Saturday, June 23, 2012

Karipap Daging


Santapan di petang hari sabtu yang sekejap hujan sekejap mendung. Mulanya nak masukan tepung ke dalam mesin doh untuk membuat pizza. Tapi bila hari hujan takut pulak lambat naik doh. Pastu teringat masih ada lagi kepingan daging untuk di buat shabu shabu masih ada lagi berbaki dan ubi kentang pun jenis russet ...cepat masak apalagi kita mulakan dengan membuat inti karipap.
Kali ini adunan karipap saya buat yang asli tak mau jenis pusar . Jenis begni kita boleh makan lebih sikit berbanding pusar. Jika makan jenis pusar rasanya dua biji dah kenyang cari air....dahaga.

Karipap di makan bersama bawang jeruk. Nostalgia sekali tau...jika orang penang mesti tau kat mana nak cari karipap jenis besar yang di makan bersama bawang jeruk. Era 80an zaman sekolah dulu jika ada sukan MSSM di Stadium P.Pinang ada satu mamak nie selalu dia akan menjual karipap besar di makan bersama jeruk bawang  dengan harga Rm1.00. Time tue memanglah mahal kan...anak anak orang berada saja mampu beli hehe kita mampu beli sebijik je. Karipap dia bersaiz besar tapi intinya bila di goncang akan berbunyi sebab intinya amat sedikit tapi terasa sedap bila di makan bersama jeruk bawang serta bau karipap semasa dia lalu di depan kita amatlah wangi. (dia tambah daun kari
Selepas zaman persekolahan kita dah tak pergi Stadium sebab sibuk dengan kerjaya serta mengejar cita cita kita pun dah tak jejak kaki ke Stadium sebab saya tak minat dengan sukan pon. Pergi dulu pun sebab terpaksa saya lebih suka bermain tennis waktu itu sebab guru yang mengajarnya juga cantik.
Saya rasalah guru guru sekolah patut berpakaian cantik dan menarik serta bergaya...hehe sebab waktu saya belajar dulu tiap tiap hari saya akan menantikan kedatangan cikgu saya yang bernama Calahan dengan ford cortina ...hehe nama glamour dia, nama sebenar Mrs.Kelly Lim. Cara beliau berpakaian sedondon dengan tona makeup dan tas tangan serta kasut memang ceria. Cikgu Latifah yang berusia ketika itu selalu berpakaian baju kurong sangat menarik dengan rantai labuhnya,Mrs Yeoh dengan boggie nightnya dan bermacam macam lagi lah. Kenangan yang membuat saya suka ke sekolah ketika itu . Dalam banyak cikgu bergaya adalah satu dua yang tidak menepati citarasa ...dalam hati time tue selalu cakap kenapa lah dia tak pandang cermin...serobeh betul haha...memang nakal kan sebab bergossip awal pagi ish tak baik tak baik tau ...dosa. Itu dulu ye.... 

   

Inti Karipap daging
Olahan: CitarasaKu

2 biji ubi kentang bersaiz besar
1 tbs serbuk paprika
1 tbs cili kisar
1 biji bawang besar- di cincang
7 helaian daging - dipotong dadu
garam dan gula secukup rasa
daun sup di potong halus
4 biji telur rebus- di belah memanjang

Panaskan kuali, tumis bawang dan cili kisar sehingga hilang bau. Masukan serbuk paprika dan kentang. Goreng sebentar dan masukan air untuk melembutkan kentang. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Setelah kentang empuk masukan daun sup dan tutup api. Biarkan inti sejuk barulah masukan ke dalam keripap bersama dengan telur yang di potong memanjang.

Bawang Jeruk
2 labu bawang besar- di potong gegelang
sedikit cuka - saya guna apple cider
sedikit gula
perwarna merah

Campurkan kesemua bahan dan biarkan sebati dan boleh di hidangkan.

3 comments:

rahel said...

Salam...
nampak sedap la karipap daging tu..dah lama gue tak buat karipap..tunggu mod karipap mari la kan..hehe..

Mamasya said...

Salam sis. tq wish bday. karipap mmg sedap buat minum ptg.... dah beberapa bulan juga tak buat karipap,tunggu anak2 request baru nak buat.
nampak mee udang kat bawah tu sedapnya..

CT Delima said...

As'salam Noor

mee udang tu menambat selera dipagi harilah Noor hihi. Tapi bf kita serupa lak karipap juga, samalah ct pun kalau makan karipap pusing tu tak berapa suka berat sangatkan.

tr kasih Noor beri sokongan buat ct,Alhamdulillah :)