Friday, June 22, 2012

Nasi tomato & Ayam masak merah

h

Selamat petang buat semua kengkawan yang masuk ke sini . Dapur saya hari ini menyediakan hidangan nasi tomato bersama ayam masak merah saja. Hari ini tidak ada selada timun  rsa macam tak cukup setkan. Tapi nie saja lah yang saya selongkar dari petisejuk tadi .Di sebabkan Hb keluar outstation mengunakan kereta yang ada maka untuk keluar dari rumah saya tak mampu naik motorsikal lagipun saya tidak di benarkan oleh Hb naik kenderaan ini.
Basikal letrik saya memang lama dah tersadai tepi rumah dan saya jarang jarang mengecasnya menyebabkan motor kurang sedia menyimpan casnya dalam tempoh masa tertentu. Pernah saya kena tolak waktu hendak ke kuliah surau wakaka.....walaupun dalam kawasan perumahan berbaloi lah juga sebab kawasan berbukit....rumah saya di kawasan tinggi sikit...manakala kawasan surau di sebelah yang agak rendah memang satu exercise kan....penat vs mengah .




Bahan-bahan ( 4 orang )

Olahan: CitarasaKu
  • 2 cawan beras basmati
  • 2 cawan air - agak agak ye
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar tomato kimball atau heinz
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam dan secubit gula
Bahan tumis
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
Bahan Kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil jintan manis

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan kisar kacau sebentar dan masukan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan  tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng dan daun pudina. 

1 comment:

Qasey Honey said...

ohhhh sedapppnye...fav ku jugak...