Friday, November 11, 2016

Bihun tomyam







Satu hidangan Thai yang paling di sukai takala hujan . Segala jenis sup bermain di ingati itu ini bila perut berbunyi.
Persedian ringkas di samping pengunaan minyak yang kurang amat bagus utk kesihatan

#resepi sedap ini saya ambil dariblog ninamirza dan cp di sini untuk panduan saya akan datang.


Bahan-bahan

300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr, belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong – Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih – diketuk ajerrr
8 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar cili blend – kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai – dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos  (Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa

sayur-sayuran
1 batang carrot – Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram

hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat

1/2 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan

Cara-caranya

Bihun direndam seketika dan direbus hingga lembut lalu ditoskan. Ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah dipotong dadu.
Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend masak hingga pecah minyak
Masukkan ayam, kacau rata
masukkan air, masak hingga mendidih,
Masukkan serai dan lengkuas
Biarkan sehingga ayam empuk
Setelah ayam empuk, masukkan sayur-sayuran bersama daun limau purut
Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken stok, garam. Seimbangkan rasa masamnya  mengikut citarasa masing-masing
Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu tutup api. Kacau rata.

Tuangkan kuah tomyam ke atas bihun dan sedia dihidangkan

Monday, October 10, 2016

Bubur pulut hitam

a
Projek petang semalam. Terasa lama tidak makan bubur manis lemak berkrim begini . Lagipun berpantang tak makan pulut agak lama namun semalam keinginan melampau maka terhasilah bubur pulut hitam ummmphhh lega bila nak buat dan menikmati nya...Alhamdulillah syukur.


Bahan-Bahan Buat Bubur Pulut Hitam
Sumber resepi :iresepi
  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih  -  saya tidak guna gula putih  
  • 1/2 ketul gula melaka - tambah untuk gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagun - tak letak 

Cara Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap

  • Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  • Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  • Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.




Sunday, October 9, 2016

Oat noodle yang sempoi


 Pertama Kali membeli noodle yang di perbuat  dari jenis oat. Texture mee dia agak sedkit kasar macm spaghetti. Sedap juga bila di masak dengan sup.

Untuk pertama kali kita buat dengan sup saje. Tak pasti jika di buat cara goreng. Insyallah jika jumpa lagi dengan pack mee ini boleh lah cuba .




Nampak tak mee dia agak kasar sikit kan. Kali ini saya letak gambar saja sebab sup ini saya pakai hentam guna barang yang ada dari petisejuk ..jadilah untuk malam yang hujan . Asal kenyang alhamdulillah.

Tuesday, October 4, 2016

pizza tuna


Malam ini kita makan Pizza saja akibat kehabisan gas masak . So makanan inilah yang dapat di sediakan dengan mengunakan oven.
Alhamdulilah jadi lah untuk kami makan malam ini .
Saya mengunakan doh biasa saja  iaitu tepung gandum tapi jika di campurkan dengan sedikit tepung sagu kita akan terasa keranggupan doh. 



Pizza Doh

200gn tepung
50 gm tepung semolina
4 gm yeast
1 sudu keu u kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak zaiton
145ml air suam

Satukan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh sehingga doh mengembang dan boleh di bentuk menjadi pizza 

Inti boleh letak apa saja yang kita suka dan bakar selama 10-15 min dgn api 180..



Tuesday, September 27, 2016

Mee lada


Mee lada menjadi piliha di pagi hari. Terasa lapar pulak bula di waktu pagi hujan gerimis ...sejuk suasana maka perut pun terasa kosong dan nak kan sesuatu yang panas berkuah.
Maka terhasilkan mee lada mengunakan apa yang ada di dapur .
Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.


Mee Lada

1/2 peket Mee kuning
2 sudu besarsos lada hitam
1 1/2 sudu sos tomato 
     bebola ayam
1 sudu kecil serbuk ikan bilis 
   sayur sawi
3-4 ulas bawang putih di ketuk kasar

Panas kuali dengan sedikit minyak . Tumis kan bawang putih sebentar dan masukan mee kuning. Mee di goreng sehingga agak masak dan masukan sos lada dan sos tomato serta bebola ayam . Biarkan mesra dan tambahkan air secukup nya.
Perisakan dengan serbuk ikan bilis ...garam letak sedikit je takut masin. Masukan sayur sawi dan tutp api ...siap.

Kelainan pada mee ini adalah serbuk ikan bilis yang buat kua terasa sedikit manis ..dan sedap.









Butter bun



Projek dua tiga hari lepas  sewaktu abah saya berada di rumah. Hehe agak busy sikit nak mengupdate blog. Hari ini terasa ada kelonggaran masa baru dapat menaip .
Ok ...saya peminat roti juga kiranya bermacam jenis roti yang telah saya cuba . Nie jenis campur semua dan uli dengan senduk kayu saja sebab doh dia tersangat lah lembik serta melekat. 
Sesudah doh terbentuk saya taburkan sedikit tepung pada tangan dan bulatkan adunan utk di perap selama satu jam . Proses yang biasa dalam pembuatan roti.

Bila dah satu jam doh mmg mengembang sepenuhnya. Alhamdulillah terus saya membulatkan adunan dan letakan pada muddin tin bersaiz besar ...senang kan dapat bun yang comel dan saiz yang sama.
Biarkan sebentar dan bakar setelah masak . keluarkan dan sapu dengan susu ...tadaaa jadilah


Selebhnya saya nak makan baru saya letakan hirisan daging yang di goreng bersama sos baebeku yang enak . Lapiskan dg sedikit butter salad dan hirisan daging serta bawang untuk rasa cruncy sikit.Akhir sedikit mayonis dan cili ..soap untuk ngapp

Tuesday, September 20, 2016

Mee goreng kicap


Entri biasa biasa saja sekadar menwarnai blog saya. Apapun  status ini yang saya makan semalam .Dalam musim hujan semua jadi sedap tak sedap pon makan juga asalkan hidangan itu keluar dari dapur panas panas dapat memberi keselesaan pada tubuh yang sejuk dan perut yang lapar.
Maka tidak hairan lah mee kicap menjadi hidangan.

Resepi mee kicap pedas ini mmg simple dan senang . Saya perlu sedikit penambahan dari segi kicap pedas (dah ada di pasaran ) mmg best utk peminat mee . /terasa pedasn di tambah pula dgn sayuran sawi yang fresh ...hehe sila cuba.



Monday, September 19, 2016

waffle di petang hari


Bila kita rasa sihat syukur pada Allah kita mampu berkreatif di dapur . Sukur pada Allah .Alhamdulillah dengan kesihatan yang di kurniakan kita mampu berbakti pada ahli keluarga kita selagi berterusan dengan yang tersayang. 


Ini merupakan kesukaan saya yak kira masa ...saya suka sebab senang di makan dengan apa saja yang ada macam pancake juga kaedahnya cuma guna acuan yang berlainan saja . Paling mudah nak sediakan . Resepi KakNor secubit garam hehe menjadi pilihan.


Crispy waffle
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.








I

kepak ayam pedas





 Hari ini saya letak pulak kepak ayam pedas . Saya bukan peminat kepak ayam selalunya anak yang paling suka. Sejak dia suka makan di pizza hut ...wings dia dah jatuh hati. Nak makan selalu haha memang pokai lah jawabnya . Maka dengan itu saya kena buat agar kami tak makan luar selalu kan,,,itulah sana sini nak jimat belanja . Tapi rasa macam tu juga tak berubah tapi makanan dari rumah lebih ketelitian nya ..kebersiah nya dan dengan doa dan niat waktu masak itulah ganjaran nya. 

Resepi nya seperti biasa saya akan cari dari gedung goggle nie berlambak lambak yang keluar pilih je nak pedas berapi dan beraroma dan yang ranggup semua ada.
Tapi saya pilih tang hampir sama dengan rasa macam yang anak saya suka je ..satgi saya buat ikut lidah saya dia tak mau pulak tak sama dengan pizzahut kan ...so inilah resepi yang saya telah cuba.

chicken wing secukupnya
hot sauce ...saya guna peri peri hot sauce
gula merah agak agak tau
sedikit gula
serbuk paprika .,,,ikut nak pedas
serbuk bawang putih
sedikit cuka apple cider

Bancuhkan kesemua yang di atas sebati dan curahkan pada chicken wing . Biarkan sebentar dan boleh lah di grill di dalam mangkok tahan panas yang di lapik dengan foil .
Masa membkar lebih kurang 30-40 min sehingga garing .


Mix water, hot sauce, margarine, brown sugar, paprika, vinegar, and garlic powder in a bowl. Place chicken wings in a casserole dish or foil lined pan. Pour sauce over wings and bake at 375 degrees for 20 to 30 minutes or until crispy and juices run clear

p/s bawang dan ceri tomato tu saya pandai pandai letak sendiri.....setelah hampir masa penamat saya pun letak kan sekejap sedikit layu ...sedap tau.

Sunday, September 18, 2016

Kerutup kambing



































Hidangan berasaskan kambing sentiasa mendapat perhatian ramai. Tapi saya bukan lah pemakan daging kambing tapi saya kena masak sebab ahli keluarga saya amat suka dengan hidangan ini .
Kambing dari segi penyediaan nya kena berhati hati ketika mencuci sebab jika tidak ianya akan meninggalka bau yang kurang selera. 
Saya mencuci dengan sedikit tepung gandum dan selepas mencuci larutan tepung saya akan meletakan sedikit cuka dan biarkan sekejap sebelum membilas. Kaedah ini menghasilkan daging yang cepat lembut ketika kita masak. Petua arwah emak saya.
Berbalik pada hidangan kerutup ini ...ianya tidak pedas walaupun kuah nampak garang . Sedap di makan dengan nasi putih maupun di cicah dengan semua jenis roti.
Kali ini saya letak resepi walaupun jika kita goggle beratus resepi ada yang hampir sama . Yang ini pun lebih kurang saja sana sini dengan sedikit tambahan dalam tulisan merah gelap .
Tq Azie resepi ini senang dan sedap.

Kerutup Kambing. 
Oleh: Azie Kitchen

Daging kambing
Rempah kerutuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik kelapa
Daun pudina di blend dgn setengah biji bawang besar dan di tumis

Saya tambah yogurt 2 sudu besar di akhir masakan

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis. 


Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

Roti nan Kari ayam


Tiada apa yang lebih indah dari menikmati hasil buatan kita sendiri . Bermula dengan ilmu yang kosong tapi akhirnya menjadi jua. Dari segi bentuk memanglah kalah dari kedai namun dari segi kepuasan kita rasa seronok sangat berada di ruang dapur walaupun tak sehebat dapur oranglain yang beribu ribu mahal tapi takberhabuk. 
Dapur ku tak di nafikan penuh sarat dengan barangan dan kotor jika terleka atau malas. Dapur sentiasa menjadi pemanas di ruang yang ada berkreatif untuk seisi rumah.
Ok ...hari nie roti nan saja . Roti yang sungguh senang nak buat dan sedap di makan. Murah belanja pulak tue. 
Zaman sekarang zaman kena jimat kan...tepung segala ada gst nya . Anda yang baca faham saya pun faham kan.


Roti nan cicah bersama kari ayam pedas yang sangat sedap . Jika makan sardin atau kuah dal pun best juga. Kari ayam pedas lebihan semalam rasanya lebih pekat .

Beriani udang


Menu lama ....hari nie baru nak letak. . Walaupun tak sibuk tapi untuk lapangkan masa di laptop skg nampak macam malas.
Sekarang pun dah banyak ratusan resepi masakan di laman cyber dan rasanya hampir serupa je .
Tapi saya up kan di sini sebab ini kegemaran saya bercerita dapur tentang aktiviti masakan sebagai catatan harian saya di kala berusia nanti saya dah tak mampu memasak saya akan terhibur melihat kembali catatan saya nanti mungkin akan membuat hati saya riang waktu ini ...insyallah

 Nasi di

Air timun susu debgab sedikit pudina untuk merasakan kesegaran selepas menikmati nasi yang berminyak ini . Mulanya nak buat lemon ,,,tapi stok lemon kehabisan maka ini saja yang ada,


Friday, June 3, 2016

chocolate peanut butter in a cup


Petang tadi tergerak untuk buat benda nie. Dah lama dah teringin nak buat tapi baru terasa rajin tadi tengahari selepas zohor. Teringin nak makan coklat /Reese yang famous dan mahal tu apakan daya .harganya melambung sangat dan kita pun rasa was was juga nak makan. Jenuh cari tanda halal hehe jangan marah ye ...saya pon goggle sana sini mencari resepi macam pernah nampak tapi terlaupa ulak nak save . Alhamdulillah saya cuba try nasib je dengan resepi ini. Maka akhirnya tercapai keinginan saya ...menikmati coklat yang paling ummpph bagi saya laa. Proses nan membuat nya tak renyah tak perlu coklat tempering bagai ...budak kecil pun boleh buat .




Hasilnya ok setelah saya belah setengah coklat nak lihat bagaimana setting peanut butter tue ...jika letak lebih sikit pun ok so coklat tue akan nampak membunbung tinggi ..saya buat utk ini nampak flat..nanti boeh baiki lagi ..insyalaah.

Resepi utk ini saya ambil dari food network

Bahan bahan

1.4 ounce chocolate chip/bar
1 cawan peanut butter
1/4 garam halus
1/2 cawan gula icing
Panaskan coklat chips/bar selama 2-3 min dakam microwave. Tanpa ,icrowave buat secara double boiler.
cups secukupnya..saya guna jenis foil

Peanut butter di tambah dengan garam dan gula. Kacau sehingga sebati .Masak kesemua ini secara double boiler sehingga larut.
coklat di panaskan bila dah cair dan letakan pada cup setengah saja.Kemudian letakan peanut butter keatas adunan tadi ..agak 5 min tambahkan adunan coklat sehingga menutupi peanut .Sejukan sebentar dalam petisejuk bila dah keras boleh di simpan.










Thursday, March 3, 2016

Asam rebus udang dengan tauge


Salah satu menu semalam hidangan orang kampung yang memang sedap kalah hidangan lain hehe ..jangan marah ye..saja gurau .
Tapi memang terbaik pon sebab sangat senang mudah dan paling utama sedap . Tanpa lauk sampingan yang lain pun laju je makan sampai tak sentuh lauk lain .
Ok ..selalunya kita buat asam rebus pedas nie untuk ikan ,ayam dan daging ..tak pernah terlintas pun nak letak udang apatah lagi sayur tauge pun. 
Waktu saya ke pasar kampung hujung taman secara tak sengaja satu makchik nie bertanya saya nak masak apa dengan tauge tu saya cakap nak buat cucur udang jika rajin sebelah petang lah lalu dia cakap sedang jika di letak dalam asam rebus . Saya berkata pada dia saya tak pernah buat lagi letak tauge dalam menu tersebut lalu dia menambah perlu letak udang . Saya pun bertanya lagi cara cara dia adakah sama dgn versi ikan dia cakap sama je.
Pulang rumah hati pun terasa macam best je teringin pulak nak tahu sedapke tidak . Dengan udang yang senonet tu saya pun cuba lah dan hasilnya sungguh tak terkata memang best . Lain kali tunggu time udang besar harga patut patut tu boleh lah kita buat lagi eemm.
Nak resepi tak ..mmg senang sangat bagi yang selalu buat asam rebus pedas  pada yang tak pasti tu saya tulis resepi kat bawah nie ..tapi nie anggaran saja nak lagi ummpp tambah lah sendiri ye.


Tuesday, March 1, 2016

Red velvet cookies










Asalamualaikum....agak lama menghilang dan sekekarang baru pulang dari bertapa. Sebenarnya masih aktif masak memasak namun di sebebkan kengkangan masa dan juga menu yang sama rasa malas juga nak letak nanti orang yang datang singgah jemu dengan  sajian me nu yang lebih kurang. Lagipun sekarang ramai yang letak resepi menerusi Fb maka tak susah dah nak mencari resepi seperti waktu sekarang. Masa pantas berlalu bersama dengan teknoloji baru merubah segalanya. Ok ..hehe


Biskut nie nampak menawan hati dulu dah pernah buat sekali ...lama dulu dengan bentuk yang berlaianan . Cerita nya begini waktu saya bershoppng di amanjaya mall saya terjumpa satu booth yang menjual biskut ini . Sekeping biskut yang bersaiz begini harga nya rm1.60 sebiji jika beli 3 pcs harga dia rm4.80. Di sebabkan tertarik dengan warna kemerahakan itu maka saya pun membeli setiap jenis satu . Tapi jika kita buat sendiri ...berbaloi..kan
Ok resepi nya saya copy dari kakwan...tak rugi mencuba .. 








200gm Mentega

30gm Shortening
220gm Gula Pasir
1 Biji Telur A
300gm Tepung Gandum
20gm Serbuk Koko
50gm Tepung Jagung
3/4 Sudu Kecil Baking Soda
1/4 Sudu Teh Garam Halus
1 Sudu Kecil Cuka Makan
1 Sudu Kecil Esen Vanila
1 Sudu Kecil Serbuk Pewarna Merah (Bright Red)

100gm Coklat Chips Putih saya tak guna ini …saya gantikan dgn coklat putih dan sedikit cheese


Hiasan :  Coklat chips putih secukupnya.

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna.  Putar hingga rata dan sebati.
2.  Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam.  Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya.  Jaraknya kerana biskut mengembang.
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.