Tuesday, December 31, 2013

maxican bun

Entry terakhir di malam 31 dec 2013. Sekejap lagi kita bakal menyambut awal tahun 2014. Syukur kepada Allah , Malaysia negara tercinta kita masih mampu bergerak sana sini dengan aman dan mempu menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Syukur pada Allah umur kita meningkat lagi .
Apapun sebagai entri terakhir tahun saya nak letakan roti saja . Roti sebagai santapan saya di waktu petang hari. Nampaknya dua tiga hari saya asyik buat roti saja .
Saya mengunakan roti asas doh saja manakala piping di atas roti saya tambah perisa nescafe habis satu dapur saya semerbak bau waktu bakar tadi.
Akhir kata...Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut tahun 2014 semuga kehidupan aman damai .Aminn.

kerapu masak asam

Kerapu masak asam merupakan satu menu yang sangat simple yang mampu memgamit selera takala badan terasa kurang sihat .
Menu sampingan yang sangat ringkas dan jika kena dengan cara kesedapan nya membuat kita bertambah nasi.


 Paling wajib dalam masakan ini adalah pengunaan halia serta buah tomato dan air asam . Tiga elemen penting dalam masakan di samping bahan lain dalam menambah lagi rasa kesedapan .
Tapi adakalanya saya guna apa yang ada di dalam peti saja jika malas nak keluar membeli barang .

Kerapu masak asam

1 keping isi ikan - di garam kunyit serta di goreng terlebih dahulu
1 labu bawang merah - di potong bulat
beberapa biji cili pada
2 ulas bawang putih-  di cincang halus
1 btg cili merah
2 jnci halia di potong nipis
air asam jawa
1 biji tomato- di dadu
sedikit daun ketumbar

Ikan di goreng terlebih dahulu dan di letak tepi . Dengan minyak yang masih panas tumis bawang putih,halia dan bawang merah sehingga agak layu dan wangi . Masukan tomato yang telah didadu biarkan merenih sedikit dan masukan perahan air asam jawa secukup ...jika nak berkuah lebih sedikit dan biarkan kuah tersebut renih dan sedikit pekat. Tambahkan kicap dan sedikit gula dan garam secukup rasa. Akhir proses masukan ikan ,cili pada serta hirisan cili merah . Tutupkan api dan taburkan daun ketumbar.

Sunday, December 29, 2013

kari ikan kerapu

Kari ikan kerapu menjadi menu pilihan tengahari tadi. Selang dua hari kari wajib di masak . Jika tidak My Yonyon pasti mula tanya mana kari dia.
Untuk hari ini saya mengunakan rempah kari yang di beli dari kedai mamak di K.Batas. Deretan kedai kedai lama , disitu terdapat satu kedai di antara kedai yang menjual pelbagai jenis rempah sebut saja dan dia akan mula mencampurkan rempah rempah untuk menghasilkan satu rempah yang di pinta.
Rempah ini sungguh wangi dan hasil dari campuran tadi menghasilkan aroma kari yang lain dari biasa . Kebiasaan saya mengunakan rempah Babas ikan , jenama ini pun sedap tapi jika kita selalu sangat makan kita mudah jemu. Jadi saya tukar kan kepada campuran sendiri . Saya tidak letak kan resepi sebab saya pasti ramai yang sudah pandai memasak kari kan. Yang menjadikan berbeza adalah campuran rempah dan cara rempah di masak sebelum di tambah air asam maka di situ lah keunikan cara masak yang membuat kari sedap dan kurang .


roti pizza buat minum petang

Sudah hampir ke penghujung tahun 2013. Entri pun agak berkurangan sebab diri terasa malas nak update tapi hari ini nak juga luang kan masa di sini . Projek roti petang semalam.
Saya buatkan roti sebab abah saya sangat suka makan roti jadi saya harus pelbagai rasa roti agar abah saya tidak jemu makan. Tapi tak dapatlah saya letak benda benda pelik ke atas tu selain buat roti bun manis, cheese dab bersosej gini.

Seperti biasa roti nie di buat mengunakan resepi asas doh cuma yang perlu di ingatkan sentiasa menguli doh sehingga elastic untuk mendapatkan roti yang cantik dan gebu dan yis yang berfungsi.

Saturday, December 21, 2013

pretzel

Pertama kali mencuba buat Pretzel ...Alhamdulilah menjadi juga. Kiranya bernasib baik lah biskut nie menjadi .
Hari nie dapat lah merasai keranggupan pretzel buatan sendiri . Setengah daripada biskut saya salutkan dengan coklat dan setengah lagi salutan coklat dan kepingan badam yang halus di taburkan sebaik saja biskut di salut coklat. Proses ini hendaklah di buat cepat...sebab coklat mudah mengeras dan jika lambat ianya tidak akan melekat cantik. Selain dari badam kita boleh letak apa saja yang kita suka .



Jika dah lihat mestilah nak resepi nya kan...jadi saya letakan di bawah ini adalah resepi yang saya copypaste ye dari blog Tasteofhome. Yang berwarna merah tu adalah saya convert measurement.

Pretzel
http://www.tasteofhome.com/recipes/chocolate-pretzel-cookies
Ingredients

 1/2 cup butter, softened  -114g
2/3 cup sugar  -127g
1 Eggland's Best Egg
2 ounces unsweetened chocolate, melted and cooled  -56.7g
2 teaspoons vanilla extract
1-3/4 cups all-purpose flour  -173g
1/2 teaspoon salt
MOCHA GLAZE:
1 cup (6 ounces) semisweet chocolate chips
1 teaspoon shortening
1 teaspoon light corn syrup
1 cup confectioners' sugar
4 to 5 tablespoons strong brewed coffee
2 ounces white baking chocolate
 Please enter valid US ZIP code   Change Zip
ZIP   Select distance2 miles5 miles10 miles20 miles50 miles 

Directions
1.In a large bowl, cream butter and sugar until light and fluffy. Add the egg, chocolate and vanilla; mix well. Combine flour and salt; gradually add to creamed mixture and mix well. Cover and refrigerate for 1 hour or until firm.
2.Divide dough into fourths; form each portion into a 6-in. roll. Cut each roll into 1/2-in. slices; roll each into a 9-in. rope. Place ropes on greased baking sheets; form into pretzel shapes and space 2 in. apart. Bake at 400° for 5-7 minutes or until firm. Cool 1 minute before removing to wire racks to cool completely.
3.For glaze, in a microwave-safe bowl, melt the chocolate chips, shortening and corn syrup; stir until smooth. Stir in confectioners' sugar and enough coffee to make a smooth glaze.
4.Dip pretzels; allow excess to drip off. Place on waxed paper until set. Melt white chocolate. Drizzle with white chocolate; allow excess to drip off. Let stand until chocolate is completely set. Store in an airtight container. Yield: 4 dozen

Friday, December 20, 2013

coklat cupcake


c\\\\\\\\\\\
 Kek comel yang ku buat atas permintaan kawanku untuk di bawa ke majlis khatam Quran anak buahnya. Syukur dengan resepi baru ini ternyata hasilnya sangat cantik. Pada mula nya rasa kecut juga kenapa lah nak test test resepi lagi....tapi hati ku berat nak mencuba juga.
Alhamdulilah ternyata tidak sia sia kek coklat ini menjadi sangat lembut.moist dan sedap sangat.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada empunya resepi ini yang sanggup berkongsi resepi beliau yang sangat baik ...semuga Allah memberikan rezeki yang berterusan padanya
.
Coklat cupcake
Sumber : Today cupcake

Bahan-bahan


Bahan A;
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.


Bahan B;
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas


cara-cara menyediakannya


pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap. Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.
Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...masukkan air panas yang telah disediakan tadi.
Akhir sekali sediakan kertas cupcake..masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit..

cccd

Wednesday, December 18, 2013

Catatan bergambar tanpa kata








Catatan bersambung

Rentetan cerita semalam beberapa keping gambar di abadikan disini . Perubahan demi pembagunan tapi di kawasan ini masih sama. Deretan rumah serta kedai masih seperti dulu. Jika dulu Arwah ibu selalu saja membali barangan runcit dari kedai mamak Islam emm tak salah saya...Mamak Farook da adiknya Kasim dulu satu sekolah rendah dulu. Tapi bila ke sekolah menegah masing masing membawa haluan ...kita sekolah perempuan saja.
Kelihatan rumah kawan sekolah rendah Fatimah namanya . Warna bangunan masih sama biru kali terakhirnya juga warna biru .
Stall mee goreng mamak Ali saja bertukar tempat. Dulunya hanya berkereta sorong tapi sekarang telah masuk di deretan kedai runcit. Setiap kali ke daerah ini sudah pasti saya kan ajak Hb makan mee goreng Ali .

 Dulu kita tunggu bas Sri Negara sebelah tembok penjara hehe jika panas tunggu bawah pokok .
 Gurney drive seawal pagi biasanya jika abah tidak berkerja kami akan berjogging dari pemulaan keluar rumah sampai lah kesini dan waktu berjalan pulang kami akan singgah minum teh tarik susu lembu asli .
Sekarang dah banyak berbeza dengan bangunan yang tinggi kepunyaan orang kaya raya. Macam kami memang tak mampu dalam mimpi pun tak mungkin so jangan mimpi sewa untuk semalam mungkin boleh kot.





Tuesday, December 17, 2013

08 dec 2013

Catatan sempena kenduri anak kawan sekolah sezaman denganku. Alhamdulilah dapat juga menghadirkan diri untuk bertemu walapun jarak antara kami tinggal tidak jauh tapi kerja seharian membataskan untuk berjumpa.  Pertemuan kali akhir adalah selepas 10 tahun lepas dan kami hanya msg saja . Walaupun kami dapat berbual sekejap sudah memadai dapat bertemu muka. Sempena perkahwinan anak perempuan sulong nya...kawanku nampak sangat gembira dan nampak muda di usia kami.

Beberapa keping gambar saja yang sempat saya ambil ....malu lah nak ambil time tu pengantin sedang di renjis renjis. Saya ambil dari jauh jauh saja. Apapun tempat berlansungnya majlis itu berdekatan dengan sekolah lama saya jadi dapat lah mengimbas kembali zaman zaman saya berjalan kaki dari Lim khoon huat ke sepoy line dan padang polo.


 M
Ma 


Saturday, December 14, 2013

cheezy breadstick

Selamat malam baru sekarang berkesempatan membuat update blog.Nak cakap terlalu sibuk pun tidak tapi kesihatan kurang baik ...Alhamdulilah sekarang dah pulih. Amat letih jika kita berjalan jauh almaklum sekarang musim kenduri kawin memang terasa gak bla berjalan jauh untuk dua hari berturut turut dari satu tempat ke satu tempat yang jauh boleh demam. Tambahan faktor cuaca di waktu ini.
Berbalik kisah entri hari ini saya sudah mula meroti ....alahai memang lama juga saya tidak meroti sejak Bm saya hilang power nya sekarang saya guna power sendiri. Nak buat banyak memang tak jalan saya cuma buat setakat 250gm tepung saja .



Resepi doh asas saja. Sebaik saja doh mengembang kali kedua kita boleh canai dan letakan di atas dulang. Sebelum di letakan sebarang topping...kita kena gliskan permukaan roti dengan sedikit telur kuning bercampur susu dan kemudian kita taburkan serbuk parmesen cheese dan juga mozarella cheese.  Taburkan juga sedikit garam halus sebagai penambah selera dan sedikit serbuk oregano ...sikit saja tau. Selepas itu boleh lah di bakar seperti biasa. Hasilnya lembut dan sedap seperti makan di kedai pizza ...Oppps lupa sebelum bakar potonglah garisan memanjang so bila dah masak nanti senang boleh di tarik .

Wednesday, December 4, 2013

chicken pie


Dek tergoda dengan cerita KakJee di Fb dengan cerita mini pies nya saya pun dah rasa lama errkk tak makan pies terliur gak menatap gambar dari blog dan fb KakJee. Wallaa jika dekat sudah pasti nak order dapat rasa air tangan kakjee namun apakan daya kita nie tinggal di Utara errr maka kena carilah alternatif nya. Jika terasa nak makan kena rajin maka kena rajinlah lagipun semua bahan memang telah sedia ada di rumah maka terhasil lah.
Ternyata berbaloi saya sangat suka dengan kerapuhan pastry dan tidak berminyak . Waktu pies dah sejuk pun pastry nya masih rapuh dan cair dalam mulut.Waahh gitu ....terima kasih KAKJEE  (fauziah Samad)
Dan saya akan simpan resepi ini dalam minda haha .


Resepi boleh di layari dari blog Kak Jee untuk yang lebih lengkap tapi saya letak di bawah sebagai rujukan saya agar saya tidak lupa bahawa resepi ini adalah terbaik di antara yang pernah saya buat .

MINCED BLACKPEPPER BEEF/ chicken PIE

INTI

200 gms daging kisar /saya tukar ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang carrot
½ biji bell pepper
4 biji cendawan butang (dlm tin)
1 kuib daging
2 sudu besar tepung
2 sudu butter
½ cawan minyak jagung
½ cawan air2 sudu besar lada hitam

CARA

Dadu bawang besar dan bawang putih. Butter dipanaskan dalam kuali bersama minyak jagung. Apabila butter sudah cair masukkan bawang besar dan bawan putih. Apabila dah agak garing, masukkan tepung gandum dan goreng hingga keemas-emasan. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging kecut. Masukkan air dan beef kuib serta black pepper. Masak hingga air hampir kering. Kemudian masukkan cendawan, carrot dan bell pepper. Rasa garam. Sejukkan.

DOH ATAU PASTRY CRUST
resipi crust ehsan Emma Masterchef

BAHAN2NYA
250gms premium butter (Kjee guna Anchor)
2 cawan tepung gandum
6 - 7 sudu air sejuk (air sejuk dalam fridge)
secubit garam (kalau guna salted butter tak payah bubuh)
secubit gula

CARA

Tepung diletak dalam besen, campurkan garam dan gula. Keluarkan butter dari peti ais dan potong dadu kecil2. Butter mesti beku. Guna garfu dan cepat-cepat sebatikan tepung dengan butter. Proses ini tidak terlalu lama. Jangan risau jika ada butter yang masih belum sebati dengan tepung. Tidak perlu susah payah nak pastikan butter tu semua cair. Biarkan dalam bentuk berketul sikit-sikit.
Tuangkan air sudu demi sudu. Kemudian rasa dengan hujung jari samada ia sudah menjadi doh. Kjee guna lebih kurang 7 sudu. Kemudian Kjee kepalkan guna hujung jari, dan bungkus dalam plastic cling wrap. Jangan uli nanti doh akan jadi keras dan liat.Simpan dalam fridge (bukan freezer) lebih kurang ½ jam.

Selepas nie dah boleh buat seperti biasa......


Sunday, December 1, 2013

Bahulu kukus

 Hidangan petang semalam yang senang di sediakan.  Terpandang dalam Fb resepi kiriman seseorang di group hidangan sedap jika tidak silap saya nampak menarik juga . Tapi dia buat dalam warna coklat saya pula kehabisan coklat paste maka saya kukuskan tanpa sebarang perwarna. Tapi bila kukus dan keluar jadi warna sedikit kelabu hijau,,,jadilah tu .  
Saya mengunakan acuan bahulu yang saya sapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dan senang di cungkil setelah masak .
Jika abah saya ada di rumah semalam pasti dia suka makan rasanya pun tidak manis . Anak saya pula berulang ulang makan cakap sedap ...lapar sangat lah time cuti sekolah duduk depan pc main games ,ps perut pun cepat nak di isi penuh.


Resepi Bahulu kukus
Oleh: Zaitong Syed Ahmed

Bahan-bahan

250 gm tpg gandum 
4 biji telur
200 gm gula halus
1 sdt esen vanilla
1sdt overlet
150 ml santan
sedikit pewarna kuning

.
CARA MEMBUAT:

1 pukul telur dgn gula,overlet,hingga kembang dan pekat. 
2 kemudian masukkan tepung sikit sikit dgn santan selangseli.warnakan.
3 perap 1/2 jam -1 jam
,kemudian sudukan dlm acuan bahulu dan kukus 10-15 minit.


Friday, November 29, 2013

snow cheese cake

Hari ini projek membuat kek bermula dari awal pagi . Saja saya buat untuk di beri pada kawan saya sempena harilahir anak dia. Pagi lagi fikir kek apa yang nak buat sebab anak dia tak begitu gemar coklat dan kek ini nampak simple dan cepat di buat. Alhamdulilah menjadi jua akhirnya.
Saya tak letak resepi sebab dalam entri terdahulu saya sudah ada. Hari ini saya letak gambar saja sebagai ingatan pada hari ini.


Thursday, November 28, 2013

Beriani telur


Saya terlihat resepi beraini telur nie dalam blog blogger masakan tapi saya terlupa siapa kah dia itu. Maaf kan saya ye pemilik resepi ini sebab saya letakan resepi beliau di bawah untuk rujukan . Apapun gambar dari blog beliau lebih menyelereka padat dengan gambar yang sedap hingga buat saya terliur nak rasa juga gandingan telur. 
Alhamdulilah ternyata sedap sampai anak saya makan hampir separuh haha sedaplah tu. Walaupun simple dapat memikat selera anak bujangku di rumah. Almaklum cuti sekolah pagi, petang malam kena prepare makanan ...kejap kejap tanya menu apa nak di masak ..petang nanti mama masak apa. Ishh ish mau tak duduk dalam dapur seharian. Apapun sambil masak tadi sudah fikir nak prepare apa untuk minum petang yang tidak memenatkan diri saya. Waktu ini hujan sedang turun dengan lebatnya di luar rumah. So tak dapat lah menikmati secawam teh di laman rumah sambil melihat budak budak bermain di padang yang selalunya sepi . Hanya gegar waktu cuti sekolah saja.















Saya copypaste resepi beliau tanpa ubah seang laindikit pun. Nasi beriani di makan bersama sambal ikan haha satu kelainan kan.

Beraini telur
Ingredients:
Eggs --6
Basmati rice --2 cups
Oil --2 tablespoons
Bay leaves - 2
Cinnamon --1 inch stick
Green cardamoms --4
Cloves -- 4
Onion --1 medium
Ginger garlic paste --2 tsp
Curd (Yogurt) -- 1cup
Fresh coriander leaves,chopped --1 cup
Fresh mint leaves ,chopped--1 cup
Red chilly powder --1 tsp
Coriander powder--1 tsp
Turmeric powder--1/4 tsp
Cumin seeds -- 1/2 tsp
Green chilly -- 4
Sliced ginger--1/2 inch stick
Fried onion -- 1 cup
Yellow color / Saffron (soak in 2tbsp water) -- Pinch
Salt to taste

Preparation:
Soak basmathi rice in water for 30 mins and drain the water.Eggs should be hard boiled,peeled and halved.
To prepare fried onion slice onion and deep fry in oil till they are golden brown.
In a deep pan add water and when the water comes to boil add the soaked rice ,cumin seeds ,cover and cook  on high heat for five minutes or till the rice is 80% cooked.Immediately drain the water and keep the rice aside.
Heat  oil in a deep pan. Add  bay leaves, cinnamon, cardamoms and cloves and saute for one minute. Add onions and saute till soft.
Add  ginger garlic paste and saute till fragrant.Add  chilly powder, turmeric powder ,coriander powder,salt to taste and saute for few seconds.
Add curd and saute for two minutes. Add  coriander leaves and mint leaves,sliced ginger,green chilly and continue to saute for two minutes longer. 
When the masala is cooked well add halved eggs and cook for 5 minutes,mix gently.
Now spread rice on  egg masala add yellow color or saffron,spread fried onion , mint leaves and cilantro.
Cover the pan with Aluminium foil and close the lid .
Place a tawa on the stove and then place the biryani pan on the tawa,lower heat and continue to cook for ten minutes, or till the rice is done and all the moisture has been absorbed.
Transfer the biryani to a platter and serve hot egg biryani with mirchi ka salan ,raitha. 

Friday, November 22, 2013

seri muka

Salam di petang Jumaat gerimis di luar membuatkan suasana dingin sepanjang hari. Alhamdulilah syukur suasana sejuk mendamaikan keadaan..
Lalu teringat nak makan apa hujan hujan segera keluarkan beras pulut dua cawan dah rendam. Mulanya nak buat pulut inti dan selebihnya pulut kosong di makan bersama ikan masin. Eemmm cancel last minit buat serimuka saja lah. Lagipun abah saya suka makan dulu arwah mak selalu buat untuk abah makan pada waktu petang.
Bila saya hidangkan tadi ...abah kelihatan tersenyum saja. Hehe comot pun comot lah sebab saya bab kukus mengukus nie kurang pandai ...hetam sajalah. Paling happy bila abah cakap sedap juga lama tak makan lemak begini...hehe tersengih je ...jadilah tu.




Resepi nya pula saya ambil dari blog Mamafami hehe sumber asal resepi dari Kak Hanieliza ...sedap sangat lemak dan berkrim.


Thursday, November 21, 2013

kelab laguna merbuk 16 nov

Hari ini baru nak update berkenaan kenduri kahwin anak teman saya. Apapun saya letak di atas adalah hasil biskut yang saya buat sebagai doorgifts pada tetamu .


Sekeping gambar pengantin yang sempat saya rakam ..gambar kurang sharp sebab saya mengunakan hp saja....tak kisah kan sebagai kenangan saja. Pengantin perempuan merupakan anak kawan saya . Selamat pengantin baru semuga kekal sepanjang zaman hingga ke anak cucu. Amin.

 Majlis di adakan di sekitar kolam mandi yang di sinari dengan lampu lampu m enampakan ceria dan gemilang nya suasana malam itu. Para tetamu pun memang enjoy .