam, kerisek tunggu sebentar sebelum masukan santan. Akhir sekali masukan cili hijau dan  tomato. perisakan dengan garam sebelum di tutup api



Monday, September 5, 2011

Udang goreng tomyam

Hidangan tengahari buat yon yon hari ini adalah ikan masak asam dan udang goreng tomyam. Musim perayaan ini memang susah nak dapatkan ikan segar..tapi hari ini suasana dah kembali biasa. Sebab di Kedah sekolah telah pun bermula kelmarin. Maka suasana di pasar pun dan ramai orang mula bisnes.
Jemu juga makan ayam dan daging terasa nak makan ikan, sardin emm best juga. Resepi saya ambil dari saji


Udang goreng tomyam

Bahan-bahan:
500 gm udang saiz sederhana
2 ulas bwang putih - dicincang
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu pes tomyam
3 batang daun ketumbar - dikerat 2 cm
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar - ini saya tambah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta serai. Kacau hingga naik aroma.
2. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau sebentar dan biarkan selama dua minit.
3. Masukkan pes tomyam, sos tiram, gula dan garam. Kacau hingga rata, kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau sebentar dan siap di makan.

Nota- cili kisar yang telah di tumis dan di simpan dalam botol buat kegunaan seharian.

Saturday, September 3, 2011

Kek Karot

Salam Shawal. Hari ini dah masuk hari ke lima kita di bulan Syawal. Cepat sungguh hari berlalu dan pada waktu ini ramai juga yang mengambil kesempatan berpuasa di bulan ini. Saya belum mula lagi sebab masih ada tetamu datang mungkin bila anak sudah mula bersekolah baru dapat peluang.
Kelmarin kita buat kek karot lama juga tak buat kek ini tapi di sebabkan Mama datang ...kita kenalah buat kek ini sebab dia sangat suka dengan kek ini. "Mama" merupakan ibu mertua kepada adik saya Liza yang tinggal di Bukit Jambul, Kami sekeluarga sudah tersangat rapat dengan beliau malah emak dan abah kita pun memang rapat dengan mertua adik ini . So panggilan Mama lebih merapatkan lagi persaudaraan keluarga.

Kek ini saya gunakan resepi dari sumber carian MyResepi. Memang best dengan tektur yang gebu dan lembut..."Mama" sangat suka dan sebelum pulang kita bungkuskan lebihan kek itu untuk di makan bila pulang nanti.

Kek Karot – Amy Beh
Di sunting dari MyResepi
  • 185 g mentega
  • 160 g gula perang
  • 20 g gula halus (gula kastor)
  • 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g satu biji), asingkan kuning dan putih
  • 150 g parutan lobak merah
  • 1 camca besar parutan kulit oren
  • 3 camca besar jus oren*
  • 60 g kismis*(*disatukan dan biar terendam)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 45 g kacang walnut, dicincang kasar
  • 185 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)

Cara cara
Pukul mentega bersama gula perang hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu dan juga esen vanilla sambil terus memukul hingga kembang
Pukul mentega bersama gula perang hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu dan juga esen vanilla sambil terus memukul hingga kembang
Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga sebati
Sementara itu dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur bersama2 gula halus sehingga kental dan bertanduk
Dengan menggunakan spatula, gaul putih telur tadi dengan adunan lobak merah dgn kaedah "kaup balik" sehingga sebati dan rata.
Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul perlahan hingga rata
Tuang dalam acuan kek yang telah disapu dgn mentega (perlu sapu rata2, terutama bahagian dasar acuan) dan ditabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung dan kalau guna acuan empat segi, alas dasar tin dgn kertas minyak. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 45 - 50 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.