Wednesday, October 30, 2013

siakap stim asam boi













Menu kukus kukus saja hari ini . Sajian sihat mudah dan ringkas tapi sedap di makan ...hehe mcm promo je.

IKAN SIAKAP STIM ASAM BOI

Bahan
Ikan (siakap
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1 inci halia - hiris halus
2-3 asam boi
 Tomato cherry @ biasa - belah 4
Daun ketumbar
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram - (optional)
Air asam secukup rasa
Hirisan limau atau jusnya
Cili padi dan cili merah - hiris@ketuk
Garam/Gula
Tepung jagung+air sedikit jika ingin kuah pekat - sy x letak

Caranya
 Sos ikan,garam ,kicap cair,sos tiram di campur dan di tuang ke atas ikan yang di letakan dalam kertas foil.

Potongan cili,tomato .cili padi di masukan kedalam ikan bersama serai yang di ketuk sedikit. Stim sehingga ikan masak . Sebelum hidang letakan daun ketumbar dan air perahan limau nipis.


rustic tart


Assalamualaikum baru arinie dapat magemaskin blog masakan. Tart ini di buat dua hari lalu. Kelmarin pada sebelah petang agak padat jadual ...membataskan untuk berada di depan pc.
Ahamdulilah hari ini kerja dan beres cuma tinggal nak masak lauk untuk lunch saja. Begini lah jadual harianku sekarang .


Tart sebegini bukanlah satu kesukaan saya , saya lebih gemar kepada jenis savoury tapi memandangkan ada lebihan buah ya bng harus saya habiskan saya bng  yauat dalam portion sedikit dan dapatlah menjamu kawan saya yang datang ke rumah.
Saya mengunakan resepi pastry ranggup dan tersangat ranggup walaupun di biar lama . Manakala cream kastart pula dari berlainan blog dan di gabungkan menjadi satu yang sedap juga.
Saya makan seketul saja walaupun cream custart saya sudah di kurangkan kandungan gula. Saya kurang gemar dengan manis manis tapi sangat suka dengan makanan pedas pedas ...kontra kan.

Untuk resepi cream pastry saya copypaste di sini...sangat sedap

Pastry Cream

What do we need:

1 cup milk
1 vanilla bean or 1 tsp vanilla extract

1/4 cup sugar
2 egg yolks
2 tbsp plain flour
1 pinch salt

1 tbsp unsalted butter

How do we do it:

Split the vanilla bean in half lengthwise and scrape the seeds out. Add the scraped vanilla pod and the seeds into the milk. Bring the milk to a boil and remove from heat.

Beat the egg yolks, sugar, salt and flour together. While whisking constantly, pour in half of the hot milk in a slow steady stream into the egg mixture. This is to prevent the eggs from curdling. Add the egg mixture to the remaining hot milk. Cook over low medium heat while whisking constantly until mixture boils and thickens. Reduce the heat to low and whisk for 2 another 2 minutes. Remove from heat. Stir in butter. If using vanilla extract, also stir in.

Resepi kulit tart ini dari blog  En.Mat

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum 
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian. 


Monday, October 28, 2013

mousse strawberry dengan chocolate putih


Alhamdulilah akhirnya terhasil juga. Agak lama juga mengidam untuk membuat kek ini setelah hasil yang lalu tidak meberangsangkan . Tempohari menjadi juga tapi bahagian atas ...jelo tu tidak berapa set dan bila di angkat keluar dari acuan jello itu mengalir keluar dan tidak stabil.


Saya alaskan bahagian bawah dengan plastic supaya senang di keluarkan dari acuan jika mengunakan acuan biasa. Jika mengunakan acuan springform rasanya tidak perlu sebab kita boleh keluarkan palapik bawah dan buka acuan bahagian tepi. 
Pada akhir saya sisipkan dengan roti jejari lebihan buat tiramisu di sekeliling mousse dan mengelakan dari jello yang keras itu menurun ke tepi kek.





Saturday, October 26, 2013

hirisan ayam goreng bawang marsala


Satu menu yang ringkas untuk hidangan malam tadi. Siang hari tadi kita menghadiri kenduri di rumah jiran  pek ayabelakang rumah. Petang tadi terasa lapar pulak...jadi keluarkan satu pek isi ayam yang di beli kelmarin...biarkan sebentar untuk defrost.
Terfikir nak goreng kunyit saja tapi baru dua hari sudah makan menu itu so hari ini menu hampir sama tapi kita perap sebentar dengan sos tiram ,kicap,kunyit dan sedikit lada hitam juga garam. Biarkan perapan selama 20-30 min .
Letakan sedikit minyak gorengkan ayam sehingga agak garing dan taburkan serbuk garam marsala . Perisakan secukup garam dan sedikit gula Tutup api dan keluarkan ayam. Minyak yang tertinggal tu goreng kepingan besar bawang merah , daun kari dan 2 ulas bawang putih yang di cincang kasar sehingga naik bau dan sedikit perang .Taburkan bawang goreng keatas ayam dan siap di hidangkan.

Friday, October 25, 2013

bubur pulut hitam


Selamat petang Jumaat....sambil melayani Budget pembentangan 2014 kita siap kan waktu tengahari tadi bubur pulut hitam. Agak lama juga tak menikmati bubur pulut hitam . Di rumah jika memasak makanan jenis bubur nie hanya saya seorang lah yang perlu menghabiskan sebab ahli di rumah tak suka makan. Mereka gemar kan mamakan jenis goreng,pastry dan pasta. 
Jadi saya buat segengam pulut dah cukup . 
Sambil menikmati bubur ...sambil menjeling nonton budget tiba tiba dengar haha gula akan di hapuskan subsidi hehe Pm cakap kurang kan gula manis kan dengan senyuman.  Hehe senyuman pasti tawar kan bila minum di kedai mamak pasti tersentap dengan harga mereka. Dirumah gula selalunya saya beli 4 kilo saja dah cukup adakala saya hanya guna 2-3 kilo saja. Tapi jika saya membaking lebih dari sepatut maka 4 kilo tu tak cukup lah.

Saya tak letak resepi sebab sekarang nie terdapat banyak resepi hehe goggle saja lagipun bubur nie senang di sediakan. 


Thursday, October 24, 2013

Buah melaka

Lama sungguh tak membuat kuih yang sedap dan senang na buat . Bila makan sejuk terasa enak sangat biarpun kelmarin petang hujan lebat menikmati sepiring buah melaka bersama teh tarik ...syukur alhamdulilah dengan rezeki semalam.
Hari ini baru nak letak gambar ...hehe tak habis lagi ada beberapa biji montel untuk di habiskan petang nanti.








Sunday, October 20, 2013

kurma daging qurban


Selamat petang har buat ini tiada kuih muih hanya buat kek buah sebab tergendala tempohari. Berbalik pada cuaca sepanjang pagi redup saja selepas jam 4 barulah nampak berangin dan hujan pun turun dengan lebatnya. Dan di masa saya menaip hujan masih lebat di luar ....kira tak payah guna aircon tidur malam nie sudah pasti sejuk tarik selimut.

Hari ini lauk tengahari saya adalah daging korban pemberian adik saya tempohari ...satu plastic saya hanya guna setengah dan ada setengah lagi . Waktu raya korban tempohari adik saya buat korban dan ini  lebihan daging yang telah di beri pada orang di surau .
Alhamdulilah sekejap saja masa daging sudah lembut suka hati bila masa daging tak perlu nak letak bahan lain untuk lembutkan daging. Saya buat masa kurma saja dan kali ini mengunakan yogurt penganti santan . Syukur sedap dan anak saya suka makan walaupun saya tak letak kacang gajus yang di hancurkan. Ini stail pakistan.

Kurma hari ini di makan bersama nasi daging saya gunakan lebihan daging yang di masak kurma dan di tambah dengan sedikit rempah kurma dan rempah daging kari satu sudu...rasanya sedap bagi saya.
Nasi di tumis dgn bahan kisar bawang merah,bawang putih dan halis. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan masukan secawan bawang yang telah di goreng terlebih dahulu untuk menaikan aroma nasi. Setelah itu masukan beras dan aturkan daging di atas beras sebelum menuang air rebusan daging yang siap di perisakan dgn garam sedikit gula secukup rasa, yogurt dan satu sudu sunquick orange. Jangan gaul tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak baru lah di gaulkan . Sebelum hidangan taburkan daun pudina yang di potong halus.


cerita pagi minggu

Asalamualaikum di pagi mingu yang redup ini. Agak lama blog saya tidak di kemas kini...haha sebenarnya saya sedang membuat kukis untuk anak kawan saya sebagai door gift maka urusan harian tersangat ketat almaklum saya sebelum nie tak pernah buat banyak untuk sesuatu kukis . Sebelum saya buat saya makan tapi memandangkan rakan baik saya memujuk saya maka saya rasa kesian pulak jika tak buat kan. 
Itulah sebabnya saya hahaha semua tak sempat walaupun kenduri nya pada bulan depan. Bayangkan hampir seribu biji ...tidak pernah saya buat untuk sejenis.

Pagi nie saya minum milo dan spaghetti sambil sibuk dok memikirkan motif dan corak apa lagi yang nak saya letak pada biskut ini setelah saya membuatnya untuk lebih rasa ,sedap dan ranggup serta nampak cantik untuk di bawa pulang tetamunya. 


Sunday, October 13, 2013

chicken wing ala pizzahut


Menikmati hidangan makan malam yang sedarhana dan tanpa perlu keluar rumah.  Walaupun tanpa nasi,roti dan lain lain ,hidangan ini dah terasa penuh sangat, alhamdulilah sedap kuah kacang .
Terpanggil untuk mencuba ayam yang di cicah dengan kuah kacang nampak sedap bila melihat menu dari blog Mamasya sangat mengoda. Oleh kerana dalam petisejuk terdapat lebihan chicken wing yang di beli tiga hari lepas saya pun mula membuat perapan di awal pagi dan padi waktu petang baru mula megeluarkan untuk defrost dan mula memanggang. 

Ayam grill ala Pizzahut

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

15 ketul chicken wing
5 ulas bawang putih- di haluskan
 2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 tbs sos lada hitam
1 tbs kicap hitam
1 cawan gula
2-3 tbs hot sauce
Sedikit minyak zaiton

Cara-cara

Campur kan kesemua bahan bahan di atas dan tambah kan sedikit minyak zaiton . Pukul sehingga larutan sebanti dan tuangkan ke atas ayam . Gaulkan ayam dan bolehlah di simpan sehingga bahan perapan meresap  dalam ayam.
Keluarkan ayam dari perapan dan boleh di grill ataupun di panggang di atas bara api.


Gandingan kuah  kacang yang sedap ,warna saja merah tapi tidak pedas.

Saturday, October 12, 2013

ayam masak kicap pedas


Menu hari ini ayam masak kicap dan semestinya pedas. Jika tidak pedas maka makanan ini akan terbiar saja. Puas saya kena habiskan . Resepi pun simple dan cara memasaknya pulak simple maka cepat saja terhidang. 
Variasi ayam masak kicap ini adakala nya tidak mengunakan cili kering , ayam hanya di goreng begitu  dan di tembah dengan perahan asam dan bawang besar dan di perisakan dengan garam dan lada.  Apapun saya suka bertukar tukar rempah baru ada kelainan dari segi rasa serta penampilan agar keluarga saya tidak terasa jemu makan lauk yang sama saja. 

Sila lah rujuk resepi sekira berminat mencuba ...sedap tau....

BAHAN-BAHAN:
 ½ ekor ayam- di potong kecil – di lumur garam kunyit dan di goreng sebentar …angkat.
2 biji bawang besar | dipotong bulat
125gm cili kisar
1 biji cili merah   } dipotong memanjang
1 biji cili hijau      } dipotong memanjang
60ml kicap
60ml air asam jawa
1 tangkai daun kari


BAHAN TUMBUK: Saya blend
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah goring dan biarkan merenih serta masak .
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula  secukup rasa.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.

Thursday, October 10, 2013

menu hari ini

Hari ini tak ada yang menarik hanya sekadar menu harian saja. Di sebabkan kelmarin dapur saya tidak berasap ...hari ini saya menrajinkan diri memasak beberapa lauk pauk. Alhamdulilah dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kami sekeluarga. 
Hari ini saya masak kari kepala ikan...maaf ikan nie saya tak pasti namanya tapi isinya sedap dan lembut.

Sayur brokoli dan lobak merah yang di goreng kilas bersama crabstick. 


Sambal belacan bersama ulam ulaman dan ikan goreng je sebab bahagian kepala nya di jadikan kari. 


Wednesday, October 9, 2013

cerita tart


Projek membuat cookies...bukan untuk raya haji tau...saja saja untuk makan dan yang paling penting mengasah bakat buat kerja halus mulus macam  Ita..Azlita Aziz. Geram sangat saya lihat akan kecomelan biskut tart tulip manakala potongan riben tu pulak saya blog seseorang bernama Tina . Jadi bila dan ada semua jenis nak buat haha . Apapun jadi juga tapi jari jemari saya kena lebih lembut .
Saya mengunakan resepi dari blog Tina ...resepi nie sangat sedap la bagi saya . Saya suka makan tart yang masuk mulut terus je lenyap ...cair .






Tuesday, October 8, 2013

nasi beriani


 Semalaman hujan hingga lah ke pagi hari. Hujan turun dengan lebatnya .Terasa sejuk sangat cuaca di waktu kini. Jika hujan awal pagi terasa sayang sangat kalau boleh selimut nak tarik lagi . Tapi tak boleh kan...tugasan harian .......

Lapar di pagi hari dan terasa nak makan nasi beriani pulak. Memandangkan stok ayam ada bersama bahan bahan maka siap lah juga menu tengahari dengan jayanya.



 Resepi ayam tandoori boleh rujuk pada entri sebelum ini. Memang best bila nasi beraini di gabungkan bersama dengan ayam tandoori . Salad pula timun dengan dressing jus lemon dan minyak zaiton ....sedap juga ...sedikit kelainan .





sugar biscuit


Yang mana satu pilihan hati haha...cantik di pandang di makan rasanya biasa saja. Saya gemar makan yang sedap mata memandang dan sedap juga di makan . Biskut kan ....mana boleh di makan sampai kenyang hehe. 
Projek buat biskut nie bukan untuk raya haji tau...tapi untuk kenduri kawin anak kawan saya . Dia nak kan biskut berwarna hijau ...emmm nak letak aising sugar atau fondant. ...dua dua pun manis ehhh. Tapi ini untuk hantaran dulang saja. 


Resepi ini saya copy je dan letak disini. Pada sesiapa yang nak buat boleh la cuba...tak manis sangat tapi rasanya next batch saya nak letak perisa beri dia rasa strawberry pulak.

Rolled Sugar Cookies

3 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1 cup (2 sticks) unsalted butter, room temperature
1 cup sugar
1 large egg
1 teaspoon good quality vanilla extract

Parchment paper

Directions:

-In a medium bowl, stir together the flour and baking powder and set aside.

-In the bowl of an electric mixer, using the paddle attachment, cream together the butter and sugar until light and fluffy.  This should take about 3 minutes.

-Add the egg and vanilla and beat another minute or so.

-Add the flour mixture slowly.  (Be careful not to add too much at a time or you will have a snowstorm of flour.)

-Blend until all of the flour is incorporated and the dough begins to pull away from the sides of the bowl.

-Take the dough out of the bowl and place it on a piece of parchment paper.

-Using your hands, knead the dough a few times.

-Place the dough in a large plastic (ziplock type) bag and refrigerate for about 2 hours.  If you want to speed up the chilling process, place the bag of dough in the freezer for about 20-30 minutes. Just don’t forget it in the freezer, or it will become to firm to work with (and then you’ll have to wait for it to thaw).

-When it’s almost time to remove the dough from the refrigerator (or freezer), preheat oven to 350 degrees (F).

-When the dough has chilled and is firm, take out about half of the dough, leaving the rest in the refrigerator (until your ready to work with it).


Sunday, October 6, 2013

lemon chicken rice


Mencari menu apa yang nak di masak bermacam macam resepi telah di cuba. Akhirmya nasi ayam jua menhadi pilihan. Senang ringkas dan sedap tambah lagi di makan pada hari  yang hujan begini. Dengan semangkok sup terasa segar dan panas badan bila menghirup dan sewangi aroma nya, begitu menyegarkan.

Nasi ayam nie di masak seperti nasi ayam yang lain cuma saya tambahkan parutan kulit lemon dan air perahan lemon kedalam air memasak nasi.

Manakala ayam pula saya panggang ..terasa perahan air lemon yang harum sewaktu di panggang dan masak .

Ayam Panggang Berlemon
Sumber: Majalah Saji Februari 1999

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana
3 batang serai - dikisar
1 biji lemon - perahkan airnya
Kulit lemon - diparut       3 sudu besar jem oren marmalade
Sedikit lada sulah
1 sudu besar madu
Sedikit mentega tanpa garam
Cara:

Bungkus ayam dengan kain untuk keringkan air. Lumurkan dengan bahan-bahan di atas dan kemudian perapkan selama setengah jam. Bakar dengan kepanasan 220'C selama 50 minit. Pada tempoh 20 minit yang awal, sapukan dengan mentega tanpa garam (unsalted butter). Di akhir masakan, sapu sekali lagi mentega.


Friday, October 4, 2013

tiramisu





Masih dalam mode sakit gigi berlarutan kebanyakan menu pilihan harus yang lembut. Dah pening kepala dok fikir menu apa setiap hari kan. 
Walaupun banyak sekarang nie pilihan makanan tapi kadangkala fikir nak buat ...tak cukup satu barang kena tangguh.  Seperti resepi ini juga adanya cheese...tapi saya buat juga tanpa cheese ..
Apapun sedap juga di makan .






Thursday, October 3, 2013

siakap stim dengan jus limau




Ini entry tertunggak. Bila rasa rajin baru nak letak di sini. Mungkin mood menulis karangan pun kurang jadi malas nak mengomel di sini . Apapun menu ini lanjutan dari makan malan bersama abah. 
Hidangan di restoran itu sangatlah sedap hingga membuat saya berkali kali merasa kuah itu untuk kepastian. Hehe seperti biasa la kan bila kembali beraksi di dapur mesti nak kopycat . 
Alhamdulilah menjadi juga dengan peratus 80/100 . Dari segi rasa hampir hampir rasanya tertinggal satu ramuan iaitu lengkuas . Waktu kuah ini di sajikan supnya telah di buang segala hanya kelihatan keruh dan di tabur dengan daun ketumbar saja.
Apapun resepi saya agak agak nie boleh di katakan ok lah.

1 ekor ikan siakap - saya potong setengah sebab besar sangat ..tak muat.
1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
seinci halia
2 biji asam boi - ambil sedikit airnya
2-3 camca sos ikan
2 camca sos tiram
sedikit garam ---agak agak
sedikit gula .
cili padi 
1 biji limau nipis- perah dan ambil airnya
1/2 sudu teh tepung jagung.

bawang merah dan bawang putih di blend halus. Masukan dalam mangkok dan campurkan dengan sos tiram, halia sos ikan ,gula cili padi ,air limau dan akhir sedikit tepung. agak setengah sudu kecil. 
Campurkan larutan sehingga sebati . Akhir masukan asam boi .
Panaskan kukusan , tuangkan larutan kedalam bekas yang hendak di kukus. Kukus sehingga air itu mendidih dan sedikit pekat.. Masukan ikan dan kukus sehingga ikan masak. Tutupkan api taburkan daun ketumbar dan hidang.

makan malam bersama Abah

Hari Ahad yang lalu , abah mengajak semua anak anak berkumpul bertujuan membaca doa untuk arwah ibu dan pada hari itu juga merupakan ulangtahun kelahiran anak saudaraku...awin. Semua ahli keluar dapat hadir kecuali adik ku Suhaila saja sebab berkerja .
Selalunya kami membuat kenduli Tahlil untuk arwah ibu di rumah dan surau tapi kali ini abah cakap baca tahlil di rumah saja dan keluar makan . Tak perlu susah untuk masak .
Alhamdulilah majlis di restoran itu berjalan lancar . Abah nampak gembira sebab hampir kesemua adik beradik dapat berkumpul . Menjadi kebiasaan selalunya keluarga saya yang tidak dapat bersama dalam banyak majlis sebelum ini. 
Sempat juga menyiapkan satu kek untuk anak saudaraku Awin ...selamat hari lahir semuga berjaya dalam kehidupan serta menjadi insan yang baik.

Setelah selesai membaca doa maka awin pun potong kek atas kotak saja ...almaklum di kedai . 



Tersilap fokus la pulak ,,masa ambil gambar ini ....sekeping saja dan agak blur...tapi nak letak juga .