Saturday, June 23, 2012

Mee Udang


Selamat pagi...semuga ceria dia pagi sabtu ini. Hehe pagi nie saya nak letak entry makan malam semalam. Dah habis pun yang tinggal hanya gambar saja.
Baru saja makan mee goreng tak kan nak ulang dalam masa seminggu kan tapi saya tak pernah jemu makan mee tapi ahli lain mesti lah jemu . Jadi untuk makan malam saya buatkan mee udang ...berkuah gitu. Lagipun sos tomato kimball dalam tin tu masih berbaki selepas buat nasi tomato.


Waktu tengahari tadi kami berdua saja makan. Malam semalam Hb pulang dari outstation nya...jadi makanan sudah tersedia. Saya hanya perlu panaskan kuahnya saja. Saya asingkan mee dan kuah jika selalu saya masak sekaligus kena makan pada waktu itu juga. Jika lewat mee akan kembang. Dengan cara begini mee tidak kembang dan tidak basi jika kita simpan dalam petisejuk sekiranya tidak habis di makan. 



Mee udang
Olahan: CitarasaKu

Bahan nya
1 pkt mee
400 gm udang- ikut suka
4 tbsp sos tomato kimball
2 tbsb cili kisar bersama 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos tiram
sedikit garam dan gula
1 pkt fish ball
sayur sawi jika suka- saya tak letak
daun sup dan daun bawang

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.. gorengkan udang dan fish ball sebentar dan angkat. 
Dalam minyak yang masih berbaki masukan bahan kisar bersama sos tomato. Tunggu sehingga hilang bau cili masukan sos tiram,sos lada dan air secukupnya. Masukankembali udang dan fish ball biarkan merenih dan perisakan dengan garam dan gula. 
*bila kuah dah masak bolehlah masukan mee*

Tapi saya tak letak mee dalam kuah  - saya panas kan sedikit minyak dalam kuali lain dan gorengkan mee dan campurkan sedikit dgn kuah tadi. ....sedikit saja agar dia tidak kering sangat. Agak mee masak tutup api dan bolehlah di masukan kedalam mangkok bertutup dan sedia untuk di hidangkan.

3 comments:

Unknown said...

alahai sedapnya me udang ni,nampak pun merah menyala cantik menarik lagi tentu rasanya pun sdp bangat ni kan

rahel said...

Sedapnya kalau dapat hirup kuah mee udang ni...nak letak cili byk2..biar meletop..

Ayam said...

KakNoor>>> mee nie kuahnya cair je...tapi pedas hehe

Rahel >> haha meletop mulut jika makan kuah nya ...saya suka chiffon awak buat tadi..